28 Feb 2010

ROTARY CUTTER & SLASH CUTTER



Inilah koleksi rotary cutter yang Sheila ada. Ada 6 kesemuanya tapi setiap satu dengan fungsi berbeza. Yang paling kanan tu saiz 65mm, Sheila gunakan untuk potong kertas sahaja sebab blade dia dah tumpul. Yang kedua dan ketiga dari kanan tu pula, saiz 45mm. Biasanya Sheila akan guna yang 45mm untuk general cutting. Yang bercorak tu pula Exclusive Edition keluaran Olfa, 45mm Calantha Orange. Beli di Anna Patchwork House Bandar Sunway, last unit... jadi Sheila sambar terus.

Yang kiri sekali slash cutter dan yang sebelahnya pula (yang warna hijau tu) Left/Right rotary cutter keluaran Clover. Rotary cutter Clover ni saiz 28mm, kecil aje. Fungsi senang nak potong bahagian yang ada curve. Yang ni sebenarnya koleksi terkini yang Sheila beli. Beli di Craft World, SS2.


Jadi untuk membeli rotary cutter ni terpulang kepada keperluan kita. Kalau tak ada tak apa, tapi kalau ada tu lagi senang le kerja memotong, jika dibandingkan memotong dengan gunting.

Salam hormat dan ceria selalu.

Luv,


Bookmark and Share

27 Feb 2010

WIP = Work In Progress?

atau "Work in Peace"?  >_<


Cerita minggu ni,

...dah lega sikit selepas bertungkus-lumus minggu lepas menyiapkan projek paper ku itu... fuhh... Tapi, projek paper tu bukan le penutup, masih berbaki lagi satu misi penting, projek presentation... nak kena buat slides. Ada kurang lebih sebulan untuk prepare...

Ok, lupakan tentang project paper tu. Nak cerita pulak tentang WIP = Work In Peace... sebab peace? Buat kerja masa semua anak-anak dah tidur.. Tenang je. Jadinya, ini le yang Sheila kerjakan. Baby quilt untuk Marsya Damia.

 Dah siap quilt dan tinggal nak binding je lagi... Bahagian awan Sheila sulamkan nama pemilik quilt ni.... Marsya Damia. Auntie Sheila doakan semoga menjadi anak solehah kebanggaan mama dan papa..

Nak bagi tengok sikit-sikit je sebab hari Isnin baru nak pos pada tuannya yang jauhhhhh di sana. Sheila harapkan mama Marsya suka dengan baby quilt ni. Saiz baby quilt ni lebih kurang 35" x 46".  Sheila menggunakan block panel yang di beli di Sakura tempohari. Nanti bila pemiliknya dah dapat baru nak reveal keseluruhan gambar quilt ni ye...

Selamat berhujung minggu.. salam hormat dan ceria selalu.

Luv,


Bookmark and Share

18 Feb 2010

SMOCKING PLEATERS MILIK HUDA

Hari Selasa lepas Sheila terima panggilan daripada Huda bertanyakan smocking pleaters. Nasib baik memang ada satu stok di rumah. Jadi kami pun mengatur pertemuan di Giant Bandar Puteri untuk jumpa. Lebih kurang jam 6.15pm Sheila sampai di Giant, masa ni Huda & co dah pun sampai. Jadi tak nak ganggu Huda lama-lama, Sheila pun brief tentang penggunaan smocking pleater tu pada Huda. 




Ini le Huda yang Sheila maksudkan. Muda lagi dan dah ada anak 3+1, tengah tunggu masa untuk due next month. Tapi tak nampak macam pregnant pun, perut tak nampak. Apapun Huda, akak ucapkan selamat datang ke dunia smocking. Nanti boleh share hasil jahitan ye... Huda, akak ambil gambar ye.


Hingga jumpa lagi di lain entry...

Senyum selalu.





* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Last Tuesday I received a phone call from Huda asking for Smocking pleaters. Fortunately there's one unit extra at home. So we arranged a meeting at Giant Bandar Puteri to meet. Approximately at 6.15pm, I reached Giant, and Huda & co. already there. So I brief Huda about the Smocking pleaters.

Huda is a young mother with 3 +1 children. Her 4th baby expected to due middle of next month. To Huda, akak wish welcome the world of Smocking. Don't forget to share your smocking creations...

That's all for now. Until we meet again, 

Smile always.




Bookmark and Share

16 Feb 2010

I'M SO BUSY

Salam, 


Sheila akan sibuk beberapa bulan ini dengan beberapa tugas besar yang perlu diberikan perhatian penuh. Antara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan menyiapkan final project paper yang perlu diserahkan sebelum 21hb February 2010. Selepas itu Sheila perlu menyiapkan presentation slides untuk pembentangan pada 5-7hb April 2010.

Jadi sebarang pertanyaan/pembelian mesin jahit masih boleh dibuat melalui sms : 012-3013341 atau e-mail : rosilawati.wahid@gmail.com. 

Hingga jumpa lagi... ceria-ceria selalu.. >_<

* * * * * * * * * * * * * * *
Sheila will be busy this next few months with several major tasks that must be given full attention. Among the tasks that need to be implemented is to prepare the final project paper which it should be submitted before 21st February 2010. After that I should prepare presentation slides for the presentation on 5-7th April 2010.

So any inquiries / purchase of sewing machines can still be made through sms: 012-3013341 or e-mail: rosilawati.wahid @ gmail.com.

Till we meet again, have fun >_< 


Bookmark and Share

13 Feb 2010

GONG XI FA CAI


Wishing all n especially my chinese friends a happy chinese new year and happy holiday.. may the year of tiger brings good fortune, healthy and prosperous life to all.. drive carefully and may your journey smooth n safe.. Gong Xi Fa Cai


Bookmark and Share

12 Feb 2010

IT'S 35

35... umurku bertambah setahun lagi... 35 tahun yang lalu, Sheila dilahirkan pada jam 3.00am , hari Rabu, di pagi Chinese New Year...

HATIKU BERBUNGA...

Pagi-pagi masa masuk office di hari Jumaat yang penuh berkat, Sheila dikejutkan dengan kedatangan florist yang menghantar sejambak bunga ros pink yang sangat sweet.. bila dapat je dan Sheila tengok pengirimnya daripada Jurra dan Neneth (ingatkan daripada cik abang...)... sebaknya rasa di hati. Perasaan bercampur baur, sedih, terharu, gembira & berbunga. Itulah perasaannya.

Kami hanya kenal secara kebetulan melalui blog, pernah berjumpa sekali sahaja tetapi ikatan persahabatan yang terjalin baru dua tahun ini dirasakan seolah-olah kami adalah sahabat yang telah mengenali lebih lama dari tempoh itu. Walaupun kami dipisahkan oleh Laut China Selatan, Sheila harap hubungan persahabatan ini akan kekal dunia dan akhirat. Terima kasih Jurra & Neneth...


Atas permintaan Jurra, Sheila sertakan gambar bunga dan tempat kerja Sheila dan apa yang Sheila kerjakan... Serba sedikit tentang kerja Sheila ni, Sheila bekerja sebagai Steel Detailer (major in Structural steel) dengan sebuah consultant firm. Berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang ni. Projek-projek yang Sheila dah buat antaranya MAS Hanger, LCCT, KLCC, Kastam Kompleks Kelana Jaya dan sekarang ni tengah buat LHDNM, Cyberjaya. Cam nak minta kerja je kan??? So Jurra, silalah jamu mata ye...


Lunch time Sheila dan officemate menjamu selera di Pizza Hut. Najmah, Fazira, Evelyn & Norida. Najmah belikan kek yang comel dan sedap ni... Terima kasih semua, kalian telah menceriakan hari-hari suramku di office... >_<... terima kasih juga dengan ucapan dan doa yang telah diberikan.


Yang ni pula hadiah daripada Karen... Tq so much..


Sebelah malamnya, Sheila meraikan bersama suami dan anak-anak tercinta. Begitulah kisahnya. Buat yang lain-lain yang telah mendoakan di FB dan di blog masing-masing (cangkir biru & aku apot), Sheila ucapkan terima kasih banyak-banyak. Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kalian, Amin.

p/s : Buat semua yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Sheila.... Sheila ucapkan selamat menyambut hari lahir, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki semoga sentiasa berada di dalam Rahmat Allah jua hendaknya.... Amin.


Bookmark and Share

3 Feb 2010

RENUNGAN - TIPS BERJAYA

Salam...

Tips ni Sheila dapat dari FB : TIPS BERJAYA
Firman Allah SWT (bermaksud):
[23.1] Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
[23.2] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
[23.3] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
[23.4] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
[23.5] Dan mereka yang menjaga kemaluannya, -
[23.6] Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
[23.7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
[23.8] Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
[23.9] Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
[23.10] Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga).

(Surah al-Mukminun)


Sifat Pertama:
Mendirikan sembahyang dengan khusyuk.

Teknik perlaksanaan:

Merasakan diri bertemu dan menghadap Allah SWT dalam munajat.
Berusaha untuk fokus terhadap pengertian ayat-ayat, zikir-zikir dan doa-doa yang dibaca dalam perbuatan solat.
Cuba mengelakkan sebarang lintasan atau was-was yang tidak termasuk dalam solat.
Memintas ganguan fikiran dengan mengucap isti‘azah (membaca a‘uzibillah) dan menghembus dengan perlahan ke arah kira sebanyak tiga kali.
Membataskan pergerakkan anggota badan tanpa hajat.
Melakukan perbuatan solat dengan tenteram.
Menumpukan penglihatan ke tempat sujud secara berterusan.
Memilih tempat solat yang jauh daripada sebarang gangguan.


Sifat Kedua:
Menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia.

Teknik perlaksanaan:

Memahami kepentingan menjaga perkara tersebut.
Mengawal diri untuk berbicara.
Mengingati bahawa segala yang dibicarakan bahawa ia dirakam secara nyata dan ghaib.
Berdiam ketika perlu.
Berfikir sebelum berbicara mengenai kandungan, teknik dan waktunya yang sesuai.
Mengetahui cara bergurau dengan seseorang tanpa melakukan penghinaan perkara batil.
Cuba mengubah topik orang yang berbicara kepada perkara berfaedah secara berlembut.
Menggunakan kebijaksanaan untuk berpaling daripada perkara yang sia-sia yang dilakukan oleh seseorang terhadap kita.
Memilih perkara yang dipaparkan di dalam media penyampaian (telivisyen, radio, surat akhbar, majalah buku dan lain-lain).
Jika berlaku suatu perkara yang sia-sia, hendaklah beristighfar kerana merasakan kesan negatifnya.


Sifat Ketiga:
Membersihkan harta dengan menunaikan zakat.

Teknik perlaksanaan:

Memberikan perhatian terhadap hal-ehwal orang ramai secara umum dan khusus.
Mendapatkan bantuan seseorang yang dikenali ketika berlaku masalah.
Bersegera melakukan perkara yang mampu untuk menolong orang yang memerlukan.
Membantu secara sukarela tanpa diminta.
Meraikan perasaan orang yang meminta bantuan dengan tidak menyusahkan atau memalukannya.
Memberikan bantuan mengikut keutamaan dalam tanggungjawab terhadap individu dan mengikut situasi.
Menunjukkan kesungguhan ketika mengeluarkan zakat.
Memastikan zakat diagihkan kepada orang yang benar-benar berhak.
Menghulurkan sedekah secara sukarela, bukan berpada dengan zakat yang wajib.
Mengikhlaskan niat untuk Allah SWT.


Sifat Keempat:
Menjaga kemaluan (kehormatan) .

Teknik perlaksanaan:

Menundukkan pandangan daripadamelihat aurat yang diharamkan.
Memelihara pendengaran daripada mendengar perkara keji dan perkataan lucah.
Menahan diri dengan menjaga kesucian daripada bercumbu-cumbuan dengan wanita.
Mengelakkan berdua-duan dengan wanita di tempat sunyi, tanpa ditemani mahramnya.
Mengelakkan diri jika tidak terdesak daripada berada di tempat berlaku percampuran antara golongan lelaki dan wanita yang berhias secara melampau.
Mengawal fikiran supaya terarah kepada perkara yang berfaedah supaya tidak tenggelam di dalam khayalan seks.
Berkahwin untuk melakukan hubungan seksual dan menjaga kesucian.
Jika tiada kemampuan untuk berkahwin, hendaklah memperkukuhkan keazaman di samping berpuasa, bersukan atau lain-lain aktiviti yang berfaedah.


Sifat Kelima:
Menjaga amanah.

Teknik perlaksanaan:

Pengkhianatan bukanlah pengganti kepada amanah kerana ia memudharatkan agama dan kehidupan manusia.
Menerima amanah secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
Merasakan bahagia kerana memilih amanah, meskipun orang lain tidak amanah.
Mengistiharkan berpegang dengan amanah tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
Menzahirkan nilai amanah melalui perlaksanaan yang telus.
Melaksanakan tuntutan amanah secara berterusan dalam pelbagai situasi.


Perkara-perkara tuntutan amanah:

Perkara fardhu dalam agama.
Penempatan orang-orang Islam.
Anggota badan.
Waktu.
Ilmu.
Harta.
Barang titipan.
Rahsia orang lain.
Tugas dan jawatan.
Perkara yang diminta untuk dibincangkan.


Sifat Keenam:
Setia pada janji.

Teknik perlaksanaan:

Memungkiri janji bukanlah pengganti kepada menepati kerana ia memudharatkan.
Menepati janji secara bebas sebagai suatu nilai kerana memahami kepentingan dan kemestiannya.
Merasakan bahagia kerana memilih untuk menepati janji, meskipun orang lain tidak tepati janji.
Mengistiharkan berpegang dengan janji tanpa sikap berpura-pura atau untuk suatu kepentingan peribadi.
Menzahirkan nilai kesetian melalui perlaksanaan yang telus.
Melaksanakan tuntutan janji secara berterusan dalam pelbagai situasi.


Sifat Ketujuh:
Tetap memelihara sembahyang.

Teknik perlaksanaan:

Merasakan bahawa memelihara waktu solat adalah penting.
Tahu menentukan waktu solat ketika musafir dan hadir.
Takbir yang paling afdhal adalah pada awal waktu.
Menyusun aktiviti harian dengan tidak mengabaikan waktu solat.
Mengqadha solat yang tertinggal dengan secara tanpa bertangguh.


Bookmark and Share