28 Jan 2010

LIL' NICE CRAFT SEWING STUDIO


Lama rasanya Sheila tiada sebarang update blog ni... sibuk sangat sekarang. Sheila tengok ramai rakan-rakan blogger yang dah berkongsi gambar bilik jahit masing-masing antaranya Durra dan Maya, jadi posting kali ini Sheila pula nak berkongsi  untuk renungan pelawat blog Nice Craft Sewing Studio...

Asalnya bilik ni adalah SOHO dear hubby, bila dikosongkan maka ianya jadi hak milik Nice Craft Sewing Studio.... Ini sementara sahaja, ada beberapa perubahan yang hendak dilakukan... nak tukar warna dinding, tambah shelf, kerusi rotan dan beberapa lagi kelengkapan. Hmmm... langsir pun nak tukar kepada blind... Kena buat sikit-sikit sebab sekarang sibuk dengan projek paper.

Anak-anak Sheila suka nak masuk dalam bilik ni... selain daripada nak main komputer game, Adibah & Amni  cukup minat nak main dengan gunting. Jadi semua peralatan yang berbahaya tu kena simpan baik-baik dalam almari di tingkat yang paling atas sekali. Kalau tak simpan, siapa nak jawab bila kain dah kena potong-potong??? Tercucuk jarum ke... ish.. tak dapat nak bayangkan. Setakat ini belum lagi terjadi kejadian yang tidak diingini.


Sheila berangan-angan nak sewing studio camni... sedap je mata memandang kan??? Jadi, misi seterusnya nak ke Ikea.. cari shelf dan beberapa peralatan lain. Bila??? Belum tahu lagi. Oh ya... lupa nak cerita, hari Ahad lepas Sheila ke Sunway Pyramid melawat Anna Patchwork House. Tentunya tak sah kalau tak membeli belahkan??? Nanti di next entry Sheila update hasil rembatan dari Anna Patchwork House....

Hingga berjumpa lagi di lain ketika, salam hormat daripada Sheila.


Bookmark and Share

22 Jan 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - APA ITU RIAK?

Renungan pada hari Jumaat. Peringatan untuk diri sendiri dan ingin dikongsi dengan blog reader Nice Craft Sewing Studio.
Sumber : http://sufiimaan.blogspot.com

Ramainya orang yang rajin beribadat, tetapi kerajinannya ada tujuan tertentu, bukan bertujuan kerana Allah ta’ala; Maka sebab itu ibadatnya musnah akibat ketidak ikhlasannya serta mempunyai sifat riak dan takabur;

7 sebab manusia menjadi riak / ujub / takabur:-

1. dia merasakan amalannya hebat daripada orang lain;
2. dia merasakan keturunannya hebat. (Note: Iman bukanlah sesuatu yang boleh diwarisi atau dipusakai
3. dia merasakan dia lebih kaya daripada orang lain (Note: Orang yang paling kaya adalah Nabi Sulaiman, antaranya dikurniakan isteri yang ramai serta zuriat yang ramai dll);
4. dia merasakan dia lebih cantik daripada orang lain. Orang seperti ini selalunya akan menampilkan dirinya lain dari yang lain;
5. dia merasakan dia lebih kuat daripada orang lain;
6. dia merasakan ilmunya lebih daripada orang lain sehingga dia membodoh-bodohkan orang yang tidak ada ilmu;
7. dia merasakan dia mempunyai ramai pengikut;

Ramai yang kaya tetapi binasa diatas kekayaannya. Bila dia mendapat kesenangan dia tidak mengingati Allah, kerana terlalu sibuk melayan kekayaan duniawi yang di perolehinya, padahal dia lupa bahawa Allah yang telah memberi kesenangan itu;

Ramai yang fakir tetapi binasa diatas kefakirannya. Fakir tidak sama dengan miskin. Ada yang miskin tetapi masih tidak mahu mengingati Allah, masih tidak mahu beribadat pada Allah. Benarlah kata Nabi, kefakiran boleh membawa kepada kekufuran. Orang Fakir ini lebih rendah nilainya daripada orang miskin. Islam tidak mahu kita menjadi fakir tetapi Islam mahu kita menjadi kaya, tetapi kaya dengan sifat qanaah, yakni sifat yang mencukupi;

Ramai yang sihat tetapi binasa diatas kesihatannya. Bila dia sihat, dia tidak ingat pada Allah, tetapi bila sudah ditimpa kesakitan, barulah dia teringat akan Allah. Seperti lazim orang yang sakit akan selalu menyebut nama Allah, selalu berzikir pada Allah. Itulah sebabnya kadangkala bila kita mendapat sakit ianya adalah seperti mendapat satu rezeki, kerana pada ketika itulah ucapan ucapan membesarkan Allah akan keluar serta ingatan pada Allah akan bertambah kuat;

Ramai yang alim tetapi binasa diatas ilmunya. Ada ilmu tetapi tidak tahu menggunakannya untuk menegakkan keadilan. Ada ilmu tetapi tidak disebarkan atau dikembangkan;

Ramai yang jahil tetapi binasa diatas kejahilannya. Jahil itu bermakna tidak berapa cerdik ataupun bodoh. Orang ini tidak tahu pasal agama tetapi masih mahu bercakap pasal bab agama


Bookmark and Share

16 Jan 2010

SEW SIMPLE SATURDAY



Salam, 


Ni 1st cupcake pincushion yang Sheila buat... senang je nak buat dan semuanya Sheila menggunakan scrap fabric yang Sheila ada... Pattern Sheila beli dari sini SHOP.


So... lepas ni nak buat banyak-banyak lagi cupcake pincushion ni... Dah ada orang yang berkenan tu. Sabar ye Jurra.. tunggu le bungkusan cupcake dari Semenanjung ni ya... Untuk Fawa juga...


Selamat berhujung minggu buat semua...




Bookmark and Share

15 Jan 2010

RENUNGAN HARI JUMAAT - APA ITU IKHLAS?

Renungan pada hari Jumaat. Peringatan untuk diri sendiri dan ingin dikongsi dengan blog reader Nice Craft Sewing Studio.

"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas..." Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.


ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran didepan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub (riak) hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

"Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalau pun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri.
Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya.
Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah


Tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah



Bookmark and Share

FABRILICIOUS FRIDAY

Seperti yang dijanjikan, Sheila share fabric yang Sheila beli masa di Sakura tempohari. Semua ni adalah personal collection, bukan untuk dijual... jadi silalah menjamu mata ye... ^_^. Harga masa promotion ni adalah RM23.00/meter, harga asal tak sure (lupa nak tanya)




 

 



Yang last ni panel.... comel kan??? Selain daripada yang 3 di atas, Sheila juga ada beli kain belacu.... ada projek nak buat.... projek apa???? Nanti Sheila share...

p/s : Sale di Sakura hingga 23 Januari 2010...



Bookmark and Share

13 Jan 2010

MC6500 dan Bernette E92c

Salam...


Entry ini Sheila tulis untuk berkongsi info tentang 2 buah mesin jahit yang Sheila ada, satunya Bernette E92c (for Bernina) dan lagi satu MC6500 (Janome). Bernette 92e tu Sheila beli  dah setahun dah, pada Januari 2009... tapi jarang-jarang guna. Fungsinya boleh tahan banyak... Yang sebelah kiri tu Bernette E92c dan yang kanan tu pula MC6500.
HARGA :

Janome MC6500 Professional : RM5,499.00 (Full Pakej)
Bernette E92c : RM3,600.00




SAIZ

Dari segi saiz Janome MC6500 lebih besar daripada Bernette E92c. Yang depan tu Bernette E92c.


RUANG KERJA
Bagi Janome MC6500 Professional mempunyai ruangan kerja yang lebar sehingga 9", sangat sesuai bagi menjahit quilt

Bernette E92c cuma 6" sahaja, agak sempit tapi masih boleh je
  
EXTENSION TABLE

Kedua-dua mesin ni didatangkan dengan extension table. Secara peribadi, Sheila lagi prefer extension table Janome MC6500



Janome MC6500 Professional

 


Bernette E92c


TAPAK TAMBAHAN



Janome MC6500 Professional

 Tapak tambahan bagi Janome MC6500 Professional disertakan dalam sebuah kotak siap dengan numbering system yang memudahkan kita mengenal pasti jenis-jenis tapak yang hendak digunakan.



Bernette E92c
Bagi Bernette E92c ini adalah ruang khas untuk tapak tambahan. Jika inginkan tapak selain daripada yang disertakan ianya boleh dibeli secara berasingan.

********************************

Thanks Patch crazy Mags & Anonymous for the comments,

Bernette is low range in Bernina series while MC6500 is mid range in Janome series.

So you guys (readers/future buyers) need to decide which machines suit your needs and your pocket too ^_^

As for me, both are great machines. I love to have series of sewing machines (especially Janome) for me and my friends to use and experience with it.


So readers, don't get upset or confused... you read and you decide, it's your decision at the end of the day. Whatever your decision is, hope you're happy and enjoy sewing..

Till then...



Bookmark and Share

12 Jan 2010

TUESDAY TOOLS

Semalam Sheila ke Sakura selepas dah beberapa kali plan tapi tak jadi. Sakura having moving out sale, tu yang pergi gak tu, nak tengok-tengok apa yang berkenan di hati. Jadi inilah hasilnya...






Magnetic pin cushion

 Sheila  suka magnetic pin cushion ni, senang nak cari jarum yang terjatuh takut tercucuk pada anak-anak. Sebelum ni dah pernah ada tapi masa mak datang hari tu, Sheila bagi pada mak.




Jarum Peniti - 50 pcs



Peniti yang kepala leper ni pun Sheila suka juga nak guna... 



Peniti lagi...




Bobbin box




 Zip

Zip ni beli cadang nak buat bag, pernah tengah jiran Sheila buat bag guna zip ni cantik sangat... tapi tak tahu tahun bila baru siap beg tu... Kalau korang berhajat nak dapatkan peralatan di atas boleh le pergi ke Sakura di SS19, or mana-mana kedai craft yang ada menjual barang-barang tersebut.



Selain daripada sewing tools ni, Sheila juga ada beli fabric... (fabric lagi??? hihihi). Nanti Sheila share, next Friday ok.



Bookmark and Share

11 Jan 2010

PINCUSHION SWAP


Firstly nak ucapkan terima kasih kepada Hani yang menganjurkan swap projek ni... Sheila terima swap ni daripada Liza dari anjungkraf.blogspot.com... terima kasih banyak-banyak... mula ingatkan dapat pincushion aje tapi dari keychain dan penanda buku lagi... 


 Pin cushion



 key chain
 


 Penanda buku


Kreatif dan berbakat sungguh Liza ni kan??? Nak tengok lain-lain produk yang Liza hasilkan pergi tengok di blog Liza @ http://anjungkraf.blogspot.com... Sheila ni biasanya jadi silent reader je... ^_^. Untuk Liza, Sheila ucapkan selamat maju jaya di masa akan datang.




 


Bookmark and Share

10 Jan 2010

NEW MACHINE IN DA HOUSE


Tak pernah terfikir untuk mendapatkan mesin Janome MC6500 Professional ni sebelum ni, maklum le Sheila ni menjahit hanya sebagai hobi sahaja, nak buat apa mesin banyak-banyakkan?? Mesin yang ada pun tak cukup tangan nak guna. 

Tetapi tawaran yang datang pada hari Khamis lepas sangat sukar untuk ditolak, bukan sahaja oleh Sheila tetapi Sheila yakin, kalau orang lain pun pastinya tidak akan dapat menolak... tak percaya tanya Jurra, kan Jurra kan??? Sheila dapat mesin ni daripada seorang VIP Epal yang pada asalnya meminta Sheila mencari buyer untuk mesin beliau ni.. Menurut kata beliau, mesin ni dah berumur setahun lebih tapi sangat jarang-jarang digunakan kerana perniagaan beliau lebih bertumpu kepada sulaman mesin, sulaman manik dan macam-macam lagi... wahh... teruja Sheila mendengarnya.


Kemudian apabila bercakap tentang harga yang ditawarkan... aduss... sungguh Sheila tak dapat nak tolak... call Jurra, dia pun sangat teruja.. wahhhh.... uuuhhhhhh.... aaahhhhhhh.... OK!. Kami perlu masa bertenang. Walaupun tidak ada dalam resolusi 2010 ni, tapi takkan nak tolak, peluang hanya datang sekali... maka akhirnya, setelah mendapat persetujuan antara 3 pihak, seller + Sheila + Jurra, akhirnya satu kata putus tercapai... 


Mesin ni berada dalam pelukan Sheila pada petang hari Jumaat  (08 Januari 2010) yang BERKAT, datang all the way dari JB dan dihantar sendiri oleh pemilik asal.... terima kasih Bro yang telah bersusah payah menghantar hingga ke office Sheila.. Selepas diuji (oleh Sheila sendiri) ternyata mesin Janome MC6500 ni tersangatlah BESTnya.. sebelum ni Sheila menggunakan mesin Janome juga model Harmony 2049, tapi bila dah test drive mesin Janome MC6500 ni, ternyata jauh berbeza. Bagi serius quilters yang sedang mencari -cari mesin jahit untuk quilting project tu, boleh le cuba yang ni ye... memang berbaloi-baloi...




 Ok... hingga jumpa lagi... Have a nice day



Bookmark and Share

9 Jan 2010

WEEKEND SIMPLE SEWING PROJECT

2nd week dalam bulan Januari ni Sheila buat projek jahitan yang simple je... menjahit seluar panjang untuk Adibah dan Amni. Fabrik yang digunakan adalah American cotton beli di Sakura lama dulu. Beli tak banyak, 1 meter sahaja, jadi dapat le sehelai seluar panjang untuk Adibah dan seluar pendek untuk Amni. Dah tu Sheila sulamkan nama dan ice cream untuk dipadankan dengan corak yang ada pada fabrik seluar...






Bookmark and Share