Dec 24, 2010

Persatuan Seni Jahitan Kreatif | Konvensyen 2011

Assalammualaikum,

Sheila nak war-warkan di sini berkenaan konvensyen 2011 Epal dan Koperasi Dagang Seni Malaysia akan diadakan pada 6 – 9 April 2011 bertempat di The Summit Hotel, Subang Jaya. Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan Pusat Epal yang berhampiran dengan anda..
 KonventionEpal2011

Dec 16, 2010

Testimoni | Jana Pendapatan Dengan Mesin Jahit

Alhamdulillah… hari ni dah 16 December…. bermaksud semalam hari gaji….ish ish ish, tengah-tengah bulan dapat gaji… Best! Best!…. Gaji ni sebenarnya dibayar oleh Mostwell, income part-time jual mesin jahit Epal tu. Bulan ni Alhamdulillah dapat RM2,368.54 hasil daripada jualan mesin bulan November…. dapat juga menampung perbelanjaan untuk anak-anak nak masuk sekolah tahun depan.

CekEpal

Sebelum ni Sheila tak pernah tunjuk sebab takut disalah ertikan… tapi kali ni Sheila nak kongsi dengan semua bahawa apa yang Sheila ceritakan bukanlah cakap-cakap kosong, memang telah terbukti, tapi kena berusaha…. dah nama pun berniaga… kena le buat kerja… ada usaha baru ada hasil. Mana ada istilah duduk diam-diam duit masuk berkepuk-kepuk… bak kata pepatah…


Yang pipih tak datang melayang,
Yang bulat tak datang bergolek,


Antara yang dah berjaya, Jurra-SewCute, Hana Needleworks dan ada ramai lagi…

selepas ni giliran anda pula…


Cepat-cepat hubungi Sheila untuk tahu rahsianya.. Sheila akan tunjukkan langkah demi langkah…. Apa? Ingat buat baju je ada tutorial? Jual mesin jahit pun ada tutorial jugak ye…

Ok ladies, terima kasih untuk masa anda… dah boleh sambung kerja balik ye… jumpa lagi di lain entri… tata

Dec 13, 2010

Mesin Jahit Epal | Keistimewaan Menjadi Ahli VIP Epal

Assalammualaikum,

Selamat hari Isnin semua… Diam tak diam kita dah pun berada di minggu baru, lagi lebih kurang dua minggu dan masuk tahun baru 2011. Hujung tahun ni bagi yang dah berkeluarga banyak nak guna duit, maklum saja anak nak masuk sekolah, macam-macam persiapan yang perlu dibuat.

Sheila nak kongsi pengalaman Sheila sebagai ahli VIP Epal. Tahun 2011 merupakan tahun ke-5 Sheila bersama keluarga Mostwell. Mulanya hanya nak menambah ilmu dalam bidang jahitan, tapi lama kelamaan minat Sheila lebih cenderung kepada bidang pemasaran pula. Berkat tunjuk ajar daripada pengurus pusat Epal Puchong, Sheila menumpukan perhatian kepada pemasaran mesin jahit Epal. Alhamdulillah, jaringan dalam rangkaian Sheila dah melebihi 100 orang dan ianya meliputi Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak serta Indonesia.

Sebagai ahli VIP Epal, selain daripada dapat belajar dengan yuran percuma, anda boleh mengambil tempahan jahitan, memasarkan produk siap dan dalam masa yang sama anda juga boleh menjual mesin jahit. MENARIK!! Sekiranya anda memperkenalkan mesin jahit Epal ni kepada rakan anda yang berminat, maka anda akan dapat komisyen daripada setiap pembelian mana-mana mesin jahit Epal (Janome). Pihak Mostwell akan membayar anda pada setiap 15hb pada bulan berikutnya.

2009-10-17_21

Setiap mesin jahit yang dibeli, paling sikit pendapatan yang akan anda perolehi adalah sebanyak RM196.00 dan ianya boleh mencecah kepada RMx,xxx.00… Sheila sendiri dah ada 4 buah mesin Janome yang Sheila beli hasil daripada jualan mesin jahit Epal ni. Mesin pertama yang Sheila beli SM2049 – modal permulaan. Sekarang Sheila dah ada mesin jahit tepi MyLock 744D, mesin sulam MC350e dan mesin quilting MC6500. Ada juga yang dah memang buat fulltime dengan memasarkan mesin jahit Epal ni sahaja. Jangan tak percaya, ianya telah terbukti.

Kepada rakan-rakan yang dah beli mesin dengan Sheila, atau yang baru nak beli mesin, jika berminat dalam bidang pemasaran mesin jahit ni, hubungi Sheila dan Sheila sedia berkongsi ilmu dan info bagi membantu anda. Sheila akan tunjukkan caranya….

Hingga jumpa lagi… daaaaa

Nov 10, 2010

Oct 15, 2010

{Smocking} Smocked Bishop Dress

Assalammualaikum,

Dah lama betul Sheila bercuti dari dunia smocking, sibuk dengan anak-anak je sekarang ditambah pula permintaan untuk menyulam tak menang tangan, tu yang menyepi tu ….

Ni di kira acara pemanas badan untuk acara berasap (smocking) le… mana-mana yang baru berjinak-jinak dalam dunia smocking, sesungguhnya sheila pernah menjadi “smocker” [smocker bukan perokok ye kawan-kawan…] tegar suatu waktu dahulu . Tapi itu kisah lalu, kini….  Sheila bercuti dari menjadi smocker sebab nak tumpukan perhatian pada anak-anak… 


Sekarang ni kira-kiranya Sheila nak mulakan balik le aktiviti ni…. untuk itu jom kita cuci mata dengan kecantikan baju smocking ni… Sheila akan mulakan dengan koleksi smocked bishop… bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia smocking, boleh mula dengan pattern ni. Mudah dan cepat siap…


http://littlesunshinecorner.com/category_55/Smocked-Dresses.htm

http://farm5.static.flickr.com/4140/4784681424_657c59e5bf_b.jpg

http://kateandclaire.com/images/momnmemintcloseup.jpg

Ini sebahagian sahaja… kalau nak tengok yang lain-lain tu, boleh tengok di sini, ada macam-macam pattern yang comel-comel belaka… cantik tak? dah ready nak buat smocked bishop? Nanti kita buat sama-sama ye, Sheila nak kumpul peralatan untuk smocking dulu… pilih-pilih kain kapas, keluarkan smocking pleater… cari smocking plate…

Ok… kita jumpa di lain entri… esok hari Sabtu, masa yang sesuai untuk melawat kedai kain… ada siapa-siapa nak ikut? Sila angkat tetikus… :-)

signature_thumb[6]

Oct 12, 2010

Promosi Kraf Tekstil 2010

Oleh: Zurina bt Hamzah
Bahagian Pasaran & Promosi

11 Oktober 2010 – Kraftangan Malaysia akan mengadakan Promosi Kraf Tekstil 2010 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Promosi ini berlangsung selama 13 hari bermula dari 13 hingga 25 Oktober 2010, 10.00 pagi hingga 8.00 malam ( Ahad hingga Isnin ) dan 10.00 pagi hingga 10.00 malam ( Jumaat dan Sabtu ). Seramai lebih kurang 120 orang usahawan dari seluruh Malaysia terlibat dalam jualan kraf tekstil termasuk Sabah dan Sarawak.

Sebanyak 12 jenis demonstrasi kraf tekstil turut diketengahkan di antaranya demonstrasi Tenunan Limar, Tenunan Mugah, Tenunan Pua dan sebagainya. Bicara Warisan Bersama Adiguru dan Tokoh Kraf Negara juga turut diadakan. Selain itu, aktiviti-aktiviti sampingan yang turut diadakan adalah Peragaan Fesyen, Demonstrasi Masakan Kuih Tradisional, Persembahan Kesenian dan Lawatan Berpandu.

Orang ramai dijemput hadir.

Sumber : http://www.kraftangan.gov.my

signature_thumb[6]

Oct 8, 2010

Dearest Birthday Girl

 

Buat sahabatku Mazura Othman… Selamat menyambut hari lahir yang ke 21 :-) Semoga harimu lebih ceria disamping orang-orang yang menyayangimu. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan dalam segala impian yang kau impikan.

p/s : kami dipertemukan kerana minat yang sama dalam dunia jahitan. Walaupun jarak memisahkan, tapi kami telah buktikan bahawa semua itu bukan halangan untuk kami menjadi sahabat baik…

signature_thumb[6]

Oct 7, 2010

Stitch Coverter ke Janome MC300e/MC350

Assalammualaikum…

Kalau sebelum ni Sheila dah terangkan macamana nak convert embroidery design menggunakan Pulse Ambassador, sekarang ni Sheila nak tunjukkan pula camana nak save file tu dalam pc card.

Apa yang diperlukan ialah card reader & pc card.

foto ambil dari carian google

image Mula-mula create satu folder yang diberi nama EmbF5. Mesti kena bagi nama ni dan tak boleh bagi nama lain dah ye…

Lepas dah bagi nama tu, boleh le create sub-folder mengikut kategori yang kita dah tetapkan. Dah tu copy le file-file emboridery tadi tu ke dalam sub-sub folder…

Jadi dah boleh dah guna ke mesin sulam Janome MC300e tu. Bagi yang menggunakan mesin sulam Janome siri MC350e dan ke atas (MC11000, MB-4) dah boleh copy terus masuk thumbdrive…. tapi masih juga kena create folder EmbF5 ni ye.

SHEILA WAHID : Tutorial ni Sheila buat khasnya untuk sorang kakak yang call Sheila tempohari bertanya camana nak copy file masuk dalam pc card, dan amnya kepada semua pengunjung blog Sheila ni. Maaf Sheila dah terlupa nama akak tu… kalau-kalau le kakak tu ada membaca posting ni, Sheila harap kalau akak masih mempunyai masalah, jangan malu-malu untuk menghubungi Sheila semula ye.

Harap dapat manfaat bersama.

p/s : ampunkan le kalau posting yang ni bercampur-campur bahasanya sebab susah betul nak fikirkan termnya dalam bahasa Melayu…

signature_thumb[6]

Marsya Damia {SewCute}

Assalammualaikum…

Ingat lagi tak projek rahsia yang Sheila buat tempohari??? Model sebenar dah pun memiliki quilt ni… nasib baik modelnya suka…











nak tengok…..?? :-)











Kali ni saja nak dera suruh orang scroll pulak…















tengok betul tak Sheila cakap dia suka…. :-))

Ini le modelnya… Marsya Damia… nama diberi sejak dari dalam kandungan lagi… cerita selanjutnya, sila le terjah ke blog jurra-sewcute

SHEILA WAHID : Buat mak marsya, hanya bingkisan kecil dari tanah semenanjung… semoga persahabatan kita kekal dunia akhirat…

signature_thumb[6]

Stitch Coverter Free Software – Part 2

Assalammualaikum….

Ok, kita sambung lagi ye. Kalau dah install software tu ke laptop/pc sepatutnya iconnya dah ada di desktop. Tak sure yang mana satu??

pulse1
Nampak tak yang ada dalam bulatan tu… kemudian double klik pada icon dan satu window baru akan terbuka seperti berikut :-

pa1 Kemudian buka file embroidery yang kita nak, {file –> open} dan akan keluar paparan seterusnya

image 
Bila dah buka file yang kita perlukan, kena tukar file name mengikut bahasa mesin kita tu {file –> file name (bagi nama..) –> save as type –> (pilih model  mesin)}

image cats-crop
dan ianya selesai… jadi memang boleh convert pergi ke mana-mana model mesin pun…

Nota : Pulse Ambassador ni boleh save as dan view sahaja. Tak boleh nak edit apa-apa ye. Jangan ada yang salah faham pulak.

Untuk pengguna mesin Janome MC300e, nanti Sheila tunjukkan macamana nak save ke dalam pc card tu ye.. tungguu….

signature

Oct 6, 2010

Janome Hello Kitty

Haa… amacam tergoda tak tengok mesin-mesin jahit Hello Kitty ni.. hihihi…  image

imageimageimage

image : ihsan mr google

Ada tak sapa-sapa yang boleh tolong Sheila belikan salah satu mesin ni??? Sheila berkenan sangat dengan yang biru tu…   Ingat nak kirim kalau ada yang boleh tolong belikan…

SHEILA WAHID : Kan bagus kalau Mostwell boleh bawa masuk mesin jahit ni seketul dua kan…

signature_thumb[1]_thumb[1]

Software Update

Assalammualaikum…

Entri ini Sheila tujukan buat sesiapa yang ada software digitizer Pro/MB V3.0D/J/K/M/N boleh update kepada Digitizer Pro/MB Versi 3.0P

New Features:

  • Extra Turkish and Polish characters for 3 alphabets (Block1, Microblock and Script1)
Improvements:
  • Modifies embroidery area of the Giga hoop to show the maximum and recommended embroidery areas

And resolves minor issues from previous version

Download instructions

The download file is large and has been divided into 4 parts to allow for easier downloading. It is extremely important that you read and understand the download and installation instructions before proceeding.
Click here for installation instructions


Selanjutnya pergi ke link ini dan ikut arahan-arahan yang telah ditetapkan ye

Selamat mencuba…

signature

Oct 3, 2010

Abang Posmen… Tungguuu…

Alahai… tak sempat nak ambil gambaq dengan abang posmen. Penting tu… sebab…. abang posmen tu yang bawakkan hadiah giveaway yang dihantar nuuuunnnn jauh dari utagha, Aloq Staq.. Kalau tak dak abang posmen tu… tak sampai laa jawabnya… tq abang posmen.

Ingat tak tentang peraduan giveaway yang Sheila sertai… Crafty Anique dah mengumumkan pemenangnya. Alhamdulillah Sheila menang. Rasanya ini le giveaway pertama yang Sheila menang. Seronok…

Hadiahnya dah selamat sampai ke pangkuan… Cantikkkk…. Terima kasih tak terhingga atas hadiah yang diberi ye tuan tanah

Ini le hadiah yang Sheila menang… sukerrr

image

image

Sep 26, 2010

Pereka jangan jadi lanun seni - Rizalman

Sumber : Pancaindera, Mingguan Malaysia

26 sept 2010


SIAPA yang tidak kenal dengan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizalman Ibrahim. Menjadi ikon dalam industri fesyen tanah air, anak kelahiran Pulau Pinang itu pasti diingati apabila memberikan kejutan melalui rekaannya terutama fesyen tradisional kontemporari.

Itulah kehebatan lelaki berusia 39 tahun ini yang mampu menjadi contoh kepada anak muda lain terutamanya yang berminat memilih karier pereka fesyen.

Apatah lagi dia berjaya membeli bangunan tiga tingkat di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekali gus membuktikan kejayaan seorang anak Melayu di kawasan segi tiga emas itu.

Namun dalam diam, Rizalman memendamkan perasaan apabila melihat senario industri fesyen tanah air yang semakin menjadi tidak sihat.

Dakwanya, kini terdapat segelintir pelapis pereka fesyen dalam industri yang menggunakan jalan salah untuk cepat popular di mata masyarakat.

“Apa yang digeruni apabila segelintir mereka mencedok idea pereka lain tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri.

“Akibatnya, industri tidak berkembang malah terdapat pereka fesyen lain pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak," katanya berterus-terang.

Bagi mendapatkan gambaran jelas apa yang terbuku di hati Rizalman, wartawan ARIF NIZAM dan jurugambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN berkunjung ke butik mewahnya dan berbual panjang baru-baru ini.

Sebagai pereka fesyen senior, apakah pandangan anda tentang perkembangan industri fesyen pada hari ini?
Industri fesyen di Malaysia sudah banyak berubah dalam masa 15 tahun ini apabila pantas berkembang. Permintaan terhadap rekaan fesyen terkini serta percambahan pereka baru menyemarakkan lagi senario fesyen tempatan. Bukan setakat itu, pendedahan terhadap barangan berjenama sekali gus memberi kesedaran terhadap mutu rekaan yang lebih tinggi. Kehadiran barangan serta jenama antarabangsa memberikan satu persaingan sengit serta sihat kepada masyarakat tempatan, pereka serta pengguna.

Tempoh 16 tahun berada dalam industri, adakah anda berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan?
Pengalaman hampir dua dekad ini memang telah membawa saya ke platform yang berbeza tahun demi tahun. Kecuaian yang sedikit pun mampu menjerumuskan saya ke arah tidak sihat. Namun saya sedaya upaya sentiasa memperingati diri sendiri akan tugas serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai anak jati Melayu untuk memartabatkan nilai serta seni budaya bangsa supaya dipandang tinggi. Sebagai contoh, rekaan tradisional itu telah diperbaiki dan diolah untuk kesesuaian peredaran zaman dan mencari jalan untuk menjana ekonomi masyarakat Melayu. Hasilnya, rekaan kita diterima masyarakat dan masyarakat pula dapat menikmati keindahan seni ini melalui seni pembuatan pakaian yang seratus peratusnya menggunakan hasil kerja tempatan. Dengan wujudnya fenomena ini, bidang rekaan fesyen telah diterima sebagai satu profesion dipandang tinggi serta bersifat komoditi.

Pandangan tentang pereka fesyen baru pada masa kini?
Ketika industri ini rancak berkembang namun terdapat juga pelapis pereka yang telah tersasar jauh dari landasan. Ilmu yang ditimba semasa pengajian serta kurangnya pengalaman dan rasa jati diri untuk memajukan diri telah menyebabkan ramai antara mereka cuma berada di dalam profesion dalam masa yang singkat. ‘in fashion,one day you are in, the next day you are out!’ jika kita tidak pandai membawa diri serta tidak menunjukkan identiti serta keaslian kita. Masyarakat akan cepat menghidu kelemahan seseorang pereka itu. Plagiat serta kurangnya mentelaah bahan rujukan akan menyebabkan rekaan kita kelihatan seperti mencedok dari pereka yang lain. Ini sudah semestinya membawa kepada kecenderungan hasil kerja seseorang pereka itu tidak akan diterima seterusnya membawa kepada kerugian dan jalan penghujung kepada kariernya. Mengambil jalan pintas untuk berjaya serta terlalu enak dibuai dunia glamor juga menyumbang kepada kehancuran. Intipati kepada kejayaan seseorang pereka itu apabila menghasilkan sesuatu rekaan yang boleh diterima masyarakat serta dapat pula menghasilkan pulangan yang lumayan.

Adakah mereka sudah bersedia menggalas tanggungjawab sekiranya pereka fesyen seperti anda bersara tiba-tiba?
Inilah yang amat saya takuti. Pereka pelapis seakan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya mungkin mempunyai rancangan yang besar selepas ini dalam bidang lain. Mungkin saya juga ingin bersara lebih awal jika melihat perkembangannya begini rupa. Rekaan fesyen yang dihasilkan rata-rata tidak mencerminkan identiti bangsa apatah lagi disogokkan untuk para pembeli untuk diguna pakai. Tiada elemen ‘fashion forward’ diketengahkan. Idea masih di takuk lama sedangkan mereka sepatutnya hadir dengan idea-idea lebih bernas sebagaimana yang kita dapat lihat di Barat. Pereka juga kerap beranggapan bahawa sekiranya seseorang itu berada di luar negara, ia sudah cukup membuktikan seseorang itu berjaya sedangkan di tanah air kita sendiri ‘it’s already a gold mine’ kalau kita bijak mengatur langkah. Bukankah itu sumbangan yang sepatutnya pada ada pada satu jiwa yang merdeka?

Pandangan anda apabila pereka fesyen baru ini tiada identiti sendiri dan masih mengambil jalan mudah meniru rekaan pereka fesyen senior?
Mengambil idea atau mencedok dari pereka yang lain tidak seratus peratusnya salah. Malah saya juga sentiasa meneliti hasil kerja orang lain untuk dijadikan panduan. Tapi apa yang digeruni apabila mencedoknya tanpa mengolahnya semula mengikut kesesuaian identiti seseorang pereka itu sendiri. Kesannya saling tidak tumpah terhadap apa yang terjadi pada industri muzik kita. Industri tidak berkembang malah pereka fesyen pula yang gulung tikar akibat ideanya diciplak. Sepatutnya pereka lama dan baru bergabung tenaga untuk menghasilkan idea-idea jitu serta menarik bagi menyemarakkan selera fesyen tempatan dan bukannya menjadi lanun seni.

Khabarnya pernah merajuk dengan industri fesyen tanah air?
Saya tidak merajuk apatah lagi untuk berlagak pandai. Kesan dari senario yang terjadi sekarang seolah-olah mencerminkan anak didik bangsa yang hilang arah tuju. Saya jenis orang yang suka menegur jika terdapat apa-apa yang kurang saya senangi berlaku terhadap bangsa sendiri. Masakan tidak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi idola saya. Saya khuatir jika ini dibiarkan berlarutan, kita mungkin akan hilang identiti bangsa kita yang memang terkenal dengan kesungguhan serta kesenian untuk berjaya. Kita mungkin akan ditindas serta pertumbuhan ekonomi pada masyarakat Melayu akan terjejas. Saya berpendapat media masa juga harus memainkan peranan dalam menulis secara lebih terbuka dan tulus bagi menyedari kelompok ini bahawa ada sesetengah hasil rekaan itu mempunyai cacat cela. Dan pereka baru juga sudah tiba masanya untuk menerima kritikan dengan lebih terbuka bagi memperbaiki hasil kerja mereka. Masyarakat kini sudah pandai menilai dan bukan lagi rela untuk disogok dengan rekaan yang berbaur sampah.

Harapan dan nasihat kepada pereka fesyen baru?
Walau bagaimana hebatnya teknologi di zaman ini untuk meraih kejayaan, saya masih lagi percaya kepada pengalaman yang ditimba. Bukannya hari ini kita keluar dari institusi, esok kita sudah bergelar pereka. Sebarang kejayaan harus di daki dan segala pengetahuan harus dicari kerana cita-cita harus datang bersama kepayahan dan kesabaran. Mungkin kita sudah cukup senang dengan pujian dari rakan sekeliling tentang kehebatan kita tapi kayu pengukur sesuatu kejayaan itu masih lagi pada diri kita sendiri. Tepuk dada dan tanya sama ada kita sudah cukup berbakti pada ibu bapa yang menghantar kita menimba ilmu atau pun pada negara yang meminjamkan segala kemudahan kepada kita. Juga tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita sudah bersedia untuk bergelar seorang pereka?

SHEILA WAHID : Tahniah Rizalman… wish you all the best

Sep 23, 2010

Kutu Smocking Pleaters – Siri 2

nicecraft-smockingpleaters

Keterangan produk :
Model Read Pleaters 24 rows Regular

Nota : Setiap set disertakan dengan jarum (24+4 bilah)

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai group kutu smocking pleaters siri 2, Sheila akan buka group ni untuk LIMA orang sahaja. Bayaran sebulan RM165.00 (tidak termasuk kos penghantaran). HANYA UNTUK SERIUS BUYER ONLY!

Syarat-syaratnya :
1. Terbuka untuk Warganegara Malaysia sahaja.
2. Nama penuh
3. I/C No. beserta salinan
4. Contact No. (Rumah/Hand phone/Pejabat)
5. Alamat rumah
6. Alamat tempat kerja
7. Nama Penuh suami
8. Contact no suami

Emailkan butiran di atas ke nicecraftmarketing@gmail.com dengan tajuk “KUTU SMOCKING – SIRI 2”

Ok… hingga jumpa lagi… Wassalam.

signature_thumb[1]

Sep 21, 2010

Trip to Paris for TWO!

YOUR DREAM HOLIDAY WILL INCLUDE:

Airfare to Paris for one lucky subscriber

Accommodation and meals

3 day pass to L'Aiguille en Fete

Complimentary classes with some of the world's leading embroiderers!

An exclusive one on one tutorial in Paris with Susan.

Sep 19, 2010

Giveaway Yeay Yeay…

Assalammualaikum

Cerita giveaway lagi… kali ni dianjurkan oleh kak Anne dari Crafty Anique… Hadiahnya memang marbeles… Tapi untuk menyertai terpaksa memerah otak dulu…. adehhh… udah le mataku ini rabun, nak kena meneliti gambar ni membuatkan mataku bertambah-tambah rabun…. kena pergi check mata le lepaih ni….

IMG_3195 

the terms:-


-Solve this "teka-teki"


1. The word has 7 letters
2. Preceeded God
3. Greater than God
4. More evil that the devil
5. All poor people have it
6. Wealthy people need it
7. If you eat it, you will die


-list down the items of the giveaway in the photos


and send your answers to my email:-
anickue@maxis.blackberry.com

p/s : Kak Anne… Sheila dah hantar e-mail ye… please check

           errrr…. agak-agak kalau tanya kat Ayu ni aci tak??? hihihi

signature_thumb[1]

Kelas Jahitan Pusat Epal

Sheila sepanjang 4 tahun penglibatan dengan Pusat Epal ni, Sheila hanya pergi ke kelas di Puchong... maklum le, jaraknya hanya 20 minit dari rumah Sheila.

Pihak Epal menyediakan kemudahan kelas yang sangat selesa untuk semua ahlinya…. samada indoor mahupun outdoor.

INDOOR

Pusat Epal menawarkan kelas berhawa dingin dan selesa.

Pusat Epal mempunyai cawangan di seluruh Malaysia dan sebuah cawangan di Indonesia

Masa urusniaga :
Isnin – Sabtu  :  10.00am – 07.00pm
Ahad            :  10.00am – 06.00pm

OUTDOOR

Pusat Epal juga mengadakan kelas jahitan di luar Pusat Epal. Pihak penganjur yang berminat boleh menjemput pihak Epal untuk mengadakan kelas jahitan jangka pendek di tempat mereka dengan syarat-syarat tertentu.

SYARAT-SYARAT KURSUS DIANJURKAN DI LUAR PUSAT EPAL

  1. Lokasi kursus
    -  Berdasarkan lokasi yang dipilh oleh pihak penganjur
  2. Tanggungjawab Pihak Epal
    -  Menyediakan tenaga pengajar seramai 4 orang ke atas

    -  Menyediakan segala peralatan yang lengkap untuk menyempurnakan
       kursus seperti mesin jahit, gunting, pembaris, rotary cutter set dan
       sebagainya. Setiap peserta akan disediakan satu unit mesin jahit
       untuk belajar kursus supaya tidak menghadapi masalah bergilir-gilir.

    -  Menyediakan bahan-bahan jahitan kursus seperti kain, benang,
       stabilizer dan sebagainya untuk peserta menyempurnakan kursus.
  3. Tanggungjawab pihak penganjur
    -  Menyediakan tempat kursus, meja dan kerusi untuk menjalankan
       kursus.

signature

Pakej Home Based Business (Pakej HBB Global)

  1. Tempoh Masa Kursus : 10 hari kursus intensif + 12 bulan kursus seni jahitan kreatif.
  2. Yuran : RM10,000.00 per orang (termasuk 1 mesin jahit dan 10 hari kursus Intensif Bahan).
  3. Matlamat PHBB Global
    -  menyokong dan mendorong wanita-wanita di Malaysia melalui 
       kemahiran seni jahitan kreatif menjana pendapatan walaupun di
       rumah.
    -  Memupuk usahawanis berjaya.
  4. 4 elemen yang menjayakan PHBB Global

    -  Peralatan (Modal)
       -  Mesin sulam JANOME MC350e, berkomputer secara automatik.

    -  Pengetahuan (Pengalaman)
       -  Pengendalian mesin
       -  Penggunaan peralatan
       -  Penjagaan mesin
       -  Kursus kemahiran jahitan dan kraftangan

    - Hak penggunaan nama & logo
       -  Pihak Epal akan menyediakan label logo untuk kegunaan ahli PHBB
          yang boleh dilekat di atas setiap hasil jahitan
      
    -  Pasaran (Pelanggan)
       -  Program iklan melalui Persatuan Seni Jahitan Kreatif
       -  Produk siap boleh dipasarkan melalui Koperasi Dagang Seni
       -  Menjual produk siap dan perkhidmatan di website
          www.patchesoflove.com
  5. Selepas kursus 10 hari, boleh mula berniaga
    -  Mempelbagaikan hasil jahitan
    -  Peningkatan daya saing dalam pasaran
    -  Pendapatan tidak bermusim
  6. 19 projek yang diajar
    Projek 1          -  Baju Kebaya Nyonya
    Projek 2 & 3    -  Baju kurung dihias sulaman pada leher & kerawang
    Projek 4          -  Menjahit corak sulam di atas kain selendang &
                             menyiapkan sehelai selendang
    Projek 5          -  Tudung
    Projek 6          -  Telekung
    Projek 7          -  Lace coaster
    Projek 8          -  Sulam tampal corak butterfly & menyiapkan sarung
                             kusyen
    Projek 9          -  Tulisan jawi
    Projek 10        -  Beg cinta bumi
    Projek 11        -  Kotak pensil dengan kata-kata mutiara
    Projek 12        -  Skrin pilihan corak, menjahit kata-kata di atas tuala
    Projek 13        -  Name tag
    Projek 14        -  Brush-out, menyulam corak brush-out di atas T-shirt
    Projek 15        -  3D Organza
    Projek 16        -  Cenderamata untuk majlis perkahwinan & aktiviti lain
    Projek 17        -  Kain sulam
    Projek 18 & 19 -  Fesyen Aksesori

signature

Sep 18, 2010

Alamat kedai kraf

Mayfair, Craft World, Elitronic & Anna Patchwork merupakan kedai kraf yang Sheila selalu pergi. Berikut sertakan alamatnya ye untuk kemudahan semua…

Mayfair Handicraft
29, Jalan USJ 10/1E, Taipan Triangle
47620 UEP Subang Jaya
Tel/Fax : 603-56334563 (Brenda)
Business Hours: 10AM to 9PM (10AM to 8PM on Saturday)
Email: info@maycraft.com.my / mayfair.handicraft@gmail.com
http://www.maycraft.com.my/

Craft World (Yee Button House)
33, Jalan SS2/55, 47300 PJ
Tel No: 03 78770072/78770049
Fax No: 03 787743035
Business Hours: 9AM to 8PM (Close on Sundays)
Email: wcyee@craft-world.net
http://www.craft-world.net/

Elitronic Sdn Bhd
C-G-33, Ground Floor,
10 Boulevard Damansara,
Jln Cempaka, Kg. Sg. Kayu Ara,
47400 Petaling Jaya.
Email : my-elit@tm.net.my
Kelvin Chan : 012-684 3133

Anna Patchwork House
Lot CP2.02, Level CP2, Orange Zone,
Sunway Pyramid Shopping Mall,
No. 3 Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 012.317.4655
Email: annapatchworkhouse@gmail.com
http://annapatchworkhouse.blogspot.com/

____________________________________________________

Pondok Craft
19, Persiaran Kikik 2,
Taman Inderawasih,
13600 Perai, Pulau Pinang.
Tel : 016 4831744
Email : pondok.craft@yahoo.com

Quilt Gallery
LG, Bangsar Village Shopping Ctr,
Jln Telawi, Bangsar Baru, 59100 KL
Tel No: 03-2282 5789
email : quilt@po.jaring.my

Beverly Collection
Lot F16, First Floor, Centrepoint
Lebuh Bandar Utama
Bandar Utama
47800 Petaling Jaya
Tel: +6012 272 5578
Email: ciklynn@gmail.com
http://beverlycollection.blogspot.com/

Haby & Wools
Lot 316, 2nd Floor,
Ampang Park Shopping Complex,
Jalan Ampang, 50450 KL
Tel : 603 2161 5346 (Jenny/Jennifer/Jacky )
Fax : 603 2715 7217
email : haby_wools@hotmail.com

Cottage Patch Sdn Bhd
No. 447 Jalan Ampang, KL
Tel : 603 4256 3106
http://www.cottagepatch.com

Lily Handicraft
Lily Handicraft
G095,1st Floor, Sg Wang Plaza
http://www.lilyhandicraft.com.my

Jens Handicraft
Lot 1-17A, 1st Floor The Atria Shopping Centre Damansara Jaya,
Petaling Jaya,
47400 Selangor,
Tel: 03-7722 1276

OneJoy Patchwork
22A Jalan Persiaran Ampang,
55000 Kuala Lumpur
Tel: 603 4251 9007, 016 2848288
Email: mabel@one-joy.com

signature

Trendy Hijab

Nak menghadiri open house tapi tak ada tudung yang sesuai??? Usah khuatir, kini segalanya hanya di hujung jari je…. klik klik klik dah kautim… jika inginkan tudung/shawl yang unik, lain dari yang lain… berkungjunglah ke shawlqueenbynazeyra….

DSC_0125 [Desktop Resolution]

Macam-macam ada… tak percaya? Jom terjah ke blog shawlqueenbynazeyra

signature