31 Dec 2009

HAPPY NEW YEAR 2010

Salam


Pejam celik pejam celik dah pun penghujung tahun 2009. Sheila rasa cepatnya masa berlalu. Sheila dah mula bercuti dari hari ni hingga 5 Jan 2010, tapi cuti pun boss suruh bawa pc balik, in case ada client call nak tanya tentang drawings... bawa pc pun tak pe janji tak duduk kat office tapi hati di rumah, cam tu lagi sakit rasanya. Masa Sheila menaip ni pun sebenarnya sedang buat kerja juga... pc sedang update & produce drawings.



Sheila cuti lama ni sebab nak menguruskan pendaftaran sekolah anak-anak. Yang sulung, Adini dah masuk darjah 6, Al-Amin pula darjah 4, Adibah 4 tahun nak masuk pre-school so nanti tinggal Amni yang berumur 3 tahun di rumah bersama Zamrah... sekarang ni Zamrah sedang bercuti di kampungnya Kemboja.. Sabtu baru balik sini...harap-harap dia balik le.. kalau tak tak tahu nak hantar anak-anak ke mana...



Esok Sheila nak bawa anak-anak berjalan-jalan ke KL. Sepanjang cuti memerap je di rumah tak ke mana-mana pun sebab sibuk sangat dengan kerja. Projek tetiba masuk hujung-hujung tahun ni. Nak buat camana. So esok pepagi lagi nak ke KLCC, pergi Petrosains.. lepas tu nak ke Shah Alam melawat makcik yang baru balik dari umrah. Sabtu sepatutnya ada kelas, tapi tak nak pergi sebab nak kena pergi airport ambil si Zamrah... Ahad, mak dah nak balik kampung (sedih... akan rindu masakan mak...)

Dah ada azam tahun baru??? Bagi Sheila tahun 2009 ni macam-macam hal dah jadi... tapi ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan? 


Antara wishlist Sheila tahun 2010








Bookmark and Share