28 Dec 2009

{AKW} APA KATA WANITA

Salam dan hi Sheila ucapkan kepada semua pengunjung blog Nice Craft Sewing Studio ni...  Diharapkan semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga dan juga tugas seharian...




Tentu ada di antara pembaca blog ni pernah mendengar tentang rancangan Apa Kata Wanita {AKW}... bersama Zamzarina.

APA KATA WANITA...bersama Zamzarina musim kedua bermula pada 1 Nov 2009 dan memaparkan beberapa segmen baru.

Di antara segmen tersebut adalah Dari Dapur Zamzarina yang membincangkan tips penyediaan pemakanan sihat dan juga ubatan tradisional (home remedies).

Juga dalam edisi baru terdapat segmen Skaf Merah Jambu iaitu catatan kisah seorang blogger wanita bernama Salina.

Selain itu terdapat segmen Kerja@Rumah iaitu paparan wanita yang menjalankan perniagaan atau perkhidmat dari rumah. Satu e-komuniti telah ditubuhkan untuk mengabungkan usahawan Malaysia yang mempunyai kerjaya atau perniagaan online, samada secara sepenuh masa atau sambilan iaitu di MDOL United (Moms & Dads OnLine)

Segmen Produk Pilihan Zamzarina pula memaparkan produk-produk atau servis menarik yang bersesuaian dengan penonton AKW.

Selain itu segmen Personaliti diteruskan dimana setiap minggu seorang personaliti wanita yang berjaya akan dijemput ke studio untuk ditemubual dan berinteraksi dengan penonton AKW.

AKW juga mahu berkongsi maklumat dan menggalakkan penonton untuk berinteraksi melalui laman web dan SMS dan penonton turut diundang untuk menjadi penonton di studio dan turut serta di dalam bual bicara sepanjang program berlangsung!

Edisi pertama AKW telah bermula sejak 2 Januari 2009.

Pengacara

Zamzarina berpengalaman luas dalam mengacarakan rancangan bual bicara sejak hampir sedekad lalu. Beliau juga seorang wartawan penyiaran di Bilik Berita TV, RTM dan pernah menerbitkan rancangan pemberitaan. Berpengalaman membuat liputan khusus mengenai ekonomi, politik dan parlimen. Kini beliau juga merupakan penyelidik dan perunding kandungan dan terlibat sebagai penerbit bersekutu kepada rancangan Apa Kata Wanita.

Sepanjang pengalaman di bidang penyiaran, beliau telah mengemudi rancangan bual bicara Bisnes Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Dari Parlimen dan menyampaikan berita-berita utama RTM.

Beliau juga merupakan seorang Akauntan dan mempunyai syarikat konsultan pengurusan, Surplus Consulting.

Rupa-rupanya dah masuk edisi kedua. Kalau ada yang belum tahu lagi, rancangan ini disiarkan setiap hari Ahad jam 10.05am di RTM 1. Sebelum ni  Sheila tak pernah tahu tentang rancangan ini, tapi sejak mak tinggal dengan Sheila untuk sebulan ni, Sheila pun dah mula mengikuti AKW ni.. Penyampaiannya sangat santai dengan topik-topik yang menarik setiap minggu. Segmen yang Sheila suka adalah bekerja dari rumah diikuti dengan segmen skaf merah jambu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

 '2010 Self Turn-Around Seminar (1st Series)'


Bagi sesiapa yang suka nak tambah ilmu melalui seminar atau sedang mencari-cari seminar motivasi sebagai pembakar semangat bagi tahun 2010 ni, rasanya seminar '2010 Self Turn-Around Seminar (1st Series)' bolehlah dimasukkan ke dalam senarai seminar anda. Sheila rasa macam nak sertailah seminar ni sebagai pembuka tirai 2010. Ada sesiapa yang nak turut serta??? Jom...


 '2010 Self Turn-Around Seminar (1st Series)' 
Tarikh: 31 Januari 2010,
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat : Hotel DePalma Ampang, Selangor
(maklumat selanjutnya rujuk pada gambar di bawah ni)

p/s : ppsssttt.... jangan lupa tau tengok rancangan Apa Kata Wanita ni ye... nanti bagi komen ye tentang rancangan ni. Nak tahu juga apa pendapat pembaca/penonton yang lain..



Bookmark and Share