1 Nov 2009

MENGAPA HANYA SEGELINTIR YANG BERJAYA



Statistik menunjukkan bahawa hanya segelintir yang berjaya mencapai status jutawan. Rata-rata adalah insan yang hidup dalam kesempitan dan serba kekurangan.

Jelas sekali, bukan semua orang berhak menikmati kemewahan. Maksudnya, mereka tidak mempunyai kualiti untuk menerima kekayaan dan kebahagiaan. Akhirnya, golongan yang malang ini terus mengecam nasib tak baik, tiada peluang dan diperdaya orang lain.

Tidak ramai yang benar-benar mengkaji dan menilai diri. Apakah kekurangan yang masih menghantui mereka?

Pertama : Mengharapkan kerja yang senang
 Kerja yang mudah tidak akan membawa kejayaan yang besar. Kita akan terus tergolong dalam kumpulan yang tidak produktif, ketinggalan zaman dan lena di zon keselesaan. Selagi kita tidak sudi menelan tekanan dan kesusahan, kita akan terus menjadi mangsa kegagalan diri sendiri kerana tidak dapat menilai kebaikan di sebalik kerja yang susah.

Kedua : Meminta pertolongan orang lain
Meminta bantuan adalah baik agar kita tidak terjebak dalam kancah kesusahan. Tetapi jika kita terus meminta dan gagal membangunkan bakat diri sendiri, maka ia akan hanya memadamkan bakat diri yang terselindung.

Ketiga : Tidak ada rancangan hidup
Bila kita gagal merancang, kita akan terus terbawa oleh perkara lama yang bersifat rutin. Hanya jika kita boleh mengatur rancangan harian dan mingguan, kita akan membuka ruangan hidup yang baru.

Keempat : Gagal belajar dari kesilapan
Bila seseorang perlu diingatkan berkali-kali, ini bermaksud dirinya masih gagal berdikari dan terus mengulangi kesilapan yang lama. Kualiti sedemikian akan terus memadamkan kecemerlangan diri dan membantutkan kemajuan.

Kelima : Suka menyalahkan orang lain dan lupa diri sendiri
Bila kita terus memperkatakan tentang orang lain, kita lupa melihat diri sendiri. Bahawasanya, kita juga memainkan peranan dalam kejadian tersebut. Keikhasan kita untuk mengaku kesalahan dan seterusnya memikul tanggungjawab diri dalam hal berkenaan.

Keenam : Suka mengelak dari tugasan
Bila kita cuba mencuri tulang atau memberi alasan agar kita terkecuali dari tugasan, maka seseorang akan menjadi semakin lembab dan tidak produktif. Peluang kejayaan dan kekayaan tidak akan datang kepada orang yang malas.

Kesimpulan
Semoga idea kejayaan yang disampaikan di atas dapat membuka lembaran hidup yang lebih ceria dan bermakna.

Petikan : Majalah Epal - Januari 2008

 


Bookmark and Share