25 Oct 2009

Anna Patchwork House

Jadual hujung minggu yang sangat padat... mana taknya, hari Sabtu Sheila ada kuliah dari 10.30am hingga 6.30pm. Biasanya kalau hari Sabtu tu kelasnya cuma dari pukul 2.30pm hingga ke pukul 7.00pm pada kebiasaannya... ahhh....

Lepas kelas, Sheila berpeluang ke Sunway Pyramid... hajat di hati nak membeli buku sambil cuci-cuci mata... Teringat lak nak melawat Anna Patchwork House yang terletak di CP2... zass.. sementara menanti ketibaan En. Suami, Sheila pun naik ke CP2... ini first visit Sheila ke Anna Patchwork House...


 Tempatnya terletak berhampiran dengan lif di Orange Zone... (new wing)...

Ketibaan Sheila disambut oleh dua orang wanita jelita yang sungguh mesra... selepas memperkenalkan diri sebagai teman kepada Raihana seorang kenalan di facebook - akhirnya salah seorang wanita yang berada di situ memperkenalkan diri sebagai Raihana... wahhhh.... seronoknya.... tak sangka pertemuan yang tak dirancang itu telah menemukan kami berdua. persis sahabat lama yang telah terpisah lagaknya... kami berbual mesra walaupun pada hakikatnya itu adalah pertemuan pertama... 

p/s : Rai... nanti kita jumpa lagi di Anna Patchwork ye....



Di Anna Patchwork menjual pelbagai peralatan untuk penggemar seni Quilt & Patchwork. Lihat sahaja deretan bolt yang pelbagai warna sangat mendamaikan jiwa raga... tenangnya bila dapat melihat fabrik yang pelbagai warna tersusun rapi di raknya sendiri... 


Kepada sesiapa yang berkunjung ke Sunway Pyramid tu jangan lupa singgah di Anna Patchwork ye...






Bookmark and Share
 

BAGAIMANA MENJAHIT MENYUMBANG KEPADA KEBAHAGIAN SEORANG WANITA?



1. Curahan kasih sayang
Sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan apabila menjahit pelbagai jenis artikel dan pakaian untuk dijadikan hadiah kepada keluarga yang tersayang.

2. Mencari pendapatan sambil menjaga keluarga
Bersama-sama dengan suami menyumbang pendapatan keluarga tanpa meninggalkan anak-anak di rumah. Bagi ibu tunggal, ia merupakan punca rezeki yang terbaik kerana perhatian kepada keluarga tidak diabaikan.

3. Melepaskan tekanan
Kajian menunjukkan bahawa menjahit merupakan antara lima aktiviti yang terbaik untuk melepaskan tekanan merujuk kepada statistik yang dipantau menerusi kadar denyutan jantung, tekanan darah dan kadar perpeluhan selepas menjahit.

4. Rasa bangga
Bangga dan puas apabila melihat hasil kerja yang dihasilkan sendiri.

5. Menjadi idola dalam kalangan keluarga
Menjadi idola bagi generasi keluarga yang akan datang melalui tahap kesabaran, ketelitian, keikhlasan dan kasih sayang yang tinggi.

Sumber artikel : Majalah bulanan Epal, Oktober 2009





Bookmark and Share

JANGAN HARAPKAN KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN



Sumber artikel : Majalah bulanan epal Okt. 2009

Terdapat beberapa aspek yang perlu dikorbankan sebelum seseorang dapat menikmati hidup yang lebih berkualiti...

Pertama : Keselesaan diri
Seseorang hendaklah memulakan perniagaan berasaskan kemampuan dan tahap diri sendiri. Jika keadaan modal tidak mengizinkan, janganlah menuntut keselesaan dengan membeli kereta baru, penghawa dingin dan perhiasan yang keterlaluan. Biarlah kita maju selangkah demi selangkah. Apabila keadaan kewangan mengizinkan, barulah kita meningkatkan kualiti pejabat mahupun kelengkapan perniagaan. Setiap ringgit yang telah anda jimatkan akan dapat dijadikan modal pembangunan syarikat. Korbankan imej diri dan lengkapkan keperluan perniagaan yang lain.

Kedua : Masa bersama keluarga
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dielakkan demi untuk meluangkan masa yang secukupnya untuk pembangunan diri. Contohnya, masa bersembang dengan rakan, msa bersembang dengan keluarga, masa untuk makan angin dan hobi. Biarpun kesemuanya penting dalam hidup anda, namun ia perlu dikurangkan atau diketepikan sama sekali untuk memberi penumpuan yang secukupnya kepada perniagaan anda.

Ketiga : Kewangan dan harta
Anda mungkin perlu melabur wang untuk mencari ilmu, mendapatkan nasihat dan bantuan professional dalam berbagai aspek kejayaan. Anda juga perlu membelanja pihak yang bekerjasama dengan anda. Jangan harapkan semuanya percuma. Berbagai alatan dan perniagaan perlu diatur untuk membolehkan anda memulakan kerjaya sendiri. Setiap aspek yang anda curahkan  adalah pengorbanan. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jelas untuk menggambarkan semangat keusahawanan sejati yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan.







Bookmark and Share