Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

27 Sep 2009

1st day of Hari Raya 20092009 @ Puchong & PJ (Part 1)

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan batin.
Bookmark and Share
Posted by Picasa

26 Sep 2009

ENGLISH DECO - PART 1







Bookmark and Share
Posted by Picasa

25 Sep 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Di kesempatan ini Sheila menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan perbuatan serta kekasaran bahasa di dalam penulisan. Sebagai manusia biasa pastinya Sheila tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan hanya kemaafan daripada kalian yang Sheila pohon. Mudah-mudahan kita semua mendapat keredhaan Allah jua hendaknya.
Sungguh cepat masa berlalu, tanpa sedar Ramadhan telah begitu hampir ke penghujungnya... Sedih rasanya untuk meninggalkan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan keberkatan ini. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di Ramadhan akan datang.
Sehingga berjumpa lagi... Salam hormat daripada Sheila.
Bookmark and Share

10 Sep 2009

SEWING ROOM TOUR - STORING PROJECT

This is a good idea for storing all my UFO ^_^... hope this is a good one for you as well...

Happy viewing.
Bookmark and Share

Where did we 'all' begin??

This is so interesting... I got this from Daisy Quilts. I can't wait to share my story
**Come and Join me and have your say and lets share our stories!!
** ** ** ** ** ** **
"One of the things I am always most curious about with quilting and especially we quilters is... Where and how did we start quilting? What started us on this wonderful endless journey??" So I got to thinking.... Why don't we share our stories and our first quilts.. Would you be interested in joining me??
** ** ** ** ** ** **
Let's share our stories. **This is for everyone!! Even if you've just begun! ...and don't be shy...we all started somewhere!! See below for details... I hope we have lots and lots of people joining in!!
** ** ** ** ** ** **
Here's how I began ( click to take you to my story)
** ** ** ** ** ** **
To play along follow these steps. 1. Grab the 'Where did we begin button'.. (right click to save) 2. Include the button in a post titled 'Where did we begin' on your blog and tell your 'Where did we Begin' story and share pics of your first quilt / quilts (if you can). **Link your WDWB post back to this specific post on my blog. Do this by highlighting the button and linking (use this URL - http://daisyquilts.blogspot.com/2009/09/where-did-we-all-begin.html) and / OR place a link of your own naming, as well. (How to make a link) You still with me here? Ooh this is exciting!! 3. Once you have saved your post, click on the title of your post and grab the address (URL) in the address bar up top. Copy. 4. Come back to my blog, to this post and sign up to my Mister Linky Widget with your Name and the URL that you have just copied from your site. This means when people click on your name, they will be taken straight to your 'Where did we begin' post. Do this only once per player please. I'm so looking forward to reading your stories and sharing your pics. Let's go right around the world!! I'm so excited!! Will you join me? Let's go!! hugs Robyn xx
I have to digg my old stuff and share with you guys... so stay tune ^_^
Bookmark and Share

9 Sep 2009

Nice2craft.blogspot.com @ www.roseinspiration.com


Mulai dari tarikh hari ini

09-09-2009 (090909),

nice2craft.blogspot.com telah mempunyai domain name sendiri iaitu www.roseinspiration.com. Walaubagaimanapun blog nice2craft masih boleh di capai dengan url asal...


Q & A

1. Kenapa Sheila menggunakan rose+inspiration?

rose - adalah singkatan dari nama penuh --> rosilawati
(Sheila ni kira nama glamorlah... parents panggil Sila/La, kawan-kawan panggil Sheila, cuma sekarang ni ada sorang je yang panggil Rose - Aziz my coursemate di UM)

Inspiration - ilham, bisikan (hati), fikiran (mengikut kamus dewan)


2. Kenapa Sheila pilih tarikh 090909?

Tarikh yang istimewa dan senang nak ingat...
Disebabkan Sheila ni umur dah banyak jadi kemungkinan untuk terlepas peristiwa-peristiwa penting tu cerah, almaklum le banyak sangat tarikh nak ingat eg.: tarikh nikah, birthday, insurans, roadtax renewal, eh, pendek kata banyak lagi le.. jadi bila dah ada satu tarikh yang senang nak ingat, akan lebih memudahkan. Betul tak kawan-kawan?


3. Selepas tarikh 090909, tarikh apa yang difikirkan istimewa ?

Hmm... Sheila rasa nak tunggu 101010 lak...^_^
(InsyaAllah kalau dipanjangkan umur)


4. Apa perancangan masa hadapan bersama roseinspiration ni?

Sheila nak ada satu bilik khas - roseinspirationroom... untuk menjahit, buat sepah, mencari ilham, gallery dan macam-macam lagilah.. Floor Plan untuk bilik ni pun dah siap... (proposal dah hantar pada Mr.J... dalam pertimbangan katanya, sekarang ni kumpul dana, ada sapa-sapa nak melabur/ nak jadi rakan kongsi sila hubungi Sheila ye ^_^)


5. Sekarang ni semua aktiviti menjahit dilakukan secara sambilan - (sebab masih bekerja makan gaji), tak teringin ke nak buat fulltime - bekerja dari rumah?

Soalan yang bernas sekali....
Memang itulah salah satu daripada banyak-banyak impian Sheila, malah impian semua ibu-ibu yang bekerja untuk dapat bekerja dari rumah. Buat masa ini keadaan masih belum lagi mengizinkan, InsyaAllah satu hari nanti.
(Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini - Amin)


^_^

Hingga jumpa lagi.. have a nice day.

Wassalam


Bookmark and Share

TUDUNG DiY - Part 1




Inilah yang Sheila sibukkan sekarang ni... Tempahan dari jiran-jiran dan juga untuk readymade tudung. Alhamdulillah, walaupun dah ramai peniaga tudung di luar sana, tapi rezeki untuk setiap orang itu sebenarnya telah ditentukan oleh Allah yang Maha Esa.

Yang light purple tu tudung Kak Laila (jiran sebelah rumah), minta tukarkan awning tudungnya... yang plum tu tudung Sheila style scallop. Dua tudung di sebelah bawahnya pula tudung Sheila dan tudung Adini... dua-dua pun style scallop. Lain-lain tu tudung readymade yang Sheila bagi pada seorang kawan di Shah Alam...

Itu sahaja cerita tentang tudung...

Hingga jumpa lagi, selamat menjahit & have a nice day ^_^



Bookmark and Share
Posted by Picasa

8 Sep 2009

SNEAK PREVIEW



Semalam tu Selangor cuti sempena Nuzul Quran... So peluang yang ada tidak di sia-siakan. Sheila, Nadia dan Zee mengatur rancangan untuk keluar mempeli keperluan hari raya. Kami keluar lepas Zohor, 2.30pm.

Mula-mula tu misi mencari bahan-bahan biskut di Puchong Prima... Ni projek Nadia. Selepas selesai misi di Puchong Prima, kami ke SS2 untuk membeli kain tudung jc, ni tentunya projek Sheila ^_^,
tapi Zie dan Nadia pun tidak ketinggalan membeli untuk koleksi masing-masing.

Seterusnya task yang paling sukar ialah untuk mencari kain langsir Zie, konsep English. Kami ke Kamdar SS2, kat sini tak banyak koleksi kain langsir. Seterusnya kami ke Nagoya Carrefour, pun tak ada juga. Hmmm.. Sheila call Lydia untuk check, dan dia cadangkan Tewah IOI Mall... Thanks Lydia.

Dari Carrefour kami ke IOI Mall sebab kena sampai rumah sebelum berbuka. Pada masa kami tiba di IOI Mall dah pukul 6.20pm lebih kurang... nasib baik jumpa fabrik idaman kalbu untuk Zie. Dan untuk Sheila sendiri, pastinya tidak pulang dengan tangan kosong juga, Sheila beli kain untuk projek lepas raya, yang bunga-bunga corak English tu untuk tote bag dan yang purple-putih tu untuk cadar katil.

Yang warna oren tu kain beli kat Nilai 3 hari tu...itu tema baju raya tahun ni....


Ok, hingga jumpa lagi, have a nice day ^_^



Bookmark and Share
Posted by Picasa

6 Sep 2009

RECYCLE PROJECT - THREAD ORGANIZER

Minggu lalu Sheila melancarkan misi menyusun benang-benang sulam yang mengalahkan penjahit tegar... Suka dan buat koleksi, kononnya bila-bila nak guna senang, semua dah ada, tak perlu untuk berlari ke kedai. Sebelum ni Sheila susun benang-benang ni melintang dalam bekas, tapi bila nak ambil benang yang sebelah bawah rasa macam susah aje....
Kebetulan officemate Sheila ada bagi bekas kuih bulan yang cantik, jadinya Sheila pun menggunakan bekas ni sebaik mungkin, bukan sebagai hiasan sahaja.
(Bahagian luar - siap ada selak lagi)
(pandangan pada bahgian dalam) Sheila menggunakan kotak kek yang sudah digunakan sebagai pembahagi ruang dalam. Untuk yang melintang panjangnya 10" manakala bahagian yang memanjang 8". Ketinggian pembahagi ni pulak cuma 2" sahaja.
Beginilah keadaannya selepas pembahagi tadi di susun bersilang-silang di dalam kotak kuih bulan tu. Boleh isi 80 biji benang...
Ni selepas benang-benang yang tadinya tidak tersusun, sekarang boleh susun ikut warna. Hmm... nampaknya masih ada ruang-ruang kosong yang boleh diisi dengan benang-benang sulam yang cantik... Harusku ke kedai untuk menambah koleksiku ini... Muahahaha... Lepas ni nak cari benang dua tone pulak... ^_^
Sehingga jumpa lagi, have a nice day.

SMOCKING 101 - THE CABLE STITCH

Video tutorial untuk jahitan cable stitch.

SMOCKING 101

Video tutorial cara-cara pleat kain...

5 Sep 2009

Cerita umum

Minggu yang sungguh hectic.

Hari ni Sabtu, macam biasa ada kelas di UM, ada exam lak tu dangan conflict management assignment kena hantar.

Dalam pada tu sempat juga menyiapkan 2 helai tudung untuk Zie (versi tudung labuh) untuk mak dan MILnya. Gambar tak sempat lak nak snap tadi sebab kalut sangat tadi nak hantar gi rumah Zie. So untuk Zie ada 4 helai lagi yang perlu disiapkan...

Untuk exam hari ni tak tahu nak baca apa sebabnya jawapan untuk soalan yang diberi adalah berpandukan general knowledge... kalau civil engineering nyer subjek tu rasanya lebih mudah sebab kebanyakan subjek melibatkan pengiraan, kalau subjek yang kena fikir banyak ni lemah sikit.. Niway, wish me luck ye dalam exam ni...

Hingga jumpa lagi, have a nice day ^_^



3 Sep 2009

Jalan-jalan di Nilai 3



Caption : Textile walk


Hari Ahad 30 Ogos 2009, Sheila pergi ke Nilai 3. Tiada dalam perancangan pun. Pagi tu makcik Sheila yang dok di Alor Setar tu call kata nak datang rumah. Lepas dah sampai tu rupanya makcik nak ke Nilai 3, mencari langsir untuk hari raya.


Dah lama sangat tak pergi ke Nilai 3 ni... maklum le, tak ada keperluan. Tapi bila dah makcik minta tolong bawakan, since tak ada plan nak ke mana-mana, Sheila pun ON. Kami pergi bertiga. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.30am... sampai sana pukul 11.30am lebih kurang. Misi utama kami mencari kedai KK dan juga kedai kain langsir.



Caption : Makcik dok pilih-pilih kain yang berkenan di hati - semua lawa



Caption : Mission berjaya


Mula-mula kami ke kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik... misi utama menempah langsir. Di kedai yang kami singgah ni menyediakan perkhidmatan menjahit langsir siap 1 jam. Servis yang bagus. Harga kain dan upah untuk satu langsir tingkap dan sliding door 3 panel - RM240.00. Tak tahu nak komen mahal ke murah, sebab Sheila tak pernah tempah pun, jahit sendiri aje. Tahun ni tak tukar langsir, pakai apa yang ada je, lagipun masih baru lagi.










Misi seterus kami ialah ke kedai KK. Makcik nak melengkapkan tea setnya. Sheila layan aje. Kedai KK ni menjual pinggan mangkuk dan juga perhiasan bercorak bunga-bungaan Inggeris (style Vantage)... memang le terpesona dan rambang mata... Sheila ni minat juga pada dekorasi ala Inggeris... tapi mengingatkan pesanan suamiku itu, harus beringat-ingat ketika berbelanja, maka terbantutlah hasrat untuk membuat koleksi pinggan-pinggan ni.... cuma Sheila beli tempat susun serviette - 2 pcs.



On the way nak ke kereta, kami singgah di kedai yang menjual mannequin, hanger dll untuk peniaga... hahaha, kat sini tentukan Sheila beli mannequin untuk display tudung, plastik untuk tudung, dan hanger. Nanti Sheila share photo kat sini.



Popular Posts

Like us on Facebook