9 Sep 2009

Nice2craft.blogspot.com @ www.roseinspiration.com


Mulai dari tarikh hari ini

09-09-2009 (090909),

nice2craft.blogspot.com telah mempunyai domain name sendiri iaitu www.roseinspiration.com. Walaubagaimanapun blog nice2craft masih boleh di capai dengan url asal...


Q & A

1. Kenapa Sheila menggunakan rose+inspiration?

rose - adalah singkatan dari nama penuh --> rosilawati
(Sheila ni kira nama glamorlah... parents panggil Sila/La, kawan-kawan panggil Sheila, cuma sekarang ni ada sorang je yang panggil Rose - Aziz my coursemate di UM)

Inspiration - ilham, bisikan (hati), fikiran (mengikut kamus dewan)


2. Kenapa Sheila pilih tarikh 090909?

Tarikh yang istimewa dan senang nak ingat...
Disebabkan Sheila ni umur dah banyak jadi kemungkinan untuk terlepas peristiwa-peristiwa penting tu cerah, almaklum le banyak sangat tarikh nak ingat eg.: tarikh nikah, birthday, insurans, roadtax renewal, eh, pendek kata banyak lagi le.. jadi bila dah ada satu tarikh yang senang nak ingat, akan lebih memudahkan. Betul tak kawan-kawan?


3. Selepas tarikh 090909, tarikh apa yang difikirkan istimewa ?

Hmm... Sheila rasa nak tunggu 101010 lak...^_^
(InsyaAllah kalau dipanjangkan umur)


4. Apa perancangan masa hadapan bersama roseinspiration ni?

Sheila nak ada satu bilik khas - roseinspirationroom... untuk menjahit, buat sepah, mencari ilham, gallery dan macam-macam lagilah.. Floor Plan untuk bilik ni pun dah siap... (proposal dah hantar pada Mr.J... dalam pertimbangan katanya, sekarang ni kumpul dana, ada sapa-sapa nak melabur/ nak jadi rakan kongsi sila hubungi Sheila ye ^_^)


5. Sekarang ni semua aktiviti menjahit dilakukan secara sambilan - (sebab masih bekerja makan gaji), tak teringin ke nak buat fulltime - bekerja dari rumah?

Soalan yang bernas sekali....
Memang itulah salah satu daripada banyak-banyak impian Sheila, malah impian semua ibu-ibu yang bekerja untuk dapat bekerja dari rumah. Buat masa ini keadaan masih belum lagi mengizinkan, InsyaAllah satu hari nanti.
(Ya Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini - Amin)


^_^

Hingga jumpa lagi.. have a nice day.

Wassalam


Bookmark and Share

TUDUNG DiY - Part 1




Inilah yang Sheila sibukkan sekarang ni... Tempahan dari jiran-jiran dan juga untuk readymade tudung. Alhamdulillah, walaupun dah ramai peniaga tudung di luar sana, tapi rezeki untuk setiap orang itu sebenarnya telah ditentukan oleh Allah yang Maha Esa.

Yang light purple tu tudung Kak Laila (jiran sebelah rumah), minta tukarkan awning tudungnya... yang plum tu tudung Sheila style scallop. Dua tudung di sebelah bawahnya pula tudung Sheila dan tudung Adini... dua-dua pun style scallop. Lain-lain tu tudung readymade yang Sheila bagi pada seorang kawan di Shah Alam...

Itu sahaja cerita tentang tudung...

Hingga jumpa lagi, selamat menjahit & have a nice day ^_^



Bookmark and Share
Posted by Picasa