Sep 8, 2009

SNEAK PREVIEW



Semalam tu Selangor cuti sempena Nuzul Quran... So peluang yang ada tidak di sia-siakan. Sheila, Nadia dan Zee mengatur rancangan untuk keluar mempeli keperluan hari raya. Kami keluar lepas Zohor, 2.30pm.

Mula-mula tu misi mencari bahan-bahan biskut di Puchong Prima... Ni projek Nadia. Selepas selesai misi di Puchong Prima, kami ke SS2 untuk membeli kain tudung jc, ni tentunya projek Sheila ^_^,
tapi Zie dan Nadia pun tidak ketinggalan membeli untuk koleksi masing-masing.

Seterusnya task yang paling sukar ialah untuk mencari kain langsir Zie, konsep English. Kami ke Kamdar SS2, kat sini tak banyak koleksi kain langsir. Seterusnya kami ke Nagoya Carrefour, pun tak ada juga. Hmmm.. Sheila call Lydia untuk check, dan dia cadangkan Tewah IOI Mall... Thanks Lydia.

Dari Carrefour kami ke IOI Mall sebab kena sampai rumah sebelum berbuka. Pada masa kami tiba di IOI Mall dah pukul 6.20pm lebih kurang... nasib baik jumpa fabrik idaman kalbu untuk Zie. Dan untuk Sheila sendiri, pastinya tidak pulang dengan tangan kosong juga, Sheila beli kain untuk projek lepas raya, yang bunga-bunga corak English tu untuk tote bag dan yang purple-putih tu untuk cadar katil.

Yang warna oren tu kain beli kat Nilai 3 hari tu...itu tema baju raya tahun ni....


Ok, hingga jumpa lagi, have a nice day ^_^



Bookmark and Share
Posted by Picasa