Sep 6, 2009

RECYCLE PROJECT - THREAD ORGANIZER

Minggu lalu Sheila melancarkan misi menyusun benang-benang sulam yang mengalahkan penjahit tegar... Suka dan buat koleksi, kononnya bila-bila nak guna senang, semua dah ada, tak perlu untuk berlari ke kedai. Sebelum ni Sheila susun benang-benang ni melintang dalam bekas, tapi bila nak ambil benang yang sebelah bawah rasa macam susah aje....
Kebetulan officemate Sheila ada bagi bekas kuih bulan yang cantik, jadinya Sheila pun menggunakan bekas ni sebaik mungkin, bukan sebagai hiasan sahaja.
(Bahagian luar - siap ada selak lagi)
(pandangan pada bahgian dalam) Sheila menggunakan kotak kek yang sudah digunakan sebagai pembahagi ruang dalam. Untuk yang melintang panjangnya 10" manakala bahagian yang memanjang 8". Ketinggian pembahagi ni pulak cuma 2" sahaja.
Beginilah keadaannya selepas pembahagi tadi di susun bersilang-silang di dalam kotak kuih bulan tu. Boleh isi 80 biji benang...
Ni selepas benang-benang yang tadinya tidak tersusun, sekarang boleh susun ikut warna. Hmm... nampaknya masih ada ruang-ruang kosong yang boleh diisi dengan benang-benang sulam yang cantik... Harusku ke kedai untuk menambah koleksiku ini... Muahahaha... Lepas ni nak cari benang dua tone pulak... ^_^
Sehingga jumpa lagi, have a nice day.