3 Sep 2009

Jalan-jalan di Nilai 3



Caption : Textile walk


Hari Ahad 30 Ogos 2009, Sheila pergi ke Nilai 3. Tiada dalam perancangan pun. Pagi tu makcik Sheila yang dok di Alor Setar tu call kata nak datang rumah. Lepas dah sampai tu rupanya makcik nak ke Nilai 3, mencari langsir untuk hari raya.


Dah lama sangat tak pergi ke Nilai 3 ni... maklum le, tak ada keperluan. Tapi bila dah makcik minta tolong bawakan, since tak ada plan nak ke mana-mana, Sheila pun ON. Kami pergi bertiga. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.30am... sampai sana pukul 11.30am lebih kurang. Misi utama kami mencari kedai KK dan juga kedai kain langsir.



Caption : Makcik dok pilih-pilih kain yang berkenan di hati - semua lawa



Caption : Mission berjaya


Mula-mula kami ke kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik... misi utama menempah langsir. Di kedai yang kami singgah ni menyediakan perkhidmatan menjahit langsir siap 1 jam. Servis yang bagus. Harga kain dan upah untuk satu langsir tingkap dan sliding door 3 panel - RM240.00. Tak tahu nak komen mahal ke murah, sebab Sheila tak pernah tempah pun, jahit sendiri aje. Tahun ni tak tukar langsir, pakai apa yang ada je, lagipun masih baru lagi.










Misi seterus kami ialah ke kedai KK. Makcik nak melengkapkan tea setnya. Sheila layan aje. Kedai KK ni menjual pinggan mangkuk dan juga perhiasan bercorak bunga-bungaan Inggeris (style Vantage)... memang le terpesona dan rambang mata... Sheila ni minat juga pada dekorasi ala Inggeris... tapi mengingatkan pesanan suamiku itu, harus beringat-ingat ketika berbelanja, maka terbantutlah hasrat untuk membuat koleksi pinggan-pinggan ni.... cuma Sheila beli tempat susun serviette - 2 pcs.



On the way nak ke kereta, kami singgah di kedai yang menjual mannequin, hanger dll untuk peniaga... hahaha, kat sini tentukan Sheila beli mannequin untuk display tudung, plastik untuk tudung, dan hanger. Nanti Sheila share photo kat sini.