19 Aug 2009

Panduan Asas Penyelesaian Masalah Mesin 2049

Kadang-kadang semasa semangat untuk menjahit membuak-buak tetiba mesin jahit kita buat perangai.... mesti rasa cuak kan? Di sini Sheila kongsi tips cara-cara untuk servis mesin jahit Epal (Janome) model 2049 (Untuk mesin jahit jenama lain, sila hubungi pusat servis masing-masing ye).
(Gambar dan nota adalah ihsan laman web Epal - www.epal.com.my)


Masalah 1 : Benang bawah berserabut/bergumpal atau berbiji di bahagian bawah dan benang putus-putus.

Langkah-langkah yang perlu diambil :

1. Semak cara pasang benang atas.
(Sila pastikan cara pasang benang atas adalah betul)


Langkah 2
(Nota : pastikan benang atas dan benang bawah yang digunakan sama saiz)


Masalah 2 : Masalah jahitan benang atas atau benang bobbin longgar

Langkah-langkah yang perlu dibuat :

1. Sila naikkan ketegangan benang kepada nombor yang lebih tinggi.

2. Sila ketatkan ketegangan skoci dengan memutar skru.
(Nota : Jika jahitan mesin anda berbiji-biji, anda hanya perlu selaraskan ketegangan benang atas dan benang bawah)


Masalah 3 : Masalah jahitan berserabut/bergumpal di bawah walaupun tension benang sampai no. 9

Langkah-langkah yang perlu diambil :

1.Sila semak bahagian tension mungkin terdapat benang di bahagian ini.

2. Sila buka penutup bahagian lampu.

3. Buka alat tension benang.
(selepas 2 skru dibuka, sila tarik alat tension benang dengan perlahan-lahan)


(Nota : Selepas siap dibersihkan, sila pasang balik tension benang dengan mengikut langkah buka tadi bermula dengan langkah dari belakang)


Masalah 4 : Mentol terbakar

Cara mengganti mentol yang terbakar :

1. Buka penutup bahagian lampu.

2. Tanggalkan lampu.
Nota : Semasa menukar mentol, pastikan suis dimatikan dan jika mentol dalam keadaan panas, sila alas dengan kain.


Masalah 5 : Mesin mengeluarkan bunyi tidak normal di bahagian cangkuk bobbin

Langkah-langkah penyelesaian :
(Peringatan : sila matikan suis ketika membersihkan bahagian ini)

1. Buka pin.

2. Tarik keluar cangkuk gelung (A) dan cangkuk tajam (B)

3. Bersihkan bahagian cangkuk.

4. Letak minyak.

Pasang balik cangkuk tajam dan gelung ikut langkah cara buka tadi bermula dari belakang.
Nota : Selepas anda pasang cangkuk A dan B, sila kunci balik kedua-dua belah pin, dan untuk mengelak hasil jahitan terkena minyak sila gunakan kain biasa sebagai percubaan


Masalah 6 : Mesin tidak berfungsi

Sekiranya anda dapati tiba-tiba mesin anda tidak berfungsi, sila selesaikan dengan cara ini.

Langkah yang perlu dibuat :

Sila ganti fius pada plug mesin jahit.



NOTA : 1. JIKA MASALAH MASIH BERLARUTAN, SILA HUBUNGI PUSAT SERVIS YANG BERHAMPIRAN ANDA.
2. Untuk memastikan mesin jahit anda dalam keadaan baik, sila buat servis setiap 4 bulan sekali.

Selamat menjahit dan jumpa lagi.