25 May 2009

Buat apa di hujung minggu????




Minggu ni macam biasa tak pergi mana-mana melainkan pergi kuliah pada hari Sabtu. Hari Ahad biasalah duduk memerap di rumah aje. Sheila sebenarnya sedang sibuk membangunkan laman web Sheila yang baru. Yang lama tu.. www.creative-homebiz.com tu dah berkubur. Gara-gara lambat renew, nama tu nak kena bid pulak baru boleh dapat balik. Kisahnyaaa....


Jadi Sheila pun ambil satu yang baru... www.myhoneybunch.com. Kalau sebelum ni orang yang bertanggungjawab membangunkan laman web ini ialah Maya, tapi kali ni nak cuba buat sendiri lak. Sheila memang zero knowledge tentang website ni... So, hari ni Sheila berjaya mengupload forum ke dalam website. Itu pun selepas beberapa hari mengkaji dan belajar dari cikgu maya yang bernama youtube.


Maka, inilah hasilnya www.myhoneybunch.com/forum. Masih banyak lagi yang perlu di tambah ke dalam forum ni. Sebarang pendapat dan cadangan adalah amat dialu-alukan.


Till then, have a nice day >_<