May 2, 2009

Bento >-<



Minggu yang panjang ni tak dapat nak balik kampung. Hari ni ada exam 'Consumer Behaviour'. lTapi dalam kata kena mentelaah buku, sempat juga bloghopping untuk mencari resipi.


Semasa membloghopping, jumpa cerita tentang Bento. Kalau ada masalah dengan anak-anak yang susah nak makan... memang bagus sangat buat macam ni. Memang cantik dan cute sangat. Bila dah siap rasa sayang nak makan pun ada :-D


Mengikut kamus wikipedia, Bento adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.

Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.

Bentō biasanya dibungkus untuk satu orang, walaupun dalam erti yang luas boleh bermaksud makanan bekal untuk sekumpulan atau sekeluarga. Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ketika dibeli, bentō sudah dilengkapi dengan penyepit pakai buang serta penyedap rasa yang disesuaikan dengan lauk, seperti kicap atau sos dalam paket mini.

Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera. Bungkusan bento selalu mempunyai tutup, dan bekas bentō boleh berupa kotak segi empat plastik, kotak roti, atau kotak kayu yang diperbuat daripada tangan yang dilicinkan. Suri rumah di Jepun dianggap perlu pandai menyiapkan bentō, walaupun bentō boleh dibeli di mana-mana saja.

Di Malaysia ada juga yang telah menghasilkan bento yang cantik seperti http://allthingspurple.blogspot.com. Memang cantik & cute... Cumanya kalau nak siapkan untuk anak-anak yang ramai tu mungkin kena buat persiapan yang lebih awal... Kalau tak jawabnya le lewat nak ke sekolah.... >-<

Ok... itu sahaja entry tentang bento...

Hingga jumpa lagi.... Have a nice day...