24 Mar 2009

Akhirnya ketenangan itu...

.... milikku jua.
Setelah sekian lama tak rasa setenang ini.
Kepada pengunjung yang singgah, Sheila ucapkan ribuan terima kasih. Kepada yang meninggalkan pesanan di chat box tapi lewat mendapat reply, Sheila minta maaf kerana ada berlaku gangguan teknikal (Streamyx) di tempat Sheila ni. Kalau boleh online sekali pun, hanya sekejap je... Lepas tu "sengal" balik.
Minta maaf sekali lagi.
Jadi di sini Sheila akan cuba menjawab segala persoalan :
********************
To Niza :
Sure Niza... akan akak pastikan yang Kasih tu ingat kat Niza sentiasa. Seru le namanya selalu nanti...
To Ros, Ija, Eila dll:
Buat masa ni tak ada jadual untuk kelas tudung. Kalau Ros & Ija tinggal di area Puchong, mai le datang ke rumah...
To Mak Teh :
Mak Teh... Kalau Mak Teh nak renew membership, mak teh boleh bayar RM348.00 untuk setahun dan mak teh boleh attend kelas jahitan Epal. Mak Teh boleh pergi ke mana-mana Pusat Latihan Epal yang berdekatan dengan tempat mak teh ye.
To Nadi :
Boleh e-mail me at rosilawati.wahid@gmail.com. Nanti Sheila bagi contact no.nya.
To Mas :
Tq Mas, akak dah melawat laman blog Mas yang baru... :-D
To Nannie :
Tq kak Nannie (adik kepada kak Wati/Jun aka Cupcakekasih), tak pernah tahu yang akak sifu menjahit... Lepas ni nak menuntut ilmu smocking ye kak..
To MyLovelyBiz :
Yang ni dah jawab via e-mail... <--- dalam proses nak buat header
To dddyy :
Interface = Kain Gam
To Hani :
Harga mesin sulam yang paling murah MC300e (RM5999.00). Nanti Hani akan dapat satu set corak sulam untuk baju kurung (Worth RM300.00).