Nov 26, 2009

PROGRAM "PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA"






 Gambar-gambar sekitar majlis Program "PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA"... Berikut Sheila sertakan aturcara majlis sepanjang acara berlangsung


ATURCARA MAJLIS : -


09.00am   Ketibaan para hadirin dan peserta Train & Place


10.00am   Ketibaan Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ., ke tapak pameran untuk menyempurnakan Hiasan Dinding yang akan dicatatkan di dalam "Malaysia Book of Record"


10.20am   Keberangkatan Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ., ke dewan majlis.

10.30am   Majlis bermula dengan nyanyian lagu "Satu Bangsa Kasihi Semua"

10.45am   Persembahan ucapan alu-aluan oleh Madam Fully Chye Goet Lee, Pengerusi Mostwell Sdn Bhd dan Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad

11.00am   Titah ucapan oleh Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ.,selaku penaung Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad

11.20am   Penyampaian sijil kepada 360 orang peserta Progam Pembangunan Usahawan Wanita

11.30am   Penyampaian hadiah pertandingan sewaktu Program Train & Place dijalankan selama 3 bulan
                 i.   Pelatih terbaik (3 orang)
                 ii.  Kumpulan Bantu Diri Terbaik (3 kumpulan)
                 iii. Trainer Terbaik (1 orang)

11.45am   :-

a) Penyampaian mock cek TEKUN Nasional sebagai tawaran kemudahan pembiayaan kepada 200 peserta program Pembangunan Usahawan Wanita dengan usahasama TEKUN Nasional - Koperasi Dagang Seni Malaysia - Mostwell Sdn Bhd dengan nilai RM2 Juta.


b) Penyampaian Anugerah Khas Syarikat Strategik TEKUN Nasional kepada Syarikat Mostwell Sdn Bhd


c) Penyerahan permit Tapak Semai Usahawan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad


d) Penukaran MOU bersama Mingguan Wanita dalam usahasama Program Jelajah kota dan desa - Program Jelajah Kota dan Desa bersama Mingguan Wanita dan Mostwell Sdn Bhd memberi satu platform kepada Mostwell Sdn Bhd memperkenalkan seni jahitan kreatif kepada rakyat Malaysia di seluruh pelosok negeri


e) Majlis Perbandaran Subang Jaya akan memberikan sokongan dengan menawarkan tapak-tapak perniagaan untuk para usahawan KDSM menjalankan jualan hasil kerjanya di sekitar kawasan MPSJ


f) Penukaran MOU bersama Modern Mum dalam memasarkan produk "Beg mama" dan Kelengkapan Bayi.

12.00pm Upacara Pemecahan "Malaysia Book Of Record", hiasan dinding yang terbesar di Malaysia yang dihasilkan oleh seramai 360 orang peserta sari seluruh Malaysia yang bertema "One Malaysia, Skill = Assurance, Unite = Strength"

01.00pm Sidang akhbar / Jamuan makan tengahari.

Berbagai-bagai aktiviti dan perancangan yang telah diatur untuk usahawan wanita bagi menjana pendapatan. Semoga kita sama-sama dapat merebut peluang ini untuk mengembangkan lagi bakat dalam seni jahitan sekaligus dapat menjana pendapatan walaupun dari rumah....

Di kesempatan ini juga Sheila nak ucapkan selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pengunjung blog Sheila yang seadanya ini... maaf zahir dan batin...

Hingga jumpa lagi, salam hormat daripada Sheila...




Bookmark and Share
Posted by Picasa

Nov 24, 2009

THANK YOU AND WELCOME TO OUR GROUP

Myspace Graphics




Di kesempatan ini Sheila nak mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada Kak Mashita dan Mashitoh dari JB dan Alor Setar yang baru menjadi ahli VIP Epal... Mereka ni adik beradik. Sheila difahamkan Mashitoh dah pun memiliki mesin sulam berkomputer untuk menjahit telekung. Permintaan untuk telekung bersulam amat menggalakkan... Selamat maju jaya Sheila ucapkan... semoga lepas ni akan bertambah maju lagi.

Minggu ni ada satu lagi mesin yang Sheila perlu aturkan penghantaran ke Mukah, Sarawak.... Penghantaran dijadualkan pada hari Rabu, InsyaAllah...


Bookmark and Share

Nov 17, 2009

IT'S MY ANNIVERSARY

Tanggal 16-11-1997, iaitu 12 tahun yang lalu, Sheila selamat bergelar isteri kepada Mohd Jailani bin Abdul Jalil... Jadi tahun ni merupakan tahun yang ke-12... Tiada sambutan yang luar biasa, cuma pada hari Ahad lepas kami keluar berdua untuk meraikannya... mula-mula tu pergi tengok wayang di Alamanda, Putrajaya... Cerita "The Box" lakonan Cameron Diaz... Lepas tu kami ke Cyberview Logde untuk dinner di Italian Restorant... La Cascata namanya.... Makanan best... ala Itali.. suasana pun best.



Dah tu memang pada kebiasaannya pada anniversary kami ni, akan ada 2 kali sambutan, pertama hanya berdua dan yang ke-2 dengan anak-anak. Acara dengan anak-anak tahun ni cuma makan kek coklat moist+ strawberry dan yang anak-anak suka belon helium tu... (mama punya kerja le ni)... orang lain tak ajak pun... lebih kepada acara tertutup... Nak cerita tentang belon-belon tu... 4 biji belon yang kecil tu mewakili 4 orang anak-anak Sheila... 3 perempuan 1 lelaki... Adini (11 tahun), Al-Amin (9 tahun), Adibah (3 tahun) & Amni Damia (2 tahun)...


Ok... setakat sini je dulu... nak siap-siap hantar anak-anak ke sekolah dan pergi kerja... Hingga jumpa lagi, salam sayang untuk semua....



Bookmark and Share

Nov 16, 2009

Nov 15, 2009

BREAKFAST WITH MADAM FULLY DI SUMMIT HOTEL




Semalam Sheila dan beberapa orang VIP Epal yang lain dipelawa untuk bersarapan pagi bersama Madam Fully Chye (pengasas Pusat Latihan Epal) serta staf Pusat Latihan Kraftangan Epal Puchong di Summit Hotel. Ianya adalah bersempena dengan ulangtahun penubuhan Mostwell Group Sdn. Bhd. ke 20 tahun. Lama dah rupanya Mostwell ni, patut pun layak jadi sole distributer untuk mesin jahit jenama Janome ni. Respect betul le... 
 
Lepas sarapan kami ke Epal untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh Madam sendiri. Sebenarnya sekarang ni Mostwell telah mengwujudkan sebuah koperasi yang diberi nama koperasi Dagang Seni (KDSM) dan sebagai ahli VIP Epal, kita layak untuk menyertai koperasi ni dengan yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 sahaja. 
 
Dan yang terbaru, Mostwell ada menghantar proposal kepada Jabatan Pembangunan Wanita dan proposal tersebut diterima. Sedikit sebanyak tentang proposal itu adalah untuk mengiktiraf hasil kraftangan yang dihasilkan oleh kaum wanita terutamanya yang bekerja dari rumah.... Syukur... lepas ni ada yang akan mengiktiraf hasil kerja kreatif kita yang minat dalam seni jahitan ini. Nanti akan Sheila ceritakan lebih lanjut tentang KDSM serta HBB program yang Epal sediakan... untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan dari rumah...
 
Enjoy ur weekend and Stay tune for more story... ^_^
 

Bookmark and Share
Posted by Picasa

Nov 13, 2009

UPDATE : KUTU SMOCKING PLEATER

Salam...

Untuk group 1, hari Ahad Sheila buat cabutan untuk tentukan turn... kita start bulan December 2009. Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 7hb setiap bulan dan penghantaran adalah pada 2nd week Saturday... 


TUNGGUUU....


P.s : Untuk group No.2, masih ada kekosongan... cepat-cepat bagi nama....


Bookmark and Share

Nov 10, 2009

BBQ Picnic @ Sg. Batangsi 08112009




Salam...

N3 kali ni tak de kena mengena dengan kraf, mesin jahit atau apa-apa pun... just nak cerita tentang our family outing activity hari Ahad lepas. Sheila, NinoZ & Zie bermandi-manda + BBQ di Sg. Batangsi (dekat kebun Zie)... Bestnya....


Menu hari tu, BBQ kambing, sosej, nasi goreng cina, nugget....... Kawasan mandi pula ada yang landai sesuai untuk kanak-kanak dan untuk yang dewasa ni, ada tempat yang agak dalam untuk mandi dan juga tempat yang sesuai untuk ber'jakuzi"... 


Ok, sehingga jumpa lagi... di next entry...



Bookmark and Share
Posted by Picasa

Nov 7, 2009

YANG MANA SATU...???? Part 2

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL?

YANG MANA SATU...???? Part 1   <--- Klik di sini


Step 1 :
Image : www.sewingmachines.com.au

 Lakukan survey tentang mesin-mesin jahit ni... Mesin-mesin jahit ni didatangkan dengan pelbagai features seperti -
a) Bilangan corak jahitan
b) Bilangan jarum yang boleh digunakan
c) Threader
d) Button holer
e) Tapak-tapak tambahan



Step 2 :

Tentukan jenis-jenis fabrik yang kita banyak gunakan semasa menjahit. Jenis kain Denim dan Jeans perlukan mesin jahit yang lebih stabil jika dibandingkan dengan cotton, sutera dan jersey yang boleh menggunakan mesin yang lebih ringan dan murah.

image : www.queenbeecrafts.com




Step 3 :
Jika kita perlu menyimpan mesin jahit selepas setiap kali penggunaan, kita perlukan sebuah mesin jahit yang mudah, ringan dan kurang accessories...

 Step 4 :
Tentukan bajet dan mesin yang sesuai dengan bajet kita... Jika sekiranya kita inginkan model yang lebih baik atau dengan features tambahan dengan bajet yang sedikit, boleh juga mempertimbangkan untuk membeli mesin jahit terpakai sahaja....
 
Step 5 :
Test drive (bukan kereta je ada test drive... mesin pun ada juga tau) mesin jahit yang kita pilih. Pastikan pedal pemijak tu selesa dan pengendalian yang mudah.




Tips : Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih berkaitan dengan penggunaan fungdi mesin jahit yang dipilih, anda dinasihatkan supaya mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan.
Step 6 :
Baca manual masin jahit yang dibeli sebelum mula menjahit... berkenalan dengan mesin jahit baru...




Bersambung lagi...

 
Bookmark and Share

YANG MANA SATU...???? Part 1

TIPS BAGAIMANA MEMILIH MESIN JAHIT - BAHAGIAN 1???




Di sini Sheila nak share pandangan peribadi Sheila perihal pemilihan mesin jahit yang sesuai dengan kita... Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang dah tiada... mungkin orang lain mempunyai pandangan yang berbeza dengan Sheila... ini sekadar pandangan dan juga testimoni diri sendiri le kiranya... Entri kali ini juga bagi menjawap pertanyaan Yatie di chat bax...

Setiap jenis mesin jahit yang ada di pasaran mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing, tetapi tak semua sesuai dengan kita, dari segi bajet, saiz mesin serta kegunaan... Ada yang inginkan mesin sulam, mesin jahit tepi, untuk jahit langsir dan macam-macam lagi. Kepuasan adalah bergantung kepada individu itu sendiri... Ianya kadang-kadang akan mengambil masa yang sangat panjang sebelum keputusan dibuat (macam Sheila... 1 tahun)

Sebagai penanda aras sebelum kita melabur di dalam pembelian mesin jahit ni, ada beberapa perkara yang boleh difikirkan...

1. Kegunaan mesin jahit? :
    - menjahit pakaian
    - produk kraf
    - repair & alterations
    - dekorasi rumah

2. Di mana tempat kita akan menjahit? :
    - bilik jahit
    - di meja makan
    - di ruang tamu

3. Di mana nak simpan? :
    - dalam almari baju
    - almari khas
    - biar je.... senang bila-bila nak menjahit

4. Tentukan bajet dan berapa lama nak guna? :
    - 6 bulan
    - beberapa tahun
    - selama-lamanya... hingga ke anak cucu cicit semua boleh guna



5. After sales service
    - Senang nak rujuk bila ada masalah
    - Spare part


Sekiranya kita menjahit di meja makan, kita hanya perlukan sebuah mesin jahit yang mempunyai sedikit accessories atau add-ons... kalau accessoriesnya penuh satu meja... nanti ada yang kena makan bersila kat lantai lak... kalau ada anak-anak kecil pulak, kena pastikan mesin jahit tu mudah nak simpan demi keselamatan anak-anak....

Bersambung.....


 
Bookmark and Share

Nov 6, 2009

HARI JUMAAT YANG BERKAT...

Saja je nak cerita tentang hari Jumaat yang Sheila lalui...






Fuh... hari ni Sheila cuti untuk menyelesaikan banyak perkara.... seawal pukul 7.00am keluar rumah di Puchong, hantar anak-anak ke sekolah di USJ, pergi Shah Alam untuk ambil kunci rumah dari penyewa lama, pas tu ke Imigresen di kompleks PKNS, Shah Alam... ke USJ balik, sambil tunggu cik suami solat Jumaat... 

Dari USJ kami ke SS2 dan kemudiannya ke Ukay Perdana. Dah tu ambil anak dari nursery di USJ, kemudian balik rumah Puchong... sampai rumah pukul 6.30pm. Ahhh... leganya.. hampir 12 jam on the road... terasa cam superwoman lak...

***********


Alhamdulillah, hari ni Sheila selamat menghantar 24 unit smocking pleaters. Smocking pleaters ni untuk dibekalkan kepada sekolah-sekolah teknik/vocasional. Harap mereka berpuas hati dengan servis yang Sheila berikan.... me personally hantar mesin-mesin ni dengan bantuan cik suami .. thanks to DH. 

Bosnya Pn. Rosma, sangat peramah... nice meeting her. Harap kita akan dapat berurusan lagi di lain kali. 
(Lupa nak ambil gambar... sayangnyaaa...)



p/s : Sheila buka group #2 untuk kutu Smocking Pleaters... Kepada sesiapa yang nak join tu sila emailkan detail kepada Sheila di nicecraftmarketing@gmail.com




Bookmark and Share

UPDATE SENARAI NAMA ANAK-ANAK KUTU SMOCKING PLEATERS




Alhamdulillah, group smocking pleaters kita ni dah nak cukup korum. Next month dah boleh mula dah... Jadi di sini Sheila update senarai terkini... Kalau ada lagi yang berminat, kita boleh create 2nd group pula...


SENARAI NAMA ANAK-ANAK KUTU :
1. Dura
2. Hani
3. Arween
4. Niza
5. Dalina
6. Tisya
7. Dila
8. Roshayati


Ada yang dah bagi nama, tapi tak ada detailnya Sheila hold dulu.... Kalau ikutkan dah cukup ni.. 


 

Bookmark and Share 

Nov 4, 2009

STASH SWAP...




Sheila join stash swap yang dianjurkan oleh Hani... Ni quote dari blog Hani :-

Ok kawan-kawan semua (hasil perbicangan ngan Fida). Bagi memeriahkan lagi koleksi stash yang kita ada (bukan koleksi sawang macam saya ye.. heheh), Apa kata kita buat stash swap (Ala macam blog kraf mat2 saleh tu. Kalau nak joint diaorg confirm tak mampu nak bayar duit pos.. heheh). Stash swap ni kita dapatkan 10nama untuk kita bertukar-tukar barang jahitan/kraf. So apabila da cukup kuorum 10 orang, saya akan cabut nama siapa akan bagi stash dia kat siapa, so akan bertukar-tukar la koleksi stash kita. Kita mulakan dengan secara skala kecil-kecilan. Kalau dah nampak keberkesanannya kita boleh upgrade.
 Stash item yang perlu disediakan :
  1. 10biji butang
  2. 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
  3. 3 pieces ribbon (1 meter each)
  4. 2 pieces felt (A4 sze)
  5. special (suprise) stash dari anda
Untuk mendaftar, cepat-cepat le lawat ke blog Hani....http://hani-love-sewing.blogspot.com/

p/s : Kutu smocking pleaters masih lagi ada kekosongan... jom cepat-cepat mendaftar...

UPDATE :
Ini merupakan partner anda untuk stash swap ni yer (faham rasanya kan):
Fida --> Shiela --> Hani --> Jaja --> Faiza --> Azie --> Mus --> Alynn --> Kak Pah --> Anas --> Fida



 
Bookmark and Share