Oct 26, 2009

CUPCAKE OH! CUPCAKE



Sudah lama benar Sheila menanti masa dan peluang untuk mempelajari seni dekorasi cupcake ni... bila dapat je sms dari dear SIL (kak Wati dari Cupcake Kasih) - seronoknya tak terkata... Jadi jadual hari ni perlu dirombak kepada aktiviti mendekorasi cupcake dengan menggunakan fondant.... di dalam kelas ni Sheila belajar 12 gaya dekorasi... beginner level le katakan...


Berikut adalah hasil dekorasi yang telah berjaya Sheila bawa pulang untuk dipersembahkan ...









Cendawan tiram




Design booties untuk baby shower ni Sheila suka sebab comel... ^_^






Gambar muka ni pun antara dekorasi yang Sheila suka









Bear ni bagi Sheila yang paling sukar nak buat.... tapi cute sangat hasilnya...














Dan, seperti kebiasaannya, sebelum pulang kami merakamkan gambar kenangan bersama dengan sifu cupcake kasih.... Lepas ni macam teringin nak ambil kelas advance je.... hmmm... 



 Buat kawan-kawan baru yang Sheila jumpa semasa di kelas, Sheila ucapkan selamat maju jaya ...




Bookmark and Share

Oct 25, 2009

Anna Patchwork House

Jadual hujung minggu yang sangat padat... mana taknya, hari Sabtu Sheila ada kuliah dari 10.30am hingga 6.30pm. Biasanya kalau hari Sabtu tu kelasnya cuma dari pukul 2.30pm hingga ke pukul 7.00pm pada kebiasaannya... ahhh....

Lepas kelas, Sheila berpeluang ke Sunway Pyramid... hajat di hati nak membeli buku sambil cuci-cuci mata... Teringat lak nak melawat Anna Patchwork House yang terletak di CP2... zass.. sementara menanti ketibaan En. Suami, Sheila pun naik ke CP2... ini first visit Sheila ke Anna Patchwork House...


 Tempatnya terletak berhampiran dengan lif di Orange Zone... (new wing)...

Ketibaan Sheila disambut oleh dua orang wanita jelita yang sungguh mesra... selepas memperkenalkan diri sebagai teman kepada Raihana seorang kenalan di facebook - akhirnya salah seorang wanita yang berada di situ memperkenalkan diri sebagai Raihana... wahhhh.... seronoknya.... tak sangka pertemuan yang tak dirancang itu telah menemukan kami berdua. persis sahabat lama yang telah terpisah lagaknya... kami berbual mesra walaupun pada hakikatnya itu adalah pertemuan pertama... 

p/s : Rai... nanti kita jumpa lagi di Anna Patchwork ye....



Di Anna Patchwork menjual pelbagai peralatan untuk penggemar seni Quilt & Patchwork. Lihat sahaja deretan bolt yang pelbagai warna sangat mendamaikan jiwa raga... tenangnya bila dapat melihat fabrik yang pelbagai warna tersusun rapi di raknya sendiri... 


Kepada sesiapa yang berkunjung ke Sunway Pyramid tu jangan lupa singgah di Anna Patchwork ye...






Bookmark and Share
 

BAGAIMANA MENJAHIT MENYUMBANG KEPADA KEBAHAGIAN SEORANG WANITA?



1. Curahan kasih sayang
Sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan apabila menjahit pelbagai jenis artikel dan pakaian untuk dijadikan hadiah kepada keluarga yang tersayang.

2. Mencari pendapatan sambil menjaga keluarga
Bersama-sama dengan suami menyumbang pendapatan keluarga tanpa meninggalkan anak-anak di rumah. Bagi ibu tunggal, ia merupakan punca rezeki yang terbaik kerana perhatian kepada keluarga tidak diabaikan.

3. Melepaskan tekanan
Kajian menunjukkan bahawa menjahit merupakan antara lima aktiviti yang terbaik untuk melepaskan tekanan merujuk kepada statistik yang dipantau menerusi kadar denyutan jantung, tekanan darah dan kadar perpeluhan selepas menjahit.

4. Rasa bangga
Bangga dan puas apabila melihat hasil kerja yang dihasilkan sendiri.

5. Menjadi idola dalam kalangan keluarga
Menjadi idola bagi generasi keluarga yang akan datang melalui tahap kesabaran, ketelitian, keikhlasan dan kasih sayang yang tinggi.

Sumber artikel : Majalah bulanan Epal, Oktober 2009





Bookmark and Share

JANGAN HARAPKAN KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN



Sumber artikel : Majalah bulanan epal Okt. 2009

Terdapat beberapa aspek yang perlu dikorbankan sebelum seseorang dapat menikmati hidup yang lebih berkualiti...

Pertama : Keselesaan diri
Seseorang hendaklah memulakan perniagaan berasaskan kemampuan dan tahap diri sendiri. Jika keadaan modal tidak mengizinkan, janganlah menuntut keselesaan dengan membeli kereta baru, penghawa dingin dan perhiasan yang keterlaluan. Biarlah kita maju selangkah demi selangkah. Apabila keadaan kewangan mengizinkan, barulah kita meningkatkan kualiti pejabat mahupun kelengkapan perniagaan. Setiap ringgit yang telah anda jimatkan akan dapat dijadikan modal pembangunan syarikat. Korbankan imej diri dan lengkapkan keperluan perniagaan yang lain.

Kedua : Masa bersama keluarga
Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dielakkan demi untuk meluangkan masa yang secukupnya untuk pembangunan diri. Contohnya, masa bersembang dengan rakan, msa bersembang dengan keluarga, masa untuk makan angin dan hobi. Biarpun kesemuanya penting dalam hidup anda, namun ia perlu dikurangkan atau diketepikan sama sekali untuk memberi penumpuan yang secukupnya kepada perniagaan anda.

Ketiga : Kewangan dan harta
Anda mungkin perlu melabur wang untuk mencari ilmu, mendapatkan nasihat dan bantuan professional dalam berbagai aspek kejayaan. Anda juga perlu membelanja pihak yang bekerjasama dengan anda. Jangan harapkan semuanya percuma. Berbagai alatan dan perniagaan perlu diatur untuk membolehkan anda memulakan kerjaya sendiri. Setiap aspek yang anda curahkan  adalah pengorbanan. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Jelas untuk menggambarkan semangat keusahawanan sejati yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan.







Bookmark and Share


Oct 17, 2009

NEW VIP MEMBERS BUYING MC300e

Tarikh 16-10-2009 bertambah lagi dua orang ahli dalam rangkaian Nice Craft Marketing...
Selamat datang Sheila ucapkan kepada Kak Wan dan Kak Rohani dari Shah Alam.

Walaupun tak pernah bersua muka hanya melalui telefon sahaja.... tapi Sheila ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Sheila dan juga kepada mesin jahit Janome ni...

Kepada yang masih lagi tercari-cari mesin sulam tu... apa tunggu lagi, hubungi Sheila hari ini juga dan dapatkan mesin sulam yang dapat melancarkan semua kerja-kerja sulaman anda. Hasil sulamannya pasti dapat memberi kepuasan kepada anda dan juga para pelanggan anda...

Selamat menjahit, selamat bercuti, selamat berhujung minggu....semoga ceria selalu...


Bookmark and Share

READ PLEATERS 24 ROWS REGULAR


Minggu lepas Sheila menjual sebuah lagi smocking pleaters pada seorang customer di Kelantan...
Model jenis Read pleaters - 24 rows Regular
Harga : RM 780.00

Sheila ucapkan selamat datang ke dunia Smocking...

.......................................

Model Read ni ada 3 jenis, (1) 24 rows Regular (2) 24 rows Maxi & (3) 32 rows

Setiap set disertakan dengan pleating needle.
Kepada sesiapa yang ingin membeli Read smocking pleaters ni boleh hubungi Sheila di talian seperti di atas.

p/s : Sheila juga membekalkan Read smocking pleaters ni kepada badan-badan kerajaan yang ingin membeli secara banyak... harga boleh dirunding... hubungi Sheila untuk keterangan lanjut.


Bookmark and SharePublish Post

Oct 11, 2009

SEWING TOOLS, LABELS AND MANY MORE....

Ni Sheila nak share dengan semua lagi koleksi barang-barang yang comel-comel.
Masa beli ni, semua barang-barang ni, stok baru sampai... ada antaranya yang belum keluar dari kotak lagi....
kebetulan Sheila nak beli pleaters yang di order customer, terus le sambar apa yang berkenan di hati....
Semua ni sebenarnya untuk koleksi peribadi... suka-suka nak simpan... tapi kalau ada yang berkenan tu, boleh le hubungi Sheila ye @ rosilawati.wahid@gmail.com
Hingga jumpa lagi.... dengan cerita lain pula..

Adios.
Bookmark and Share
Posted by Picasa

Oct 10, 2009

NEW FAMILY MEMBERS


Snowy ... si kucing yang mengada-ngada...


Fifi bersama anak-anaknya...

Sebelum ni di rumah ni ada 2 ekor je kucing, seekor jantan - Snowy, seekor betina - Fifi...
Semalam 091009... dah bertambah lagi 4 ekor... 2 ekor hitam belang-belang, 2 ekor putih...
jantina tak dapat nak dipastikan lagi..
Harap kesemua anak kucing ni boleh survive...


Ok semua, hingga jumpa lagi, Sheila ucapkan...
selamat berhujung minggu,
selamat menghadiri rumah terbuka dan
semoga ceria selalu di samping orang-orang yang tersayang...^_^


Bookmark and Share
Posted by Picasa

BUTTONS COLLECTION



Latest buttons collections....

Sheila ni memang suka mengumpul barang-barang yang kiut miut...
termasuk le butang-butang yang comel ini...
Adini pun suka juga... buttons kayu bear dan mickey mouse tu pilihan Adini...
tak tahu le projek apa yang nak dibuatnya... adalah tu...

Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tapi dah kena bersiap-siap untuk ke kelas pula lepas ni...
Jadi, tunggu cerita dari Sheila lepas-lepas ni ye...


Bookmark and Share
Posted by Picasa