Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

19 Aug 2009

Panduan Asas Penyelesaian Masalah Mesin 2049

Kadang-kadang semasa semangat untuk menjahit membuak-buak tetiba mesin jahit kita buat perangai.... mesti rasa cuak kan? Di sini Sheila kongsi tips cara-cara untuk servis mesin jahit Epal (Janome) model 2049 (Untuk mesin jahit jenama lain, sila hubungi pusat servis masing-masing ye).
(Gambar dan nota adalah ihsan laman web Epal - www.epal.com.my)


Masalah 1 : Benang bawah berserabut/bergumpal atau berbiji di bahagian bawah dan benang putus-putus.

Langkah-langkah yang perlu diambil :

1. Semak cara pasang benang atas.
(Sila pastikan cara pasang benang atas adalah betul)


Langkah 2
(Nota : pastikan benang atas dan benang bawah yang digunakan sama saiz)


Masalah 2 : Masalah jahitan benang atas atau benang bobbin longgar

Langkah-langkah yang perlu dibuat :

1. Sila naikkan ketegangan benang kepada nombor yang lebih tinggi.

2. Sila ketatkan ketegangan skoci dengan memutar skru.
(Nota : Jika jahitan mesin anda berbiji-biji, anda hanya perlu selaraskan ketegangan benang atas dan benang bawah)


Masalah 3 : Masalah jahitan berserabut/bergumpal di bawah walaupun tension benang sampai no. 9

Langkah-langkah yang perlu diambil :

1.Sila semak bahagian tension mungkin terdapat benang di bahagian ini.

2. Sila buka penutup bahagian lampu.

3. Buka alat tension benang.
(selepas 2 skru dibuka, sila tarik alat tension benang dengan perlahan-lahan)


(Nota : Selepas siap dibersihkan, sila pasang balik tension benang dengan mengikut langkah buka tadi bermula dengan langkah dari belakang)


Masalah 4 : Mentol terbakar

Cara mengganti mentol yang terbakar :

1. Buka penutup bahagian lampu.

2. Tanggalkan lampu.
Nota : Semasa menukar mentol, pastikan suis dimatikan dan jika mentol dalam keadaan panas, sila alas dengan kain.


Masalah 5 : Mesin mengeluarkan bunyi tidak normal di bahagian cangkuk bobbin

Langkah-langkah penyelesaian :
(Peringatan : sila matikan suis ketika membersihkan bahagian ini)

1. Buka pin.

2. Tarik keluar cangkuk gelung (A) dan cangkuk tajam (B)

3. Bersihkan bahagian cangkuk.

4. Letak minyak.

Pasang balik cangkuk tajam dan gelung ikut langkah cara buka tadi bermula dari belakang.
Nota : Selepas anda pasang cangkuk A dan B, sila kunci balik kedua-dua belah pin, dan untuk mengelak hasil jahitan terkena minyak sila gunakan kain biasa sebagai percubaan


Masalah 6 : Mesin tidak berfungsi

Sekiranya anda dapati tiba-tiba mesin anda tidak berfungsi, sila selesaikan dengan cara ini.

Langkah yang perlu dibuat :

Sila ganti fius pada plug mesin jahit.



NOTA : 1. JIKA MASALAH MASIH BERLARUTAN, SILA HUBUNGI PUSAT SERVIS YANG BERHAMPIRAN ANDA.
2. Untuk memastikan mesin jahit anda dalam keadaan baik, sila buat servis setiap 4 bulan sekali.

Selamat menjahit dan jumpa lagi.


17 comments:

Anasfadilah said...

bagusnya tutorial ni!thumbs up!

Myzone said...

salam,
saya nak tanya kalau benang masa nak mula jahit ashik terkeluar dari jarum macamana nak buat?apa masalah nya?

Noorul Aini said...

Alhamdulillah..seronok jumpa blog ni..saya ada mesin jahit janome mcm ni tp x reti nak servis..tq byk2 hanya Allah yg mmbalasnya..

siti nur syuhada said...

Thank youuuuuu😂😭 saya budak belajar je. Baru beli mesin tapi tak berapa mahir nak guna buku panduan pun dah hilang. Terima kasih ye

Macam-macam Ada said...

Assalamualaikum..
macamaana nak atasi masalah mesin jahit mengundur ke belakang semasa menjahit.. asyik reverse aje.. xleh nk forward. sy guna mesin jahit singer heavy duty 4423.. arap sgt blh bantu sy.. tq

salahudeen el-mursyid said...

Salam.. Cuba ketatkan skru yang ada spring sebelah kanan mesin.. Skru tu mungkin dah longgar.. Tapi kena pandai adjust semasa nak ketatkan semula. sebab spring tu ibarat gear untuk forward or reverse..

norhazilah anis said...

Assalamulaikum. .nk bertanya saya x boleh nak pasang kan jarum...selepas ketat kan pemegang jarum, jarum still jatuh..macam x bersangkut langsung..adakah pemegang jarum itu sudah rosak?

Farizah Zul said...

Salam.. Nk ty, klu ms njahit kain x bgerak, nk betulkan cmne ye? Mcm gigi tu ke bwh sgt..name2 part pon xth ni, hentam jek mjahit..

hazreen hasim said...

Assalam sis..
Nak tny, kenapa benang bawah x naik ye?
Dah adjust kedudukan jarum, dah tukar jarum pun still xboleh jugak...������

Hani Imtiyaz said...

Tq for info... Nk try servis sdiri mesin janome jj1004G yg dh oldskool ni.

barakah naufal said...

tq

noor adibah said...

Jahitan jadi mengundur..cmane nk wat ea??

Nurul Syazwana said...

salam, saya nak tanya kenapa masa menjahit kain tak bergerak

linda lin said...

Boleh x klu nk servis mesin matsuyuki dkt kdai mesin jahit biasa?

Rosilawati Wahid said...

Linda lin
By right boleh je, tapi kalau dekat dengan pusat epal lebih baik bawa ke pusat epal sebab mereka lebih kenal mesin tu. sekadar pandangan.

Rosilawati Wahid said...

Syazwana, tak gerak tu sebab kain terlekat atau gigi mesin tu turun ke bawah? Whatsapp akak ye yunk @ 0123013341.

jirus air said...

Terima kasih atas perkongsiannya
Saya ambil ilmu haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

Post a Comment

Popular Posts

Like us on Facebook