Akademi Bekerja Di Rumah

  • Kosong dan sepi - Teks : Rosilawati Wahid Foto : Kosong Tiada isi tiada seri Hari ini aku cuba mengisi Menyusun bait-bait kata puisi Masih adakah yang menanti Atau hanya aku...
    2 months ago

Followers

12 Aug 2009

I'll be back soon



Lama tak ada new update di blog Sheila yang satu ini...
Sheila sebenarnya terikat dengan kerja2 teknikal yang memerlukan tumpuan sepenuhnya. Projek-projek jahitan tu ada cuma tak sempat nak upload. Kiranya Sheila kena buat 2/3 kerja dalam satu masa lah ni...

Buat masa ni Sheila sibuk menyiapkan beberapa helai tudung diy yang ditempah jiran. Jahit baju untuk raya (tapi tahun ni rasanya baju melayu untuk cik abang beli dah siap je... tak sempat nak menjahit). Baju anak-anak pun tak plan lagi warna apa... Last year tema warna untuk raya warna maroon, tahun ni??? Hmmm... tungguuuuu...

Memandangkan negara kita sekarang ni dilanda satu wabak penyakit, di harapkan jagalah kesihatan kita sebaik mungkin... Kena tambah vitamin yang kita ambil sebab mencegah lebih dari mengubati kan... kalau ada yang dah tak sihat tu, rajin-rajin makan ubat, semoga cepat sembuh.

Di kesempatan ini juga Sheila nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita sama-sama dapat menjalankan ibadah Ramadhan tahun ini dengan lebih sempurna.

Dalam bulan Ogos ni Sheila menyambut ulangtahun kelahiran 2 orang anak... Adini menyambut ulangtahun ke 11 pada 15 Ogos ni, manakala Amni Damia menyambut ulangtahun ke-2 pada 31 Ogos (anak merdeka ^_^).

Baiklah... sehingga jumpa lagi, Sheila tinggalkan lagu Jason Mraz dan Colbie Caillat ni sebagai halwa telinga.



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Like us on Facebook