Aug 28, 2009

Welcome to the club to....

.... Kak Yati & Cikgu Nana.
.
Kedua-dua wanita hebat ini telah menjadi ahli VIP Epal yang baru...
.
Sheila berkenalan dengan Kak Yati di satu forum... masa tu Kak Yati menempah pencil case bersulam nama. Sheila pun dah bertemu 4 mata dengan Kak Yati ni semasa menghantar tempahan tersebut di rumahnya di Selayang... .
.
Cikgu Nana pula diperkenalkan oleh Jurra-SewCute. Hanya berbicara melalui telefon... dan selepas bertukar link, rupanya Cikgu Nana ni "Superwoman"... macam-macam boleh buat. Mengajar, menjahit, jurugambar dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya, tengok gambar-gambar yang Sheila sunting dari photoblog beliau...
.
Cikgu Nana dan mesin sulam MC300e (Klik pada gambar untuk ke link cikgu nana : http://annafarha15.fotopages.com/)
.
Mesin Sulam MC300e yang akan melancarkan lagi kerja-kerja cikgu Nana
.

Lihat sahaja pada tempahan yang perlu disiapkan.... MasyaAllah... Banyaknya... Cikgu Nana ni hujung tahun ni akan berpindah mengikut suaminya ke Subang. Lepas ni senang le kita nak bergather-gather, betul tak cikgu??? . .

p/s : Buat kawan-kawan di luar sana yang ingin mengikut jejak langkah Kak Yati dan Cikgu Nana, bolehlah menghubungi Sheila @ 012-301 3341 atau e-mail @ rosilawati.wahid@gmail.com
Bagi yang mengenali Kak Yati atau Cikgu Nana, boleh juga terus menghubungi mereka untuk melihat keistimeawaan mesin jahit Janome ini.

Sehingga berjumpa lagi... selamat berhujung minggu dan selamat menjahit.

Aug 19, 2009

Panduan Asas Penyelesaian Masalah Mesin 2049

Kadang-kadang semasa semangat untuk menjahit membuak-buak tetiba mesin jahit kita buat perangai.... mesti rasa cuak kan? Di sini Sheila kongsi tips cara-cara untuk servis mesin jahit Epal (Janome) model 2049 (Untuk mesin jahit jenama lain, sila hubungi pusat servis masing-masing ye).
(Gambar dan nota adalah ihsan laman web Epal - www.epal.com.my)


Masalah 1 : Benang bawah berserabut/bergumpal atau berbiji di bahagian bawah dan benang putus-putus.

Langkah-langkah yang perlu diambil :

1. Semak cara pasang benang atas.
(Sila pastikan cara pasang benang atas adalah betul)


Langkah 2
(Nota : pastikan benang atas dan benang bawah yang digunakan sama saiz)


Masalah 2 : Masalah jahitan benang atas atau benang bobbin longgar

Langkah-langkah yang perlu dibuat :

1. Sila naikkan ketegangan benang kepada nombor yang lebih tinggi.

2. Sila ketatkan ketegangan skoci dengan memutar skru.
(Nota : Jika jahitan mesin anda berbiji-biji, anda hanya perlu selaraskan ketegangan benang atas dan benang bawah)


Masalah 3 : Masalah jahitan berserabut/bergumpal di bawah walaupun tension benang sampai no. 9

Langkah-langkah yang perlu diambil :

1.Sila semak bahagian tension mungkin terdapat benang di bahagian ini.

2. Sila buka penutup bahagian lampu.

3. Buka alat tension benang.
(selepas 2 skru dibuka, sila tarik alat tension benang dengan perlahan-lahan)


(Nota : Selepas siap dibersihkan, sila pasang balik tension benang dengan mengikut langkah buka tadi bermula dengan langkah dari belakang)


Masalah 4 : Mentol terbakar

Cara mengganti mentol yang terbakar :

1. Buka penutup bahagian lampu.

2. Tanggalkan lampu.
Nota : Semasa menukar mentol, pastikan suis dimatikan dan jika mentol dalam keadaan panas, sila alas dengan kain.


Masalah 5 : Mesin mengeluarkan bunyi tidak normal di bahagian cangkuk bobbin

Langkah-langkah penyelesaian :
(Peringatan : sila matikan suis ketika membersihkan bahagian ini)

1. Buka pin.

2. Tarik keluar cangkuk gelung (A) dan cangkuk tajam (B)

3. Bersihkan bahagian cangkuk.

4. Letak minyak.

Pasang balik cangkuk tajam dan gelung ikut langkah cara buka tadi bermula dari belakang.
Nota : Selepas anda pasang cangkuk A dan B, sila kunci balik kedua-dua belah pin, dan untuk mengelak hasil jahitan terkena minyak sila gunakan kain biasa sebagai percubaan


Masalah 6 : Mesin tidak berfungsi

Sekiranya anda dapati tiba-tiba mesin anda tidak berfungsi, sila selesaikan dengan cara ini.

Langkah yang perlu dibuat :

Sila ganti fius pada plug mesin jahit.



NOTA : 1. JIKA MASALAH MASIH BERLARUTAN, SILA HUBUNGI PUSAT SERVIS YANG BERHAMPIRAN ANDA.
2. Untuk memastikan mesin jahit anda dalam keadaan baik, sila buat servis setiap 4 bulan sekali.

Selamat menjahit dan jumpa lagi.


Aug 18, 2009

Recap gambar lama

Gugusan anggur

Gambar ni dah lama sangat - tahun 2005. Masa ni tengah minat dalam seni gubahan hantaran. Gubahan ni Sheila buat sempena majlis pertunangan sepupu suami, Alia (anak Pak Uda). Untuk gubahan ni, Sheila menggunakan 100 biji coklat koko jelly. Plastik pembalut coklat tu Sheila buka dulu sebelum dibalut dengan plastik transparent warna merah. Sebelum digabungkan menjadi sejambak yang besar, coklat ni Sheila rangkaikan 5 - 7 biji untuk 1 tangkai. Selepas tu baru le susun untuk mendapatkan segugus anggur yang masak ranum. Daunnya pun mesti nak kena cari daun yang macam daun anggur baru cantik.

Jam ni pun salah satu kegemaran Sheila. Dah lama beli, masa tinggal di Shah Alam lagi (2001). Asalnya tempat yang berbunga-bunga tu ada beruang 2-3 ekor, tapi Sheila ganti dengan bunga .... cantikkk. Sampai sekarang masih elok lagi jam ni.

Buat pengetahuan semua, gambar-gambar ni dulunya Sheila upload masa mula-mula berjinak-jinak dengan dunia internet. Tapi masa tu tak pandai langsung (tahun 2005). Akhirnya photoblog Sheila pun dan bersawang dan ditinggalkan... linknya di sini - http://nicecraft.fotopages.com/

Aug 17, 2009

MB-4 - Mesin sulam berkomputer semi industri

Jaminan : 1 tahun (untuk motor sahaja)

Pakej termasuk :

1- Kursus menjahit selama 12 bulan

  • Boleh menghadiri kelas jahitan PERCUMA di pusat Epal berhampiran

  • Tetapi bahan jahitan perlu dibeli di pusat Epal

  • 2 projek akan diajar pada setiap bulan.

  • Secara keseluruhan, berpeluang mempelajari 24 projek selama setahun

  • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja

  • Projek merangkumi seni jahitan kreatif seperti patchwork, kuilting, sulaman dan lain-lain

  • Kebaikan

    • Menerima tunjuk ajar secara langsung daripada tenaga pengajar Epal yang berpengalaman

    • Semasa sesi pembelajaran, sebarang pertanyaan atau ketidakfahaman boleh diajukan terus kepada tenaga pengajar

    • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja malah merangkumi seni jahitan kreatif akan membantu pegawai penjara yang terlibat, lebih kreatif dan berinovasi

2- Kad ATA dan Collection 12

  • Terdapat 91 corak tersedia di dalam mesin tetapi kurang sesuai untuk masyarakat tempatan

  • Kad ATA dan Collection 12 ini mengandungi corak sulaman yang sesuai dijadikan hiasan sulaman pada baju kurung dan tanda nama

  • Mempunyai 37 corak sulaman yang menarik

  • Kebaikan

    • Sulaman yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran tempatan

    • Tidak memerlukan kemahiran menyulam

    • Menjimatkan masa kerana tidak perlu belajar menyulam

    • Hasil sulaman yang sekata dan kemas

Keistimewaan fizikal :

  1. Menggunakan 4 benang dan 4 jarum setiap kali meyulam

  2. Menukar benang secara automatik

  3. Memotong lebihan benang atas dan bawah secara automatik

  4. Terdapat 2 pengaturan dan kawalan edit :

    • Sub Control Panel

    • RCS
    • Keupayaan 1 RCS boleh mengendalikan 3 biji mesin MB4 sekaligus.
  5. Mempunyai lampu yang memberi pencahayaan yang lebih fokus kepada artikel yang sedang dijahit

  6. Akses pada simpanan corak-corak dalam MB4 melalui kawalan onboard

  7. Rekaan khas bobbin winding motor yang tidak tedapat pada mesin-mesin professional yang lain

  8. Mampu menyulam dengan lebih pantas dengan kelajuan maksimum mesin ini sebanyak 800spm

  9. Terdapat 14 jenis font yang memberikan anda pilihan perkataan dan nombor dengan lebih menarik

  10. Juga terdapat 50 corak sulaman di dalam mesin

  11. Mempunyai kelebaran hoop sehingga 200 x 240 yang akan memudahkan anda menyulam dengan lebih cepat

  12. Terdapat butang yang boleh membuat 6 tayangan video cara untuk mengendalikan mesin ini.

Keistimewaan dalaman :

  1. Mampu menghasilkan pelbagai jenis artikel

    • Sulaman

    • Renda

    • Corak 3 dimensi

    • Cross stich

    • Jahitan abjad/perkataan

    • Sulam Tampal (applique)

    • Brush out

MC11000

Jaminan : 1 tahun (untuk motor sahaja)

Pakej termasuk :

1- Kursus menjahit selama 12 bulan

  • Boleh menghadiri kelas jahitan PERCUMA di pusat Epal berhampiran

  • Tetapi bahan jahitan perlu dibeli di pusat Epal

  • 2 projek akan diajar pada setiap bulan.

  • Secara keseluruhan, berpeluang mempelajari 24 projek selama setahun

  • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja

  • Projek merangkumi seni jahitan kreatif seperti patchwork, kuilting, sulaman dan lain-lain

  • Kebaikan

    • Menerima tunjuk ajar secara langsung daripada tenaga pengajar Epal yang berpengalaman

    • Semasa sesi pembelajaran, sebarang pertanyaan atau ketidakfahaman boleh diajukan terus kepada tenaga pengajar

    • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja malah merangkumi seni jahitan kreatif akan membantu pegawai penjara yang terlibat, lebih kreatif dan berinovasi

2- Kad ATA dan Collection 12

  • Terdapat 91 corak tersedia di dalam mesin tetapi kurang sesuai untuk masyarakat tempatan

  • Kad ATA dan Collection 12 ini mengandungi corak sulaman yang sesuai dijadikan hiasan sulaman pada baju kurung dan tanda nama

  • Mempunyai 37 corak sulaman yang menarik

    • Kebaikan

      • Sulaman yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran tempatan

      • Tidak memerlukan kemahiran menyulam

      • Menjimatkan masa kerana tidak perlu belajar menyulam

      • Hasil sulaman yang sekata dan kemas

Keistimewaan Fizikal :
  1. Boleh berfungsi secara computerized atau manual mengikut keperluan penjahit samada untuk jahitan biasa, sulaman ataupun monogram

  2. Memasukkan benang secara automatik

  3. Terdapat pemotong benang secara manual dan automatik

  4. Mempunyai lampu yang memberi pencahayaan yang lebih fokus kepada artikel yang sedang dijahit

  5. Mempunyai butang reverse yang amat berguna ketika mematikan jahitan

  6. Boleh menggunakan jarum kembar untuk menggabungkan corak

  7. Plat jarum yang mempunyai ukuran

  8. Skrin "i-height" yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah sehingga dapat melihat skrin dengan jelas mengikut kesesuaian penjahit.

  9. Skrinnya yang berwarna memudahkan penjahit untuk membuat suaipadan benang dengan lebih baik

  10. Ruangan jahitan yang lebih lebar berukuran 9 inci.

  11. Terdapat dalam 4 saiz pilihan hoop yang berlainan Hoop Saiz 8 inci x 8 inci, Hoop Saiz 5 inci x 4 inci , Hoop dua pilihan makro 8 inci x 11 inci dan Hoop tangan bebas 2 inci x 2 inci.

  12. Keunggulan data pemindahan yang bersambung terus ke PC, ATA dan kad PC.

  13. Mudah dikendalikan hanya menggunakan hujung jari sahaja

  14. TIDAK memerlukan kemahiran menyulam

Keistimewaan dalaman :

  1. Boleh berfungsi secara computerized atau manual mengikut keperluan penjahit samada untuk jahitan biasa, sulaman ataupun monogram

  2. Terdapat 410 corak bunga sedia ada yang sesuai untuk jahitan biasa dan sulaman manakala lebih 500 abjad yang sesuai untuk monogram, boleh digabungkan

  • Boleh jahit lurus

  • Boleh jahit tepi

    • Boleh menyulam menggunakan pemidang atau tanpa menggunakan pemidang

    • Boleh membuat jahitan sembat

    • Boleh menjahit hiasan leher baju kurung - Tulang Belut, Mata Lalat, Karipap dan Pucuk Rebung

    • Menjahit rantai klassik

    • Menjahit paiping

    • Menjahit lubang butang secara automatik

    • Menjahit menggunakan benang DMC

    • Boleh menjahit kedut

    • Boleh menjahit pintucking

    • Boleh menjahit Three Way Cording

    • Sulaman bunga-bungaan

    • Sulaman abjad / perkataan

    • Renda

    • Cross Stitch

    • Applique (sulam tampal)

    • Brush-Out

    1. Mampu menjahit tebal

    2. Boleh juga menjahit fabrik nipis seperti organza

    3. Berkeupayaan menjahit fabrik kulit

    4. Boleh menjahit kuilting untuk menimbulkan corak

    5. Berkemampuan untuk menjahit semua jenis artikel

    6. Kelebaran jahitan yang boleh diubahsuai

Rekaan Bebas Pelaksanaan MC6500P

Jaminan : 1 tahun (motor sahaja)

Fungsi utama :

  1. Salah satu variasi mesin highspeed untuk kediaman

  2. Pelbagai corak yang menarik boleh digabungkan

• Boleh jahit tepi

• Boleh jahit lurus

• Pasang butang

• Sulaman tanpa pemidang (termasuk pada fabrik kulit)

3- Jahitan tebal, setebal 8 lapis kain jeans

4- Boleh jahit fabrik jenis elastik


Keistimewaan :

  1. Membuat pelbagai corak untuk menghias pakaian dengan cantik dan kemas

  2. Pasang benang secara automatik

  3. Pemotong benang secara automatik

  4. Kawalan jahitan dengan cara berhenti sendiri (boleh setting)

  5. Menggabungkan beberapa jenis corak untuk menghasikan corak yang baru.

  6. Kelebaran jahitan sehingga 7mm (mesin biasa hanya 5mm)

  7. Meja khas untuk memudahkan kerja-kerja menjahit

  8. Mempunyai corak jahitan abjad / huruf dan nombor

  9. Kuasa kelajuan yang lebih daripada mesin biasa

My Good Workers Model MC300E

Jaminan : 1 tahun (untuk motor sahaja)

Pakej termasuk :

1- Kursus menjahit selama 12 bulan

  • Boleh menghadiri kelas jahitan PERCUMA di pusat Epal berhampiran

  • Tetapi bahan jahitan perlu dibeli di pusat Epal

  • terhampir (bahan perlu dibeli oleh peserta)

  • 2 projek akan diajar pada setiap bulan.

  • Secara keseluruhan, berpeluang mempelajari 24 projek selama setahun

  • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja

  • Projek merangkumi seni jahitan kreatif seperti patchwork, kuilting, sulaman dan lain-lain

  • Kebaikan

    • Menerima tunjuk ajar secara langsung daripada tenaga pengajar Epal yang berpengalaman

    • Semasa sesi pembelajaran, sebarang pertanyaan atau ketidakfahaman boleh diajukan terus kepada tenaga pengajar

    • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja malah merangkumi seni jahitan kreatif akan membantu pegawai penjara yang terlibat, lebih kreatif dan berinovasi

2- Kad ATA dan Collection 12

  • Terdapat 91 corak tersedia di dalam mesin tetapi kurang sesuai untuk masyarakat tempatan

  • Kad ATA dan Collection 12 ini mengandungi corak sulaman yang sesuai dijadikan hiasan sulaman pada baju kurung dan tanda nama

  • Mempunyai 37 corak sulaman yang menarik

  • Kebaikan

    • Sulaman yang dihasilkan memenuhi kehendak pasaran tempatan

    • Tidak memerlukan kemahiran menyulam

    • Menjimatkan masa kerana tidak perlu belajar menyulam

    • Hasil sulaman yang sekata dan kemas

Keistimewaan :
  1. Memasukkan benang secara automatik

  2. Terdapat 91 corak tersedia di dalam mesin

  3. Boleh dimasukkan Kad ATA Jepun-Janome yang mengandungi corak rekaan kerja seni tempatan

  4. Mudah dikendalikan hanya menggunakan hujung jari sahaja

  5. TIDAK memerlukan kemahiran menyulam

  6. Mempunyai lampu yang memberi pencahayaan yang lebih fokus kepada artikel yang sedang dijahit

  7. Menggunakan perisian Digitizer 10000 untuk rekaan corak kerja seni yang diminati

  8. Berkeupayaan menjahit :

    • Sulaman bunga-bungaan

    • Sulaman abjad / perkataan

    • Renda

    • Cross Stitch

    • Applique (sulam tampal)

    • Brush-Out

Mesin Jahit Serbaguna Janome 2049

Photobucket
Jaminan : 5 tahun (untuk motor sahaja)

Pakej termasuk :

1- Set Buku Seni Fabrik :
  • 26 naskah buku yang mengandungi langkah menjahit 24 jenis projek
  • Kebaikan : Sekiranya tidak dapat menghadiri kelas, buku ini boleh dijadikan rujukan

2- Kursus menjahit selama 12 bulan

  • Boleh menghadiri kelas jahitan PERCUMA di pusat Epal berhampiran

  • Tetapi bahan jahitan perlu dibeli di pusat Epal

  • 2 projek akan diajar pada setiap bulan.

  • Secara keseluruhan, berpeluang mempelajari 24 projek selama setahun

  • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja

  • Projek merangkumi seni jahitan kreatif seperti patchwork, kuilting, sulaman dan lain-lain

  • Kebaikan

    • Menerima tunjuk ajar secara langsung daripada tenaga pengajar Epal yang berpengalaman

    • Semasa sesi pembelajaran, sebarang pertanyaan atau ketidakfahaman boleh diajukan terus kepada tenaga pengajar

    • Projek yang diajar tidak terhad kepada jahitan pakaian sahaja malah merangkumi seni jahitan kreatif akan membantu pegawai penjara yang terlibat, lebih kreatif dan berinovasi

3- Magic Kit

  • Mengandungi 14 jenis tapak tambahan dengan fungsi yang berlainan

  • Tapak Sulam

  • Tapak Kuilting

  • Tapak Ultimate Ruffler

  • Tapak Zip Sembunyi

  • Tapak Paiping

  • Tapak Bilding

  • Tapak Pasang Butang

  • Tapak Three Way Cording

  • Tapak Kedut

  • Tapak Jahit Tepi

  • Tapak Pintucking

  • Tapak Basi 1/4"

  • Tapak Kulit

  • Tapak Kelim Bulat

  • Kebaikan

    • Lebih banyak jenis fabrik boleh digunakan

    • Membantu mesin ini berfungsi dengan lebih praktikal

4- Epal Learning Media Vol. 1 dan 2

  • Tayangan video yang mengandungi drama Elemen Kebahagiaan

  • Tunjuk ajar cara pengendalian mesin

  • Tayangan langkah menjahit Sarung Kusyen Tulip, Buah Epal dan menjahit sulaman

  • Kebaikan

    • Sekiranya tidak dapat menghadiri kelas di pusat Epal, VCD ini boleh dijadikan sebagai rujukan

    • VCD boleh diulang tayang berkali-kali jika masih tidak faham. Ia bukannya manusia yang akan marah atau bosan jika ditanya berulangkali

Keistimewaan :
  1. Terdapat 25 corak bunga sedia ada yang boleh digabungkan

    • Boleh jahit lurus

    • Boleh jahit tepi

    • Boleh menyulam tanpa menggunakan pemidang

    • Boleh membuat jahitan sembat

    • Boleh menjahit hiasan leher baju kurung - Tulang Belut, Mata Lalat, Karipap dan Pucuk Rebung

    • Menjahit rantai klassik

    • Menjahit paiping

    • Menjahit lubang butang secara automatik

    • Menjahit menggunakan benang DMC

    • Boleh menjahit kedut

    • Boleh menjahit pintucking

    • Boleh menjahit Three Way Cording

  2. Mampu menjahit tebal, setebal 8 lapis kain jeans

  3. Boleh juga menjahit fabrik nipis seperti organza

  4. Berkeupayaan menjahit fabrik kulit

  5. Boleh menjahit kuilting untuk menimbulkan corak

  6. Kelebaran jahitan yang boleh diubahsuai

  7. Memasukkan benang secara automatik

  8. Boleh menggunakan jarum kembar untuk menggabungkan corak

  9. Mempunyai lampu yang memberi pencahayaan yang lebih fokus kepada artikel yang sedang dijahit

  10. Terdapat pemotong benang

  11. Mempunyai butang reverse yang amat berguna ketika mematikan jahitan

  12. Plat jarum yang mempunyai ukuran

  13. Free Arm

Aug 14, 2009

Birthday datang lagi...

Esok birthday anak sulung Sheila, Adini yang ke-11. Sekejap je dah besar, rasa macam baru semalam je melahirkan Adini.

(cerita lanjut tentang kek papa Adini, sila klik pada gambar)


Kalau untuk papa Adini yang birthdaynya pada 9 Januari yang lalu Sheila order cake ni dari kakak ipar yang berseni dan sangat kreatif sekali - Kak Wati dari cupcakekasih... kali ni untuk Adini lain sikit... mama lak nak masak sendiri... hehehe

Sebelum masuk cerita tentang kek Adini, nak cerita tentang kek papa Adini dulu... Kisahnya, pada 9 Januari 2009 tu selain daripada sambutan hari lahir yang ke-34, ia juga merupakan hari terakhir papa Dini bekerja makan gaji. Lepas ni dah jadi boss sendiri pulak. Jadi disebabkan kami ni satu office, makanya, Sheila pun aturkan satu sambutan hari lahir yang gempak untuk suamiku itu.

Untuk merialisasikan surprise parti ni, Sheila contact Kak Wati@Jun... maklum le nak sebiji kek yang da bomb.. glamour dan mesti tak boleh lupa sampai bila-bila... dan itulah hasilnya. Meriah... sedap... dan memang romantiknya... (bila le giliran Sheila nak dapat kek macam ni???). Bukan aje kek ni yang merah dengan strawberry... rasanya muka Sheila pun blush juga... maluuuu ^_^. Maklum le... kata-kata yang tertulis pada kek tu yang sungguhhhh... aaahhhhhhhh... Hati mana tak cairrr... semuanya idea kak Wati... Tapi memang my husband tak sangka dan memang dia betul-betul terkesima melihatkan kek yang kalah kek kahwin kami dulu... ish..ish..ish..


`YOU'RE MY SPECIAL LOVE BEYOND COMPARE. A STAR SHINING ABOVE THE REST.... & HAPPY BIRTHDAY SAYANG.'


Untuk kak wati, thanks a lot kak... lain kali nak order lagi.


Berbalik pada kisah kek untuk Adini... hmmm Sheila masak kek coklat. Dekorasi tak ada idea lagi... banyak nak pikir malam ni, ada tudung yang nak kena jahit dan ada exam esok hari... esok tak ada buat majlis hari jadi sebab surau dekat rumah ada buat sambutan Isra' Mi'raj, jadi makan-makan dekat surau aje. Kek ni buat syarat je dan nak buat eksperimen... harap-harap menjadi.

Keknya dah masak... Adini sibuk benar nak mengadun bahan2nya sendiri. Senang sikit bila anak dah besar ni, ringan sikit kerja... Ok, kena tunggu sampai esok, nak bagi kek betul-betul sejuk... Malam ni Sheila fikirkan temanya, tapi impian Adini adalah kek macam ni...


(Meriahnyaaa Adini, mampu ke mama nak realisasikan impian anak yang seorang ni???)

Nantikan update daripada Sheila tentang hasil kek untuk Adini...


Hingga jumpa lagi, "have a nice day".

Aug 13, 2009

Artistique Sewing Shoppe

Bagi orang-orang Sarawak terutamanya bagi kawasan Miri dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya... yang ingin membeli mesin jahit Janome (Epal) sila hubungi Artistique Sewing Shoppe. Ni pun salah seorang downline Sheila juga.


Bagi orang-orang di Sabah boleh cari Jurra-sewcute.


Till then, have a nice day ^_^


Aug 12, 2009

Maklumat tentang H1N1

Artikel ini diambil dari blog Dr. Azwan (http://drazwan.blogspot.com)

10 soalan lazim tentang H1N1 - oleh Dr David KL Quek (Presiden MMA) - Ogos 2006 Diterjemahkan ke dalam BM oleh : Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk http://www.drazwan.blogspot.com/
Artikel asal di dalam bahasa Inggeris di sini:-

1) Bolehkah kita membezakan di antara selsema biasa dengan selsema H1N1 tanpa melalui ujian makmal?

Tidak boleh. Selsema adalah selsema, tetapi terdapat juga perbezaan yang boleh diketahui. Sesetengah gejala seperti batuk, hidung berair, demam, sakit badan, penat, muntah dan cirit berlaku hampir kepada semua pesakit yang menghidap selsema, tetapi gejalanya mungkin boleh berbeza dari seorang-ke seseorang yang lain. Ada sesetengah pesakit yang mempunyai gejala yang ringan, ada yang pertengahan dan ada sebilangan kecil, kurang dari 10 peratus menunjukkan gejala yang merbahaya termasuk jangkitan paru-paru pneumonia.

Walaubagaimanapun, kajian penting dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan beberapa minggu lepas menunjukkan hampir 95% daripada semua Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) atau Influenza Like Illness adalah disebabkan oleh virus H1N1. (wow! saya pun terkejut!!)

Awal beberapa bulan yang lalu, selsema bermusim adalah disebabkan oleh virus jenis B dan jenis A yang lain, tetapi kini virus yang menyebabkan penyakit ialah dari jenis A (H1N1). Perkara yang sama juga berlaku di negara jiran, yang membawa maksud bahawa virus baru ini membawa masalah dan menyebabkan penyakit bergejala daripada jenis virus-virus yang sebelum ini.

Disebabkan oleh Penyakit Menyerupai Influenza (PMI) ini disebabkan oleh H1N1, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan bahawa tidak perlu lagi ujian makmal diadakan untuk mengesahkan kehadiran H1N1 ini. (Dengar cerita bajet KKM dah makin sikit!)

Kita rawat seolah-olah ia adalah PMI disebankan oleh H1N1. Sekiranya gejalanya ringan, maka kita beri rawatan melegakan masalah (ubat demam paracetamol, hidrasi, ubat batuk dll) dan kuarantin diri, menjarakkan hubungan dan lebih berhati-hati dengan sebarang komplikasi.

Kebanyakan penghidap H1N1 (70%) tidak memerlukan ubat anti virus seperti Tamiflu atau Relenza. Cuma kes-kes yang teruk sahaja perlu dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut.


2) Bagaimana doktor membuat keputusan samada seseorang itu patut menerima rawatan khusus untuk H1N1

Selepas 2-3 hari, demam dan batuk tidak berkurang, sila buat rawatan semula, terutama sekiranya terdapat kesukaran bernafas, lemah badan dan pening, atau faktor risiko seperti di bawah:-

1. Obesiti (Kegemukan dilihat mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi)
2. Diabetes, sakit jantung
3. Asthma, Penyakit paru-paru kronik
4. Wanita mengandung
5. Immuniti yang rendah, pesakit kanser,
6. Mereka yang sudah mempunyai masalah jangkitan paru-paru (pneumonia)

3) Ramai pesakit yang terlalu bimbang kerana mempunyai jangkitan selsema PMI mahu diuji atau dirawat untuk H1N1 di hospital, tetapi disuruh pulang sahaja atau dibiarkan menunggu dan akhirnya tidak diuji. Adakah amalan ini betul?
Tidak ada yang betul atau yang salah tentang amalan ini, kerana wabak ini merebak terlalu meluas dan menyebabkan kita kekurangan sumber. Kes ini bukan hanya di Malaysia sahaja tetapi di semua tempat di seluruh dunia!

Saranan sekarang ialah untuk tidak menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga untuk menjalani ujian di hospital dan klinik. Kemungkinan besar ia sesuatu yang tidak perlu. Saya diberitahu seramai 1000 orang pesakit beratur dengan penuh rasa bimbang di Hospital sungai Buloh untuk menjalani ujian, kerana takut dengan H1N1.

Oleh itu mesej yang disampaikan perlu jelas. Kebanyakan penyakit selsema tidak perlu ujian pengesahan, ringan dan boleh pulih sendiri. 90 peratus akan pulih secara sendiri hanya dengan rawatan mengurangkan simptom, cuma hati hati dengan kemungkinan komplikasi yang emungkin timbul dan faktor risiko yang diterangkan tadi.

Sumber kita sangat terhad terutamanya untuk ujian pengesahan. Masalah ini bukan sahaja di Malaysia tetapisecara global. Permintaan terlalu tinggi di seluruh dunia untuk kit ujian dan bahan reagent kimia untuk H1N1 (Polymerase Chain Reaction) telah melebihi pengeluarannya disebabkan oleh masalah ini.

Sehingga 200 juta kit ujian telah dibahagi-bahagikan ke seluruh dunia tetapi bekalannya sangat kritikal kerana permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, setiap negara perlu mengamalkan kaedah catuan untuk menjalani ujian secara terpilih sahaja kepada pesakit yang betul-betul memerlukan agar pengawasan situasi pandemik dapat dilakukan dengan lebih berkesan.


4) Adakah doktor keliru apa yang perlu dibuat pada waktu merebaknya wabak ini, terutamanya apabila mereka tidak mempunyai kebenaran untuk menjalani ujian makmal bagi pengesahan apabila diperlukan?

Tidak sebenarnya. Pada awalnya wujud kekeliruan apa yang perlu dibuat seterusnya, siapa yang perlu menjalani ujian, siapa yang perlu dirujuk dan siapa yang perlu dimasukkan ke dalam wad. (Betul! Saya ada masalah ini sekarang!)

Tetapi sekarang peraturan telah jelas.

Tidak ada keperluan untuk menjalani ujian pengesahan H1N1 atau apa apa virus pun yang menyebabkan selsema. Kita jangkakan sahaja ia adalah H1N1 kerana ia adalah majoriti daripada kes. Rawat simptom sekiranya ringan, beri kefahaman dan keyakinan kepada pesakit bahawa pesakit yang terkena perlu menjaga kebersihan diri, menjalani kuarantin, menjarakkan hubungan, pakai topeng muka bila mereka batuk atau bersin dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan penyakit.

Sekiranya ada sesak nafas dan badan menjadi terlalu lemah, sila ke hospital terus untuk dimasukkan ke wad. Memang dimaklumi bahawa, fasa merbahaya ini tidak selalunya jelas dan difahami oleh semua orang. Tetapi tidak apa lagi yang kita mampu buat - jika tidak kita akan masukkan terlalu ramai pesakit ke dalam wad dan ini boleh menjejaskan perkidmatan kesihatan kita.

Pemerhatian yang lebih ketat dapat membantu yang mana satu pesakit yang betul-betul memerlukan mendapat rawatan yang lebih intensif. Walaubagaimanapun, pasti terdapat kes-kes yang tertentu dimana pesakit semakin teruk tanpa dijangka, dan meninggal dunia sebelum apa-apa boleh dilakukan. Diharapkan ia akan menjadi kes yang terpencil.

Ingatan yang penting ialah semua doktor dan jururawat juga mengetahui bahawa mereka juga perlu berhati-hati dan mengamalkan cara-cara untuk menghalang diri daripada dijangkiti. Masalah ini boleh berlanjutan sehingga satu ke dua tahun. Sekiranya cuai mereka juga boleh terkena jangkitan!


5) Adakah garis panduan dari Kementerian Kesihatan lengkap untuk menangani masalah ini?

Saya fikir, garis panduan dari KKM telah lengkap. Walaupun ada ahli politik yang menyalahkan KKM dan menterinya kerana tidak cekap untuk mengendalikan pandemik ini, tetapi sebenarnya ini tidak tepat.

Kita perlu ingat bahawa ini adalah virus yang baru dan tidak pernah dihadapi sebelum ini. Jangkitannya dan cara perebakannya adalah sangat pantas dan hampir semua orang tidak immun terhadap virus ini.

Kemungkinan, suatu hari nanti, semua sumber dari kerajaan dan sektor swasta boleh digemblengkan untuk disalurkan ke arah yang lebih efisyen. Masalah logistik boleh berlaku kerana manusia adalah berbeza dari segi kapasitinya untuk memahami sesuatu masalah dan mengikut arahan-arahan yang diberikan daripada pelbagai pihak.

Adakalanya permintaan daripada pesakit adalah luar biasa dan kadang-kadang tidak terikut. Setiap pesakit merasakan bahawa penyakitnya adalah lebih bahaya dan memerlukan lebih penjagaan dan analisa.

Doktor juga berada di dalam tahap tidak pasti tentang keseriusan atau tahap bahaya penyakit baru ini - kita cuma baru cuba memahaminya dengan lebih baik sekarang. Oleh itu tahap keyakinan dan penerangan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit tidak begitu meyakinkan bagi pesakit terutama kepada pesakit atau saudara mara yang terlalu bimbang.

Tidak ada banyak yang doktor boleh lakukan di dalam keadaan terdesak seperti ini terutama dengan cepatnya merebaknya penyakit ini seolah-olah merebaknya api ganas di dalam hutan. Apapun, kita jangan panik. Ingatlah bahawa 90% daripada pesakit yang terkena akan pulih dan mengalami kesan yang ringan. Kemungkinan hanya 10% sahaja yang dijangka akan mengalami masalah dan dimasukkan ke wad.


6) Adakah adil untuk menghadkan ujian pengesahan H1N1 hanya kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital?

Saya sudah terangkan bahawa keadaan kekurangan kit dan alat reagent untuk menjalankan ujian pengesahan. Lagipun ujian ini tidak boleh dilakukan kepada semua orang di seluruh dunia. Apatah lagi kita mengetahui bahawa hampir semua penyakit jangkitan selsema, batuk dan gejala flu sekarang disebabkan oleh H1N1.

Rasional kita menjalankan ujian pengesahan kepada pesakit dalam wad ialah supaya kita dapat menghadapi musuh yang jelas, mengasingkan pesakit yang mempunyai virus yang bermutasi. KKM juga sedang membuat kajian secara rawak di seluruh negara untuk mengetahui dengan lebih tepat jenis-jenis virus yang merebak sekarang.


7) Adakah kita kekurangan ubat anti-virus (Tamiflu, Relenza)? Bolehkah saya makan Tamiflu?

Ubat antivirus ini didapati di kebanyakan klinik dan hospital ketika penularan wabak selsema burung (avian flu) tetapi sekarang sangat-sangat terhad. Kita kena ingat ubat ini juga dipesan oleh 167 negara di seluruh dunia.

KKM telah menyimpan di dalam stok 2,000,000 dos tamiflu dan ubat generiknya. Di dalam mesyuarat pandemik antara menteri yang lepas, Malaysia akan meningkatkan simpanan tamiflu kepada 5.5 juta dos iaitu meliputi 20 peratus populasi rakyat.

Buat masa ini, negara tidak mengalami kekurangan tamiflu. Ia cuma belum diedarkan secara umum lagi. KKM perlu memantau pemberian ubat ini dengan lebih ketat.

Sektor swasta pula berlainan pendapat dan mahukan ia diedarkan dengan lebih terbuka kepada umum dan kawalan dapat dikurangkan. Tetapi kita maklumi bahawa terdapat ketakutan yang mempunyai dasar, iaitu apabila berlaku rintangan (resistant) oleh virus ini. Cuba bayangkan virus H1N1 yang tidak lagi lut kepada apa-apa ubat antivirus. Tidak ada apa-apa lagi yang boleh menghalang kita dibunuh oleh virus ini!

Jenis virus rintangan ubat (drug resistant virus) yang kebal ini telah dikesan di Mexico, sempadan US, Vietnam, Britain dan Australia. Oleh itu kita perlu lebih cakna dan menilai keadaan semasa dengan lebih bijaksana.

Walaubagaimanapun, oleh kerana terdapat situasi di mana orang yang sihat pada asalnya tiba-tiba berubah menjadi kritikal atau meninggal dunia, maka para doktor tidak menolak kemungkinan bahawa virus jenis yang lebih garang ini sudah sampai ke tanahair kita. Atau mungkinkah kita yang lambat untuk memberi rawatan yang sepatutnya.

Tol kematian ke angka 14 (yang saya tahu 15 orang - seorang belum diumumkan) semakin membimbangkan. Pihak KKM sedang melihat perkara ini dan membuat kajian samada virus bermutasi ini sedang merebak. Kita berharap ia belum lagi berlaku.


8) Apakah masalah yang dihadapi doktor di dalam menghadapi H1N1?

Ia sangat berguna apabila doktor memberikan perhatian yang lebih kepada informasi tentang H1N1, mengetahui perubahan dan pembaharuan informasi setiap hari. Ini boleh membantu pesakit kita.

Melayari internet setiap hari untuk mengetahui informasi terkini boleh membantu. Daripada asyik merungut tentang kekurangan data dan maklumat di dalam arus perdana, para doktor perlu bersikap proaktif dan bertanggungjawab di atas masalah ini yang mungkin berlarutan sehingga ke satu atau dua tahun lagi.

Yang lebih penting, tumpukan perhatian yang lebih terhadap jangkitan paru-paru, faktor risiko dan rujuk secepat mungkin untuk penjagaan yang lebih rapi.

Kemudahan antivirus yang lebih mudah, penggunaannya yang bertanggungjawab, dan pemerhatian yang serius dapat mengurangkan keresahan dan kebimbangan orang ramai terhadap kelewatan menerima rawatan. Menggunakan antivirus secara tidak terkawal atau untuk mengelakkan jangkitan adalah cara yang salah dan menyebabkan keadaan menjadi bertambah buruk.

Walaupun begitu, merujuk kepada kes-kes di mana pesakit yang muda tiba-tiba meninggal dunia, maka penggunaan antivirus ini perlu digunakan lebih awal dan lebih aggressif.

Kita mengalu-alukan kehadiran Vaksin H1N1 spesifik dijangka pada akhir tahun. Buat masa ini, kepada petugas di barisan hadapan, pesakit jantung dan paru-paru dan pengembara yang sering ke luar negara dapat mengambil vaksin untuk flu bermusim yang boleh membantu mengurangkan masalah flu dari jenis lain.


9) Adakah kita sudah melaksanakan apa yang patut dan perlu dibuat?

Ya, apabila kita mellihat apa negara lain buat, kita secara relatifnya agak baik. Kita tidak telalu menakut-nakutkan orang ramai tentang bahaya penyakit ini dan dalam masa yang sama kita adalah telus di dalam menyatakan kemungkinan bahawa penyakit ini semakin merebak.

Pada awalnya, terdapat agensi, orang ramai dan doktor menuduh kami terlalu membesar-besarkan pandemik ini. Dan maklum balas kami dianggap terlalu melampau. Terlalu membesar-besarkan! Hanya apabila ada pesakit yang mati, maka apa yang kita buat sekarang pula dianggap terlalu sedikit!

Jika kita ikhlas memikir tentangnya, cuba bandingkan dengan negara lain, dan kita dapati bahawa tidak ada satu pun kerajaan di negara lain yang berjaya menangani masalah ini secara tepat.

Kita sedang mempelajari penyakit pandemik flu ini, dan maklumbalas setiap egara adalah berdasarkan pengalaman mereka yang lalu. Di Hong Kong, China, Vietnam, Singapore dan Malaysia, kita pernah mendapat penularan SARS, oleh itu kita lebih paranoid!

Dan pengalaman kita juga, tidak ada flu yang menyebabkan kematian sebelum ini, tak seperti di barat dimana flu bermusim membunuh beratus malah beribu orang setiap tahun! Oleh itu, ketakutan kepada H1N1 tidaklah setanding di barat. Walaupun sekarang ia semakin digeruni, apatah lagi kemungkinan ia akan bertukar kepada virus yang lebih garang menyebabkan ombak kedua atau ketiga pandemik ini, kita tidak akan tahu sehingga setahun dua tahun lagi.


10) Adakah orang ramai secara umum sudah cukup membantu untuk mengawal penularan ini?

Saya fikir orang ramai sudah cukup diberitahu tentang H1N1 pandemik ini. Malah mereka mungkin terlalu tahu sehingga mereka menjadi terlalu takut. Yang lebih penting, jangan panik dan berlebih-lebih.

Sudah pasti bahawa H1N1 akan merebak ke sekolah, universiti, akademi, kilang, pejabat, tempat kerja dll. WHO menganggarkan hampir 20-30 peratus populasi dunia akan dijangkiti penyakit ini setelah mengkaji model jangkitan penyakit-penyakit yang lalu. Cra jangkita utama dan yang paling pantas ialah melalui jalan udara.

Dimana flu-flu yang terdahulu mengambil masa 6 BULAN untuk merebak ke sekian banyak negara, H1N1 "berjaya" menular ke bilangan negara yang sama dalam masa 6 MINGGU!

Jika senario yang paling teruk berlaku, wabak ini dijangka akan menyebabkan kemasukan hospital sebanyak 100,000 orang sehingga ke 500,000 orang, dan kemungkinan melibatkan 5,000-27,000 orang akan meninggal dunia!

Oleh kerana kita telah memerhatikannya dengan rapat dan mengawal daripada merebak sehingga kini, keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang tinggi daripada orang ramai, ia mungkin boleh mengawal jangkitan dan kes kematian ke tahap terkawal.

Bagaimana orang ramai boleh membantu? Pertama belajar dan laksanakan kebersihan diri yang baik. Sekiranya sakit, pastikan anda duduk di rumah, aau paling baik duduk di dalam bilik. Pakai topeng muka (topeng 3-ply pun dah cukup). Jangan keluar, jarakkan diri anda dengan orang lain lebih kurang 3 meter. Jangan keluar dan menyebarkan virus.

Bagi orang muda, ia adalah sesuatu yang sukar. Itu sebabnya virus ini merebak dengan cepat bagi golongan umur 16-25 tahun.

Bila penyakit ini tidak kurang selama beberapa hari, atau semakin teruk, pergi ke hospital yang berdekatan. Yang lebih penting, sentiasa berhati-hati dalan amalkan sikap bertanggungjawab.

Akhirnya, ambil tahu tentang berita terkini kerana informasi tentang penyakit ini sentiasa diperbaharui..

Vaksinasi H1N1 secara besar-besaran akan tiba dan masalah ini kita akan dapat atasi juga. Sementara itu, ia akan mengambil masa, tenaga, kesabaran, penggemblengan tenaga daripada pihak yang berwajib dan juga orang ramai dan menggunakan sumber kewangan yang banyak.

Dr David KL Quek ialah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Terjemahan oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin untuk
www.drazwan.blogspot.com

I'll be back soon



Lama tak ada new update di blog Sheila yang satu ini...
Sheila sebenarnya terikat dengan kerja2 teknikal yang memerlukan tumpuan sepenuhnya. Projek-projek jahitan tu ada cuma tak sempat nak upload. Kiranya Sheila kena buat 2/3 kerja dalam satu masa lah ni...

Buat masa ni Sheila sibuk menyiapkan beberapa helai tudung diy yang ditempah jiran. Jahit baju untuk raya (tapi tahun ni rasanya baju melayu untuk cik abang beli dah siap je... tak sempat nak menjahit). Baju anak-anak pun tak plan lagi warna apa... Last year tema warna untuk raya warna maroon, tahun ni??? Hmmm... tungguuuuu...

Memandangkan negara kita sekarang ni dilanda satu wabak penyakit, di harapkan jagalah kesihatan kita sebaik mungkin... Kena tambah vitamin yang kita ambil sebab mencegah lebih dari mengubati kan... kalau ada yang dah tak sihat tu, rajin-rajin makan ubat, semoga cepat sembuh.

Di kesempatan ini juga Sheila nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita sama-sama dapat menjalankan ibadah Ramadhan tahun ini dengan lebih sempurna.

Dalam bulan Ogos ni Sheila menyambut ulangtahun kelahiran 2 orang anak... Adini menyambut ulangtahun ke 11 pada 15 Ogos ni, manakala Amni Damia menyambut ulangtahun ke-2 pada 31 Ogos (anak merdeka ^_^).

Baiklah... sehingga jumpa lagi, Sheila tinggalkan lagu Jason Mraz dan Colbie Caillat ni sebagai halwa telinga.