Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

25 May 2009

Buat apa di hujung minggu????




Minggu ni macam biasa tak pergi mana-mana melainkan pergi kuliah pada hari Sabtu. Hari Ahad biasalah duduk memerap di rumah aje. Sheila sebenarnya sedang sibuk membangunkan laman web Sheila yang baru. Yang lama tu.. www.creative-homebiz.com tu dah berkubur. Gara-gara lambat renew, nama tu nak kena bid pulak baru boleh dapat balik. Kisahnyaaa....


Jadi Sheila pun ambil satu yang baru... www.myhoneybunch.com. Kalau sebelum ni orang yang bertanggungjawab membangunkan laman web ini ialah Maya, tapi kali ni nak cuba buat sendiri lak. Sheila memang zero knowledge tentang website ni... So, hari ni Sheila berjaya mengupload forum ke dalam website. Itu pun selepas beberapa hari mengkaji dan belajar dari cikgu maya yang bernama youtube.


Maka, inilah hasilnya www.myhoneybunch.com/forum. Masih banyak lagi yang perlu di tambah ke dalam forum ni. Sebarang pendapat dan cadangan adalah amat dialu-alukan.


Till then, have a nice day >_<

24 May 2009

Musim luruh dah tiba





Bercakap tentang musim luruh, pastinya kita akan membayangkan daun-daun berguguran dan menjadikan hamparan yang indah. Kini ianya boleh diterjemahkan melalui koleksi butang yang menarik, tentulah ianya sesuatu yang indah dan istimewa.

Sempena dengan musim luruh Button Planet ingin memberikan kepada yang bertuah koleksi butang musim luruh "Autumn Leaves Collection". Koleksi musim luruh yang exclusive ini dan berbagai-bagai koleksi butang yang menarik boleh didapati di Button Planet.

AS&E Issue #87



Australian Smocking & Embroidery issue #87 Launch from Margie Bauer on Vimeo.



Inside this beautiful edition, readers will uncover a plethora of inspiration while creating something special for children of all ages. There's something for everyone... from an adorable bishop dress and a wrap dress with matching cardigan for toddlers, to a classic 'Sunday Best' frock and a richly coloured sundress for older girls. You'll enjoy re-creating a sweet floral dress in soft pink tones and a party dress for your little princess. Young divas will love wearing the fashionable smocked denim jacket, while a gorgeous square yoke dress is also included to brighten even the dullest day. These projects, as well as readers' letters, photographs and stories, complete an exceptional issue that should not be missed. As with every edition of Australian Smocking & Embroidery, issue 87 treats you to world-class photography, full-sized patterns, complete instructions and ready-to-stitch kits to help you re-create each project.

2 May 2009

Bento >-<



Minggu yang panjang ni tak dapat nak balik kampung. Hari ni ada exam 'Consumer Behaviour'. lTapi dalam kata kena mentelaah buku, sempat juga bloghopping untuk mencari resipi.


Semasa membloghopping, jumpa cerita tentang Bento. Kalau ada masalah dengan anak-anak yang susah nak makan... memang bagus sangat buat macam ni. Memang cantik dan cute sangat. Bila dah siap rasa sayang nak makan pun ada :-D


Mengikut kamus wikipedia, Bento adalah istilah bahasa Jepun untuk makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain.

Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan.

Bentō biasanya dibungkus untuk satu orang, walaupun dalam erti yang luas boleh bermaksud makanan bekal untuk sekumpulan atau sekeluarga. Bento dibeli atau disiapkan sendiri di rumah. Ketika dibeli, bentō sudah dilengkapi dengan penyepit pakai buang serta penyedap rasa yang disesuaikan dengan lauk, seperti kicap atau sos dalam paket mini.

Ciri khas bentō adalah susunan jenis lauk dan warna agar sedap dipandang serta mengundang selera. Bungkusan bento selalu mempunyai tutup, dan bekas bentō boleh berupa kotak segi empat plastik, kotak roti, atau kotak kayu yang diperbuat daripada tangan yang dilicinkan. Suri rumah di Jepun dianggap perlu pandai menyiapkan bentō, walaupun bentō boleh dibeli di mana-mana saja.

Di Malaysia ada juga yang telah menghasilkan bento yang cantik seperti http://allthingspurple.blogspot.com. Memang cantik & cute... Cumanya kalau nak siapkan untuk anak-anak yang ramai tu mungkin kena buat persiapan yang lebih awal... Kalau tak jawabnya le lewat nak ke sekolah.... >-<

Ok... itu sahaja entry tentang bento...

Hingga jumpa lagi.... Have a nice day...


Popular Posts

Like us on Facebook