19 Feb 2009

10 Feb 2009

BICARA HATI...


Kali ni mungkin tajuknya agak lain bunyinya... Layan je lah ye....
Bicara sekeping hati..
Di kala ini, anak-anak dah pun dibuai mimpi.
Tinggallah aku seorang diri
Melayan hati yang sedih, rindu, pilu... dan juga benci

Tiada teman untuk berbicara,
Hanya aku bersama laptop di riba
Di waktu-waktu sunyi begini,
Aku terkenang kembali
Kenangan bapak yang dah lama pergi
Tanpa sedar... air mataku mengalir deras di pipi

(waaa... dah tak leh sambung lagi... hatiku sedis sekali...)

Disedekahkan Al-Fatihah untuk Almarhum Haji Wahid bin Haji Ramly...
Didoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Amin

7 Feb 2009

Come Over To My House Challenge ~ by Sheila

Nak join sekali untuk cabaran "Come Over To My House"... Selepas Fida, Kak Pah, Kak Diah dll menyertai kini giliran Sheila pula nak buat rumah. Harap sempat untuk siapkan sebelum 15hb Feb ni, sebelum projek yang kedua bermula.

Untuk keterangan lanjut boleh tengok website main contractornya di sini.

BOOTH 111, HALL 3, PWTC (DAY 1)

Hari ni first day exhibition. Letihnya badan... rasa macam nak tercabut kaki... Tak dapat nak duduk sangat dek kerana melayan pengunjung yang datang. Bagi 1st timer like me, kehadiran pengunjung yang ramai tu sungguh mengujakan... Tapi kekadang tu kelu juga lidah untuk menuturkan bicara... Tak tahu nak cakap apa... Apa-apa pun hari pertama merupakan pengalaman yang amat berharga bagi saya. Booth 111, no bertuah ni menjadi gerai sementara Nice Crafts & Quilts di PWTC. Walaupun untuk 3 hari sahaja :-D. Sheila berkongsi tempat dengan Kak Umi dari Umi's Embroidered Gift. Sheila tentunya mempromosi mesin jahit Janome, manakala Kak Umi dengan produk sulam ribennya.... Untuk melihat dengan lebih dekat produk kak Umi dan juga mesin jahit Janome, jom le ke booth kami. Masih ada masa lagi sehingga Ahad ini.
Sempena Pameran Gerak Usahawan ni ada macam-macam aktiviti yang dijalankan. Kalau nak buat pinjaman pun, ada disediakan klinik usahawan, untuk peluang memasarkan produk keluar negara pun ada disediakan business matching, ada seminar usahawan dan macam-macam lagi.

3 Feb 2009

The original picture

This is mine !


No name for this little clown yet... I'm using brush-out collections and I embroidered on a plain white shirt.
Later I will applique name on the shirt using felt.
I will promote this during Pameran Gerak Usahawan Nasional 2009, Which will be held at PWTC from 6-8 Feb 2009 from 10.00am - 8.00pm.

Come visit my booth at Hall 3, Booth no. 111

Till then have a nice day.

Sheila