Dec 31, 2009

HAPPY NEW YEAR 2010

Salam


Pejam celik pejam celik dah pun penghujung tahun 2009. Sheila rasa cepatnya masa berlalu. Sheila dah mula bercuti dari hari ni hingga 5 Jan 2010, tapi cuti pun boss suruh bawa pc balik, in case ada client call nak tanya tentang drawings... bawa pc pun tak pe janji tak duduk kat office tapi hati di rumah, cam tu lagi sakit rasanya. Masa Sheila menaip ni pun sebenarnya sedang buat kerja juga... pc sedang update & produce drawings.



Sheila cuti lama ni sebab nak menguruskan pendaftaran sekolah anak-anak. Yang sulung, Adini dah masuk darjah 6, Al-Amin pula darjah 4, Adibah 4 tahun nak masuk pre-school so nanti tinggal Amni yang berumur 3 tahun di rumah bersama Zamrah... sekarang ni Zamrah sedang bercuti di kampungnya Kemboja.. Sabtu baru balik sini...harap-harap dia balik le.. kalau tak tak tahu nak hantar anak-anak ke mana...



Esok Sheila nak bawa anak-anak berjalan-jalan ke KL. Sepanjang cuti memerap je di rumah tak ke mana-mana pun sebab sibuk sangat dengan kerja. Projek tetiba masuk hujung-hujung tahun ni. Nak buat camana. So esok pepagi lagi nak ke KLCC, pergi Petrosains.. lepas tu nak ke Shah Alam melawat makcik yang baru balik dari umrah. Sabtu sepatutnya ada kelas, tapi tak nak pergi sebab nak kena pergi airport ambil si Zamrah... Ahad, mak dah nak balik kampung (sedih... akan rindu masakan mak...)

Dah ada azam tahun baru??? Bagi Sheila tahun 2009 ni macam-macam hal dah jadi... tapi ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan? 


Antara wishlist Sheila tahun 2010








Bookmark and Share

Dec 28, 2009

{AKW} APA KATA WANITA

Salam dan hi Sheila ucapkan kepada semua pengunjung blog Nice Craft Sewing Studio ni...  Diharapkan semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya di samping keluarga dan juga tugas seharian...




Tentu ada di antara pembaca blog ni pernah mendengar tentang rancangan Apa Kata Wanita {AKW}... bersama Zamzarina.

APA KATA WANITA...bersama Zamzarina musim kedua bermula pada 1 Nov 2009 dan memaparkan beberapa segmen baru.

Di antara segmen tersebut adalah Dari Dapur Zamzarina yang membincangkan tips penyediaan pemakanan sihat dan juga ubatan tradisional (home remedies).

Juga dalam edisi baru terdapat segmen Skaf Merah Jambu iaitu catatan kisah seorang blogger wanita bernama Salina.

Selain itu terdapat segmen Kerja@Rumah iaitu paparan wanita yang menjalankan perniagaan atau perkhidmat dari rumah. Satu e-komuniti telah ditubuhkan untuk mengabungkan usahawan Malaysia yang mempunyai kerjaya atau perniagaan online, samada secara sepenuh masa atau sambilan iaitu di MDOL United (Moms & Dads OnLine)

Segmen Produk Pilihan Zamzarina pula memaparkan produk-produk atau servis menarik yang bersesuaian dengan penonton AKW.

Selain itu segmen Personaliti diteruskan dimana setiap minggu seorang personaliti wanita yang berjaya akan dijemput ke studio untuk ditemubual dan berinteraksi dengan penonton AKW.

AKW juga mahu berkongsi maklumat dan menggalakkan penonton untuk berinteraksi melalui laman web dan SMS dan penonton turut diundang untuk menjadi penonton di studio dan turut serta di dalam bual bicara sepanjang program berlangsung!

Edisi pertama AKW telah bermula sejak 2 Januari 2009.

Pengacara

Zamzarina berpengalaman luas dalam mengacarakan rancangan bual bicara sejak hampir sedekad lalu. Beliau juga seorang wartawan penyiaran di Bilik Berita TV, RTM dan pernah menerbitkan rancangan pemberitaan. Berpengalaman membuat liputan khusus mengenai ekonomi, politik dan parlimen. Kini beliau juga merupakan penyelidik dan perunding kandungan dan terlibat sebagai penerbit bersekutu kepada rancangan Apa Kata Wanita.

Sepanjang pengalaman di bidang penyiaran, beliau telah mengemudi rancangan bual bicara Bisnes Malaysia, Selamat Pagi Malaysia, Dari Parlimen dan menyampaikan berita-berita utama RTM.

Beliau juga merupakan seorang Akauntan dan mempunyai syarikat konsultan pengurusan, Surplus Consulting.

Rupa-rupanya dah masuk edisi kedua. Kalau ada yang belum tahu lagi, rancangan ini disiarkan setiap hari Ahad jam 10.05am di RTM 1. Sebelum ni  Sheila tak pernah tahu tentang rancangan ini, tapi sejak mak tinggal dengan Sheila untuk sebulan ni, Sheila pun dah mula mengikuti AKW ni.. Penyampaiannya sangat santai dengan topik-topik yang menarik setiap minggu. Segmen yang Sheila suka adalah bekerja dari rumah diikuti dengan segmen skaf merah jambu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

 '2010 Self Turn-Around Seminar (1st Series)'


Bagi sesiapa yang suka nak tambah ilmu melalui seminar atau sedang mencari-cari seminar motivasi sebagai pembakar semangat bagi tahun 2010 ni, rasanya seminar '2010 Self Turn-Around Seminar (1st Series)' bolehlah dimasukkan ke dalam senarai seminar anda. Sheila rasa macam nak sertailah seminar ni sebagai pembuka tirai 2010. Ada sesiapa yang nak turut serta??? Jom...


 '2010 Self Turn-Around Seminar (1st Series)' 
Tarikh: 31 Januari 2010,
Masa : 9 pagi – 5 petang
Tempat : Hotel DePalma Ampang, Selangor
(maklumat selanjutnya rujuk pada gambar di bawah ni)

p/s : ppsssttt.... jangan lupa tau tengok rancangan Apa Kata Wanita ni ye... nanti bagi komen ye tentang rancangan ni. Nak tahu juga apa pendapat pembaca/penonton yang lain..



Bookmark and Share

Dec 26, 2009

{IKLAN} BIOSTEEN











Salam kepada semua pengunjung blog Sheila ni.... harap sihat-sihat hendaknya... korang pernah tak dengar produk Biosteen??? Di sini Sheila nak kongsikan sedikit info tentang produk Biosteen ni...


Apakah Biosteen?

Biosteen merupakan produk terunggul dengan formulasi hebat gabungan dari bahan – bahan terpilih dan berkualiti tinggi disamping dapat membekalkan pelbagai nutrient penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Biosteen gabungan daripada ekstrak Manggis, Habbatussauda’, Goji, Madu Lebah, Roselle dan di perkaya dengan Air Zam Zam.

Kaya dengan omega 3 dan 6 yang dihasilkan oleh habbatussauda.
Ia merupakan nutrisi terbaik bagi sel otak untuk meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan.

Biosteen juga mengandungi pelbagai vitamin yang dikehendaki oleh tubuh seperti vitamin B1, B2, B3, B5  dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium dan potassium.

Biosteen diadun di bawah standard pengilangan IMP (Islamic Manufacturing Practice), serta di sahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengambilan secara berterusan dapat membantu mengekalkan kesihatan dan kecantikan luaran dan dalaman



Khasiat XANTHON iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit kerana ia mengandungi antioksida yang sangat tinggi dimana ia dapat memberi perlindungan kepada tubuh manusia daripada serangan radikal bebas serta dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Antara komponen yang terdapat di dalam buah manggis terdiri daripada IRON, FIBER, CALSIUM, VITAMIN C, POTASSIUM, VITAMIN B2, PROTEIN, CATHECHINS, TANNINS, PHOSPHORUS, SODIUM, VITAMIN B1 dan NIACIN.

Menurut kajian DR DAVID A. MORTON, Ph.D, buah manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan ANTIOKSIDAN dan sangat berkesan untuk mencegah penyakit. Selain mengandungi vitamin, polysaccharides dan stilbenes, buah manggis ini unik kerana mempunyai makanan tambahan bioaktif yang hebat iaitu XANTON.

Kajian menunjukkan XANTON mempunyai kesan positif kepada keseluruhan sistem badan, menurut Penyelidik J.Frederick Templelan,M.D. Dari penambahan tenaga untuk melindungi sistem dalam tubuh dari radikal bebas, XANTON menyampaikan faedah yang luas, XANTON merupakan sebahagian daripada super antioksidan yang paling mujarab dan berkesan secara semulajadi.

Kajian sains terhadap buah manggis telah dilakukan 100 tahun dahulu dimana lebih dari 110 kajian telah dikeluarkan di dalam jurnal-jurnal sains. Penemuan sains tentang FITONUTRIEN, juga dikenali sebagai fitokimia, adalah sebatian bioaktif semulajadi yang ditemui dalam makanan tumbuhan.

Ianya menyediakan manfaat yang lengkap seperti kesan antioksida dan sistem imun bagi membantu menggalakkan fungsi badan yang sihat. Fitonutrien yang berkuasa ditemui di dalam kulit manggis ialah Xanthon. Ianya wujud secara bioktif semulajadi dan memiliki ciri-ciri ANTIOKSIDA yang hebat.

Ingin ditegaskan bahawa Biosteen BUKAN UBAT, tetapi khasiat Xanton dalam kulit buah manggis dapat membantu mengatasi pelbagai jenis masalah penyakit seperti KANSER/ PERTUMBUHAN TUMOR, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, JANTUNG/SALURAN DARAH, GOUT, ARTHRITIS, SAKIT SENDI, SENGAL BADAN, MIGRAINE/ SAKIT KEPALA, STROK/PENYAKIT PARKINSON, MASALAH SARAF, PENYAKIT ALZHEIMER (NYANYUK), GASTRIK/ULSER, SEMBELIT, CIRIT BIRIT, KEGEMUKAN, ASMA/LELAH, STRESS/KEMURUNGAN, KECANTIKAN & MELICINKAN KULIT, MASALAH SENGGUGUT / PMS, MENOPAUSE, MASALAH KULIT

Kalau ada sesiapa yang berminat dengan produk Biosteen ni samada nak dapatkan produk atau nak tanya lebih lanjut sila hubungi Miza @ 012-468 2066 (untuk pengetahuan, Miza ni makcik Sheila)


SILA KLIK BUTTON DI BAWAH UNTUK MELAWAT WEBSITE BIOSTEEN NI YE








Bookmark and Share

TESTIMONI PENGGUNA MESIN SULAM MC300e {Reena}

Salam... testimoni ni Sheila ambil dari blog si Reena... salah sorang downline Jurra-Sewcute. Kalau belum pernah ke blog si Reena dan Jurra ni pergi le tengok... banyak benda yang kiut-miut ni...suka tengok.. Memang diorang berdua ni berbakat besar...
Nih pic kat bawah nih sesaje nak tunjuk betape beshnye.... mesin jahit Janome yang bole buat embroidery nih.. mesin jahit nih aku dah beli lame dah kiranya lepas aku beli mesin jahit Janome edition Harmony tuh...
So, sekarang nih aku dah de 2 mesin jahit brand Janome nih... sukenye... sukenye...
Kenape mesin jahit nih besh, sebab takyah nak kena godek lebih-lebih.. hanya memerlukan beberapa picitan sahaja..
pilih design, letak benang pastu jalan....
yang penting... bole tayang-tayang... embroidery yang dah siap tuh... hihi...
Embroidery nih aku buat untuk towel damien, bukan ape... takut akak baby sitter tuh kompius dengan towel abang dengan kakaknye....
cane, beshkan??


p/s - sape nak tempah embroidery dengan aku, bagitau lerrr.... =D





Bookmark and Share

Dec 18, 2009

SMOCKING {BISHOP}

Edisi cuci mata... Smocking bishop
Ni edisi lama dah ni... smocking bishop untuk Farhah.. Happy viewing.


Bahagian hadapan


Detail bahagian leher & lengan baju


Bahagian hadapan



Bahagian Belakang


Nanti Sheila cari-cari lagi... Sheila upload kemudian...



Bookmark and Share

SALAM MA'AL HIJRAH 1431

Salam Ma'al Hijrah kepada semua pengunjung blog Nice Craft ini. 



Semoga dilanjutkan usia di dalam iman, 
diberkati segala usaha, 
dikurniakan rezeki yang halal
Menjadi insan yang cemerlang dan bertaqwa


Amin




Bookmark and Share

Dec 14, 2009

WORK+WORK+WORK = NEVER ENDING STORY = I NEED A VACATION

Salam & hi to all...


I spend my weekend with tonnes of work load... not sewing/craft related... I wish I can go for a vacation (anyone want to sponsor me??? hihihi).. I think it has been quite sometimes since my last vacation and I just can't remember when is the last one... I think it was my Bandung trip...way back in March 2009.. then no more trip...huhuhu, pity me. Oh! there's another trip, a day trip actually accompanied my dear hubby for an interview in Singapore. 



I hope if I could go to have a good retreat for myself, hmmm... a back massage would be nice and comfortable too. Shopping will be a very good therapy as well ^_^... or going to cinema.. I need to do something to release my stress (NO NO to sewing/craft in this kind of mood). 


"Sheila, It's only Monday morning and you are thinking of a holiday again... ? STOP dreaming. Wake up now!"



Ok friends.. till we meet again, have a happy Monday and enjoy whatever you do... and smile always..







Bookmark and Share

Dec 11, 2009

STASH SWAP & NEXT TASK...



Received this stash and a note from Fida... sorry all and especially Fida for my delayed update... Love them all. Honestly this is my first time join this kind of swap and thanks again to Hani who organized it very well... Guess what have I received???




 From left : 1. Patchwork pattern  2. Fat Quater  3. Another Fat Quater 
4. Felt (Red & Brown)  5. Cute Buttons  6. Lovely Ribbons


Our next task is to create a pincushion out of stash that we received and then we need to exchange the pincushion with our partner. This time round, my partner will be Fawa...and me myself will get it from Anjungkraf. Isn't it interesting??? Meeting new friends and make them happy with your gift... I love it!




The due date for to this pincushion swap is on Dec.15... I have approximately 3 days to complete my pincushion out the my stash... oohhh... it just around the corner... hope manage to finish it... Below it the participants for pincushion swap...

Durra-->Anas-->Naiz-->Gaban-->Faridah-->MyRayyan-->Alynn-->Maya-->azie-->
ArniNasir--->Hani-->Pianina-->Fuzzy-->Anjungkraf-->Shiela-->Fawa-->Jaja-->Durra
 

Till we meet again next time...

Bookmark and Share

Dec 5, 2009

HAVE A NICE WEEKEND...

 


Cepatnya masa berlalu... tanpa sedar hari ni dah masuk hari Sabtu... Dah seminggu selepas Hari Raya Haji, jemaah haji pun dah mula balik. Sepanjang minggu ni Sheila sibuk sungguh... dengan kerja, kereta break-down, assignment dan macam-macam lagi... Hari ni last kelas untuk modul etika dan undang-undang sebelum exam minggu depan... Sehingga jumpa di next entry.... 

Have a nice day...


Bookmark and Share

Nov 26, 2009

PROGRAM "PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA"






 Gambar-gambar sekitar majlis Program "PEMBANGUNAN USAHAWAN WANITA"... Berikut Sheila sertakan aturcara majlis sepanjang acara berlangsung


ATURCARA MAJLIS : -


09.00am   Ketibaan para hadirin dan peserta Train & Place


10.00am   Ketibaan Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ., ke tapak pameran untuk menyempurnakan Hiasan Dinding yang akan dicatatkan di dalam "Malaysia Book of Record"


10.20am   Keberangkatan Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ., ke dewan majlis.

10.30am   Majlis bermula dengan nyanyian lagu "Satu Bangsa Kasihi Semua"

10.45am   Persembahan ucapan alu-aluan oleh Madam Fully Chye Goet Lee, Pengerusi Mostwell Sdn Bhd dan Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad

11.00am   Titah ucapan oleh Kebawah Duli Yang teramat mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti AlMutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar, DK., DK(Johor)., SPMJ.,selaku penaung Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad

11.20am   Penyampaian sijil kepada 360 orang peserta Progam Pembangunan Usahawan Wanita

11.30am   Penyampaian hadiah pertandingan sewaktu Program Train & Place dijalankan selama 3 bulan
                 i.   Pelatih terbaik (3 orang)
                 ii.  Kumpulan Bantu Diri Terbaik (3 kumpulan)
                 iii. Trainer Terbaik (1 orang)

11.45am   :-

a) Penyampaian mock cek TEKUN Nasional sebagai tawaran kemudahan pembiayaan kepada 200 peserta program Pembangunan Usahawan Wanita dengan usahasama TEKUN Nasional - Koperasi Dagang Seni Malaysia - Mostwell Sdn Bhd dengan nilai RM2 Juta.


b) Penyampaian Anugerah Khas Syarikat Strategik TEKUN Nasional kepada Syarikat Mostwell Sdn Bhd


c) Penyerahan permit Tapak Semai Usahawan daripada Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad


d) Penukaran MOU bersama Mingguan Wanita dalam usahasama Program Jelajah kota dan desa - Program Jelajah Kota dan Desa bersama Mingguan Wanita dan Mostwell Sdn Bhd memberi satu platform kepada Mostwell Sdn Bhd memperkenalkan seni jahitan kreatif kepada rakyat Malaysia di seluruh pelosok negeri


e) Majlis Perbandaran Subang Jaya akan memberikan sokongan dengan menawarkan tapak-tapak perniagaan untuk para usahawan KDSM menjalankan jualan hasil kerjanya di sekitar kawasan MPSJ


f) Penukaran MOU bersama Modern Mum dalam memasarkan produk "Beg mama" dan Kelengkapan Bayi.

12.00pm Upacara Pemecahan "Malaysia Book Of Record", hiasan dinding yang terbesar di Malaysia yang dihasilkan oleh seramai 360 orang peserta sari seluruh Malaysia yang bertema "One Malaysia, Skill = Assurance, Unite = Strength"

01.00pm Sidang akhbar / Jamuan makan tengahari.

Berbagai-bagai aktiviti dan perancangan yang telah diatur untuk usahawan wanita bagi menjana pendapatan. Semoga kita sama-sama dapat merebut peluang ini untuk mengembangkan lagi bakat dalam seni jahitan sekaligus dapat menjana pendapatan walaupun dari rumah....

Di kesempatan ini juga Sheila nak ucapkan selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pengunjung blog Sheila yang seadanya ini... maaf zahir dan batin...

Hingga jumpa lagi, salam hormat daripada Sheila...




Bookmark and Share
Posted by Picasa