Apr 23, 2008

SEW EASY TO QUILT WORKSHOP

Kepada peminat Quilt dan patchwork, pihak Singer dan Cottage Patch mengadakan satu workshop selama 6 hari bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan di sana termasuklah bengkel-bengkel Quilt dan Patchwork. Jom ramai-
ramai kita ke sana.

JENIS-JENIS JAHITAN SMOCKING

* Outline stitch * Stem stitch * Cable stitch * Baby wave * Trellis stitch / Wave stitch * Four-cable stitch * Six-cable stitch * Alternating cable stitch * Cross-over Wave * Honeycomb stitch * Back stitch * Chain stitch * Wheat Stitch * Whipped Wheat Stitch * Van Dyke Stitch * Feather Stitch * Double Feather Stitch * Triple Feather Stitch * Slanted Feather Stitch * Closed Feather Stitch * Surface Honeycomb Stitch * Herringbone Stitch * Closed Herringbone Stitch * Ladder Stitch

Smocking

DEFINASI Smocking mengikut Kamus Dewan adalah definasi Inggeris yang memberi maksud sejenis perhiasan pada pakaian dengan mengedutkan kain (dan dimatikan kedut itu dengan jahitan). PENGENALAN
Jahitan smocking ini banyak digunakan pada gaun kanak-kanak dan juga pakaian ibu yang hamil. Sekarang seni jahitan smocking ini telah diperluaskan lagi penggunaannya. Ianya digunakan sebagai hiasan rumah, hiasan pakaian lelaki malah ianya juga digunakan untuk memperindahkan beg dan juga bakul.
"Alah membeli menang memakai", itulah istilah yang sangat sesuai digunakan kerana gaun smocking ini menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi kerana ianya dapat digunakan betahun-tahun lamanya malah dapat diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka yang tahu menghargai seni jahitan ini tidak teragak-agak untuk membeli pakaian ini walaupun harganya agak mahal.