Akademi Bekerja Di Rumah

Followers

24 Apr 2008

SAPERAH atau SEPERAH

Saperah @ seperah??? Selepas melakukan semakan ejaan dengan Kamus Dewan, ejaan yang betul SEPERAH.
Apa itu seperah????
Maksud seperah mengikut Kamus Dewan ialah sehelai kain yang biasanya digunakan untuk mengalas makanan yang dihidang. Biasanya digunakan ketika makan bersila.

23 Apr 2008

SEW EASY TO QUILT WORKSHOP

Kepada peminat Quilt dan patchwork, pihak Singer dan Cottage Patch mengadakan satu workshop selama 6 hari bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan di sana termasuklah bengkel-bengkel Quilt dan Patchwork. Jom ramai-
ramai kita ke sana.

JAHITAN HIASAN SMOCKING

* Bullion Loop * Bullion Knot * Bullion Rosebud * Bullion Rose * Cast-on Rose * Jahitan Lazy Daisy * French Knot * Kolonial Knot

JENIS-JENIS JAHITAN SMOCKING

* Outline stitch * Stem stitch * Cable stitch * Baby wave * Trellis stitch / Wave stitch * Four-cable stitch * Six-cable stitch * Alternating cable stitch * Cross-over Wave * Honeycomb stitch * Back stitch * Chain stitch * Wheat Stitch * Whipped Wheat Stitch * Van Dyke Stitch * Feather Stitch * Double Feather Stitch * Triple Feather Stitch * Slanted Feather Stitch * Closed Feather Stitch * Surface Honeycomb Stitch * Herringbone Stitch * Closed Herringbone Stitch * Ladder Stitch

Smocking

DEFINASI Smocking mengikut Kamus Dewan adalah definasi Inggeris yang memberi maksud sejenis perhiasan pada pakaian dengan mengedutkan kain (dan dimatikan kedut itu dengan jahitan). PENGENALAN
Jahitan smocking ini banyak digunakan pada gaun kanak-kanak dan juga pakaian ibu yang hamil. Sekarang seni jahitan smocking ini telah diperluaskan lagi penggunaannya. Ianya digunakan sebagai hiasan rumah, hiasan pakaian lelaki malah ianya juga digunakan untuk memperindahkan beg dan juga bakul.
"Alah membeli menang memakai", itulah istilah yang sangat sesuai digunakan kerana gaun smocking ini menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi kerana ianya dapat digunakan betahun-tahun lamanya malah dapat diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka yang tahu menghargai seni jahitan ini tidak teragak-agak untuk membeli pakaian ini walaupun harganya agak mahal.

12 Apr 2008

KELAB WARDAH UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

10hb April 2008 terima jemputan daripada MekNor untuk berniaga sempena pelancaran kad WARDAH - Kelab kakitangan wanita dan isteri kakitangan. First time nak pergi... Janji dengan Siti dan Idah. Pagi-pagi kena ambil Idah di Epal Puchong. Siti akan pergi sendiri terus dari rumahnya di Bangi.Kami tiba di USIM jam 8.30am.
Tujuan untuk mempromosikan mesin jahit Epal kepada ahli kelab. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Pelbagai program diatur dan mungkin juga akan bekerjasama dengan kelab WARDAH untuk mengadakan bengkel-bengkel jahitan dan kraf.
Kebetulan PnAnn juga merupakan salah seorang peniaga di situ. First time juga jumpa PnAnn, wanita yang bersusah payah membangunkan website wanitamelayu.com. Kagum melihat cara PnAnn berusaha untuk membangunkan wanita melayu.. (seperti saya :-)). Semoga pertemuan dengan PnAnn akan menjadi pembakar semangat untuk terus maju di dalam bidang jahitan dan kraf. Masih banyak lagi yang perlu belajar.
Buat MekNor,
Terima kasih kerana jemputan yang diterima melalui pm di wanitamelayu.com. Semoga MekNor akan bertambah maju dalam bidang yang diceburi. Jangan serik untuk jemput akak datang lagi.
Gambar tak sempat lagi nak upload...

Popular Posts

Like us on Facebook