Mar 30, 2008

Projek Kemasyarakatan Epal

Sepanjang bulan April, Epal menjalanan satu projek kemasyarakatan yang dinamakan "Sew Easy". Di dalam program ini, peserta yang ingin menyertai dikehendaki untuk membayar RM10.00 sebagai bayaran untuk bahan membuat beg yang diberi nama "Beg Rotan Lipatan". Peserta boleh mengikuti program ini di Pusat Latihan Epal di seluruh Malaysia, ataupun di Mobile Epal yang akan bergerak ke seluruh Negara.

Mar 26, 2008

Mar 25, 2008

23/03/2008 - Adibah 2 Tahun

Gambar yang kat atas ni, umur Adibah 3 bulan. Uncle Lan yang buatkan grafik design ni untuk kad jemputan acara cukur jambul dan aqiqah.
23hb Mac 2008
Ini pula gambar Adibah 2 tahun... Lainnya muka.... Birthday celebration yang simple sangat. Tak jemput sesiapa pun, cuma family members sahaja.
Buat Adibah, Selamat Hari Lahir... semoga menjadi anak solehah. Cemerlang dunia dan akhirat.
Amin.

Mar 16, 2008

MyLoveMyra

Baju ni ditempah oleh Nur dari Terengganu.
Tema yang digunakan Maroon dan Gold,
sempena perkahwinan adiknya.
Mengambil adaptasi dari majalah
Australian Smocking & Embroidery.

Mulanya di sini...

Mulanya di sini... Setelah sekian lama.... berfikir... upload and delete... Kuputuskan untuk mencoret, berkongsi idea, berkongsi minat untuk tatapan semua... Segala keputusan dan tindakan yang diambil,
tentunya akan meninggalkan kesan
dalam kehidupan seharian....

Perjalanan beribu batu itu
bermula dengan langkah yang pertama.
Ungkapan yang mengandungi seribu makna.